Ramses II dianggap sebagai salah seorang firaun terhebat dalam tamadun Mesir purba. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang firaun yang paling masyhur. Ramses II, firaun ketiga bagi Dinasti ke-19, menaiki takhta Mesir ketika usianya di penghujung remaja, sekitar tahun 1279SM, selepas kemangkatan ayahandanya, Seti I.

Beliau dikenali sebagai firaun yang memerintah Mesir selama 66 tahun, sempat menyaksikan kem4tian beberapa orang anaknya – sejarahwan meyakini bahawa beliau mempunyai lebih 100 orang anak. Berikutan pemerintahannya yang panjang ini, Ramses berupaya melancarkan sejumlah kempen ketenteraanbagi memerangi wilayah-wilayah jiran, di samping membina sejumlah monumen baik untuk para dewa mahupun untuk dirinya sendiri.

Patung purba Ramses II

Kerajaan Het cuba mendapatkan kembali khidmat Amurru, namun Ramses II enggan membenarkan keadaan itu berlaku. Demi melindungi anak buah barunya itu, Ramses II memberangkatkan pasukan tenteranya ke utara. Kempen ketenteraan ke atas Kerajaan Het ini turut bermatlamat untuk mengusir bangsa tersebut, yang telah sekian lama menimpakan kekacauan terhadap Mesir semenjak era pemerintahan firaun Thutmose III.

Salah satu kemenangan besar yang dikecapi oleh Ramses II semasa pemerintahannya adalah kemenangan dalam Pertempuran Kadesh. Pertempuran demi berebutkan Syria ini melibatkan tentera Mesir yang dipimpin oleh Ramses dan bangsa Het (Hittite) yang diketuai oleh Muwatalli. Pertempuran Kadesh berlangsung pada musim bunga tahun kelima pemerintahan Ramses II. Segalanya berakibat daripada tindakan Amurru yang berpaling tadah dari Het dan menumpahkan kesetiaan kepada Mesir.

Patung purba Ramses II

Walau bagaimanapun, menurut catatan-catatan bangsa Het, kemenangan yang diraih oleh pasukan tentera Mesir ini tidaklah besar mana. Ia hanya ditokoh-tambah oleh Ramses II sebagai propaganda demi kepentingannya. Namun apa yang jelas, hubungan kuasa di Timur Dekat berubah secara signifikan rentetan pertempuran ini. Perjanjian damai pertama dalam sejarah dimeterai antara Mesir dan Het. Bangsa Het kemudian diperakui sebagai salah sebuah adikuasa di rantau itu.

Perjanjian ini juga meletakkan batu asas terhadap hubungan dua hala antara Mesir dan Het untuk 70 tahun berikutnya.

Menurut catatan-catatan Mesir, bangsa Het berjaya dikalahkan dan Ramses II meraih kemenangan besar. Kisah kemenangan ini direkodkan dengan penuh gilang-gemilang pada kuil Abu Simbel. Pada relif ini, firaun digambarkan sedang menunggang pedati dan menyerang pasukan tentera Het. Seperti yang dihajatkan, relif ini berjaya menyebarkan imej kekuasaan Ramses II.

Kuil Abu Simbel Ramses II

Tindakan para pendeta ini berjaya menyelamatkan mumia Ramses II daripada dijarah, dan kelak, dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi dalam keadaan terpelihara. Pada tahun 1881, mumia Ramses II, bersama lebih 50 orang pemerintah dan bangsawan ditemui di sebuah pemakaman diraja rahsia yang terletak di Dier al-Bahri. Mumia Ramses II dapat dikenal pasti berdasarkan hieroglif pada kain linen yang menutupi mumia tersebut. Hieroglif ini memerincikan pemindahan yang dilakukan oleh para pendeta terhadap jasad Ramses II.

Walaupun dianggap sebagai salah seorang manusia yang paling berkuasa di muka bumi ini di kala hayatnya, nasib yang berbeza diterima jasadnya sesudah m4ti. Pada asalnya, jasad atau mumia Ramses II disemadikan di makam KV7 yang terletak di Lembah Raja-Raja. Namun, penjarahan yang dilakukan oleh para perompak makam di zaman silam memaksa para pendeta Mesir untuk memindahkan jasad beliau ke tempat yang lebih selamat.

Sekitar seratus tahun sesudah mumianya ditemukan, ahli-ahli arkeologi menyedari bahawa jasad Ramses II mengalami pereputan secara bertahap. Lantas, mereka mengambil keputusan untuk menerbangkannya ke Paris untuk dipelihara.

Sebagai maklumat tambahan yang menarik, firaun ini turut diberikan pasport Mesir untuk ke Paris, di mana maklumat pekerjaannya diisi sebagai ‘Raja (telah mangkat)’. Pada hari ini, mumia firaun Ramses II bersemadi di Muzium Kaherah, Mesir.

Mumia Ramses II

TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (5 Julai 2014). The Life and Death of Ramesses II. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-africa/life-and-death-ramesses-ii-001822


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.