Ketika dunia barat mula menjumpai cara untuk meneroka dunia baru dan berlayar di lautan, ia turut mengundang amalan perlanunan yang hampir tidak terkawal. Di seluruh dunia, para lanun menjarah, merompak dan merampas kapal-kapal kerajaan dan pedagang. Berikut ialah rampasan-rampasan yang terkenal dalam sejarah.

1. Kapal Milik Mughal India, 1695 Masihi

Ketika kapal milik Maharaja Aurangzeb iaitu Ganj-i-Sawai yang diiringi oleh kapal pengiring bernama Fateh Muhammad baru sahaja pulang dari menunaikan haji di Mekah. Dunia barat mengenali Ganj-i-Sawai sebagai Gunsway. Henry Every dengan kapalnya yang bernama Fancy telah menyasarkan untuk menyerang salah satu daripada kapal daripada empayar yang terkaya di dunia ketika itu. Bersama dengan Every ialah kapal-kapal lanun yang lain yang dipimpin oleh lanun yang berbeza.

Thomas Tew’s dengan kapal Amity, Richard Want dengan kapal yang dinamakan sebagai Dolphin, Joseph Faro dalam kapal Portsmouth Adventure, Thomas Wake dengan Susannah, dan William Maze bersama The Pearl. Pada serangan pertama, mereka menyasarkan Fateh Muhammad dan berjaya memperolehi harta rampasan sekitar £50, 000 sehingga £60, 000.

Namun, mereka semua menjadi tamak. Yang disasarkan ialah Gunsway yang menyimpan harta paling kaya antara semuanya. Kapal-kapal lanun terus mengejar Gunsway, sebelum mereka bertempur diluar wilayah Surat, India. Pertempuran sengit berlaku, namun Every dan konco-konconya berjaya memenangi pertempuran ini, lalu merampas harta lebih kurang £600, 000.

Kejayaan ini menjadikan ia merupakan harta rampas lanun paling besar dalam sejarah. Selepas itu, Kapten Every yang tamakkan untuk memiliki harta itu telah menipu kapal-kapal konco-konconya, lalu melarikan bersama dengan harta sebanyak itu.

2. Tenggelamnya Armada Harta Karun Sepanyol, 1715 Masihi

Pada Julai 1715, armada Galleon Sepanyol yang membawa harta yang terlalu banyak diserang oleh taufan yang menenggelamkan kapal ini di perairan Florida, Amerika Syarikat hari ini. Kru-kru kapal Galleon ini berusaha untuk menyelamatkan sebanyak mungkin kapal yang mampu diselamatkan. Namun, khabar mengenai tenggelamnya armada kapal Sepanyol ini menarik perhatian daripada pelbagai kapal-kapal disekitarnya yang mahu menjarah apa-apa sahaja harta yang sempat dirampas oleh mereka.

Salah satu daripada kapal yang mendengar mengenai khabar itu dan sednag dalam perjalanan ialah Bersheba yang dipimpin oleh Hnery Jennings. Henry Jennings merupakan seorang pemilik kapal perang peribadi yang pernah berkhidmat ketika Perang Warisan Sepanyol dahulu.

Sesampai sahaja di tempat tenggelamnya kapal-kapal Sepanyol, dia mendapati bahawa kebanyakan harta telah pun dijarah oleh kapal-kapal yang tiba lebih awal, Namun, Jennings menyedari bahawa terdapat sebahagian daripada harta yang sempat dibawa oleh kapal penyelamat sedang dalam perjalanan ke kem yang berdekatan di pantai.

Dengan tamaknya, Jennings bersama dengan 300 orang kru kapalnya telah menyerang kapal penyelamat ini dan merampas harta sebanyak £87, 000! Tindakan Jennings ini telah membuka lembaran hidup yang baru sebagai seorang lanun dalam hidup Henry Jennings.

3. Tewasanya Kapal Perang Britrish, 1707 Masihi

John Hasley, pemilik kapal perang peribadi bersama dengan kapalnya yang bernama Charles dengan beraninya mencari gaduh dengan armada perang British di Laut Merah. Padahal ketika itu, John Hasley harus berhadapan dengan 60 buah Meriam yang disasarkan tepat ke arah kapalnya. Namun, armada kapal perang British ketika itu akhirnya berakhir dengan kekalahan dengan Charles. Charles dan kru kapalnya berjaya menawan dua buah kapal perang British dengan merampas harta setinggi £50, 000/

4. Armada Kapal Perang Portugis, 1719

Ia berlaku pada tahun 1719 di perairan Brazil apabila Bartholomew Roberts menhabiskan 2 bulan di sekitar perairan Brazil untuk mencari apa sahaja kelibat kapal untuk dirompak dan dijarah oleh mereka. Ketika mereka hampir menyerah dan mahu beransur ke Carribean, mereka tersempak dengan armada 42 kapal Portugis yang mahu masuk ke Brazil. Roberts berjaya menawan salah seorang pegawal kapal tersebut, dan memaksa pegawal tersebut menunjukkan kapal paling kaya di antara armada kapal tersebut. Pegawal tersebut menunjukkan ke arah Sagarada Familia. Kapal tersebut berjaya dirampas oleh Roberts sekaligus membolehkan Roberts merampas harta kekayaan setinggi £90, 000.

5. Kapal Pedagang India, 1613 Masihi

Thomas Tew yang juga dikenali kerana bersama dengan Henry Every merompak kapal Gunsway juga terlibat dalam sebuah rampas yang kini berlaku di Laut Merah. Ia melibatkan kapal perdagangan dari India. Pada tahun 1693, Tew bersama dengan kapal Amitynya berjaya merampas kapal dari India ini yang dianggotai oleh 300 orang tentera didalamnya. Malangnya, kapal ini tidak menunjukkan sebarang tentangan sebaliknya terus menyerah kepada Tew. Harta rampasan kapal ini mencecah sehingga £100, 000. Harta rampasan itu dibahagikan samarata mengikut pangkat menurut kod lanun yang diaanuti oleh Tew sendiri.

Rujukan:

All About History: The Book Of Pirates – Legends & Treasures Of The Golden Age Of Piracy (2017) Future Publishing Limited.

Douglas Botting (1978). The Seafarers: The Pirates. Time-Life Books.

Colin Woodward (2007). The Republic of Pirates: Being the True and Surprising Story of the Caribbean Pirates and the Man Who Brought Them Down. Orlando, FL: Houghton Mifflin Harcourt


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.