Setelah sekian lama menunggu, COVID-19 semakin menghampiri kesudahan. Setahun lalu, situasi COVID-19 kelihatan tidak terkawal sampai jalan keluar pun nampak samar-samar. Dengan kedatangan Delta sebelum Pfizer-BioNTech menyiapkan Comirnaty, memang COVID-19 merebak tanpa belas ihsan.

Ada baiknya apabila banyak pengeluar siapkan vaksin masing-masing. Malaysia misalnya mengukuhkan imuniti rakyat dengan gandingan Comirnaty, Sinovac dan Vaxzevria. Kalau bergantung pada satu jenama, memang alamatlah.

Dengan adanya rezeki vaksin yang percuma begini pun, ramai masih menolak. Macam-macam alasan diberi. Kalau di Malaysia, pakat-pakat tunggang agama. Kononnya vaksin tidak halal. Ada yang cakap Mufti pun dicµcµk hidung.

Macam-macam dituduhnya, padahal vaksin benar-benar menyelamatkan nyαwα. Katanya “buat apa terima vaksin untuk cegah penyakit yang 97.6 peratus sembuh?”

Soalan itu sangat baik. Pertama sekali, 97.6 peratus ini sebenarnya sembuh kerana strategi rawatan COVID-19 yang sangat baik.

Teknologi perubatan pun sudah cukup maju untuk merawat. Kemudian pendekatan sampingan seperti ujian rapi dan penjejakan kontak turut memainkan peranan. 97.6 peratus ini TIDAK sembuh secara semulajadi. Mereka dibantu sains.

Kedua pula, vaksin ini sebenarnya pencegah bukan sekadar untuk diri sendiri… tetapi juga untuk orang sekeliling. Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan antivaksin pakat jalan ke kampung asal.

Marc Bernier mendabik dada dengan begitu angkuh sambil menggelar diri “Mr Anti-Vax”. Beberapa bulan lalu, beliau digegaskan ke hospital kerana sesak nafas teruk. Rupa-rupanya, “Mr Anti Vax” terkena COVID-19. Beliau jalan terus tidak lama kemudian (Pengelly, 2021).

Bernier.

Bernier bukan satu-satunya yang pilih jalan bersinonim dengan bµnµh diri. Mikel Lowe pun sama. Beliau berpendapat vaksin adalah agenda perniagaan bertuhankan wang ringgit dan kuasa politik.

Katanya vaksin terlalu cepat sangat dibuat. Tergegas kononnya. Pada 29 Ogos 2021, beliau pergi buat selamanya selepas terlantar di hospital (Rivas, 2021).

Wallace semasa perhimpunan “Freedom Rally”.

Seorang lelaki bernama Stephen Harmon pernah bergurau begitu sinis terhadap vaksin. Beliau pun jatuh akhirnya (BBC, 2021).

Ramai lagi yang pergi buat selamanya. Caleb Wallace siap mengadakan protes demi protes terhadap peraturan Amerika Syarikat yang mewajibkan pelitup muka. Beliau meninggal dunia, dengan isteri yang masih sarat dalam kehamilan.

Wallace semasa perhimpunan “Freedom Rally”.

Inilah realiti semasa, yang didiamkan golongan antivaksin.

Namun uniknya, cuba kalau penerima vaksin meninggal dunia kerana COVID-19. Boleh terkupas siling dibuatnya, tambah kalau penerima vaksin jalan sebab isu tiada kaitan seperti masalah jantung.

Mulalah kata tutup cerita dan sebagainya. Siap hentak-hentak kaki kata “kalau mαti sebab COVID-19, bukan main kata sebab COVID-19. Tapi kalau mαti sebab vaksin, takkan mengaku.”

Cuba tanya mereka ini: apa pembµnµh nombor satu negara sejak sebelum COVID-19 lagi? Google tengok: “no 1 kil-ler in Malaysia”.

Mesti keluar artikel daripada Columbia Asia yang membuktikan bahawa 1 dalam 4 kemαtiαn di Malaysia adalah kerana punca ini.

Pokok pangkalnya, vaksin adalah satu-satunya jalan keluar daripada pαηdemik ini. Ada banyak kebaikan daripada vaksin ini, bukannya saduran konspirasi dangkal semata-mata.

COVID-19 adalah benar. Dan menerima vaksin boleh menjadi pemisαh antara baik dan buruk. Menerima vaksin tida bermakna tubuh badan menjadi kebal. Pengeluar vaksin TIDAK PERNAH bercakap “terima vaksin, bebas COVID”.

Itu orang bangang saja yang jaja. Sebenar-benarnya, vaksin meningkatkan imuniti dalam tubuh badan untuk cegah COVID-19. Ada tubuh badan boleh cegah secara mutlak. Ada yang tetap terkena. Tetapi kalau terkena, tahap keseriusan tidak teruk seperti badan yang tidak divaksin.

RUJUKAN:

BBC. (2021, Julai 24). LA man who mocked Covid-19 vaccines (ditapiskan) of virus.

Pengelly, M. (2021, Ogos 29). Florida radio host who called himself Mr Anti Vax (ditapiskan) of Covid-19. The Guardian.

Rivas, A. (2021, September 3). Anti-Vaxxer Turns Vaccine Advocate After Husband (ditapiskan from COVID-19. NBC San Diego.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.