Joan of Arc. Anne Boleyn. Kedua-duanya mati selepas dituduh menjadi ahli sihir. Dan malangnya, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada ribuan wanita yang mati akibat tuduhan jelik ini pada Zaman Pertengahan dan Renaissance. Kebanyakan kes dikesan berlaku di Eropah tetapi ada juga direkodkan sejauh Massachusetts pada abad ke-17.

Aktiviti sihir direkodkan sepanjang lipatan sejarah manusia. Dalam tempoh itu juga, manusia telah menggariskan undang-undang khas bagi menghukum pelaku sihir. Misalnya, dalam Kod Hammurabi, pelaku sihir boleh berdepan tindakan sekiranya mereka didapati terbukti mengamalkan sihir.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Kebiasaannya, sihir boleh saja digunakan sama ada untuk tujuan baik atau jahat. Kebanyakan pengamalnya ialah golongan wanita di mana khidmat mereka dipanggil untuk pelbagai perkara seperti kelahiran anak, merawat penyakit atau mendapatkan objek yang hilang. Tetapi ada ketikanya, mereka juga dipersalahkan untuk perkara buruk yang berlaku seperti kematian dan bencana alam.

Dalam era antikuiti, ahli sihir menjadi sebahagian daripada mitologi atau dipuja sebagai dewa-dewi. Misalnya, Hecate yang dianggap sebahagian daripada pelindung isi rumah orang Yunani bersama enam lagi dewa-dewi Yunani mempunyai kawalan terhadap bumi, udara dan laut. Manakala ahli sihir Medea pula membantu Jason dan kumpulan Argonaut mendapatkan Bulu Emas (Golden Fleece).

Tetapi pada Zaman Pertengahan, ia satu kisah berbeza. Wabak Black Death dan peperangan antara kerajaan-kerajaan Eropah dikatakan dicetuskan oleh makhluk mistik seperti serigala jadian (werewolf) atau manipulasi ahli sihir.

Perlu diingat, pada ketika itu, ia merupakan Zaman Kegelapan di mana penduduk disuap oleh dogma gereja mengarut termasuk kepercayaan-kepercayaan karut. Mana-mana individu yang cuba menentang penyebaran ajaran gereja dianggap menyeleweng daripada ajaran agama atau mengancam kedudukan gereja terhadap masyarakat tempatan. Lantas, individu-individu ini akan dituduh sebagai pengamal sihir dan dipaksa mengaku tuduhan sebelum dihukum mati.

Paus Innocent III menganggap wanita meneruskan tradisi dosa warisan Hawa (Eve) terhadap manusia. Ini termasuklah perlakuan sihir.

Tetapi mengapa wanita yang menjadi majoriti sasaran gereja atau komuniti tempatan? Bagi pihak gereja atau lebih tepat Paus seperti Innocent VIII, mereka melihat wanita meneruskan tradisi dosa warisan yang dilakukan Hawa (Eve). Pada mereka, wanita-wanita ini berpotensi melakukan kerosakan sama terhadap masyarakat seperti mana Hawa terhadap Adam.

Atas kepercayaan inilah, gereja menyeru orang ramai agar melaporkan sesiapa yang disyaki ahli sihir kepada mereka. Mereka yang dituduh akan ditahan sebelum diseksa bagi mendapatkan pengakuan. Setelah pengakuan direkodkan, hukuman mati dijalankan ke atas pesalah. Kebiasaannya, mereka akan dihukum gantung atau dibakar sampai hangus.

Joan of Arc merupakan contoh terbaik untuk tuduhan sihir ke atas wanita. Hidup di Perancis semasa Perang 100 Tahun tercetus, beliau angkit mengangkat senjata selepas mendengar suara-suara yang menggesanya berlawan atas nama Perancis. Joan berjaya membantu negara itu membebaskan Orleans dan menaikkan semula moral tentera di barisan hadapan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila musuh Perancis, England berjaya menawannya. Walaupun dituduh sebagai ahli sihir, Joan yang ketika itu berusia 19 tahun tetap berkeras beliau berjuang atas nama agama. Beliau dihukum mati pada 1431 tetapi diangkat sebagai santo oleh Paus Benedict XV pada 1920. Ini menjadikan Joan satu-satunya individu yang dituduh menyeleweng sebelum diangkat sebagai santo oleh gereja.

Di Britain, orang terkenal yang menjadi mangsa tuduhan sihir ialah isteri Raja Henry VIII, Anne Boleyn. Tuduhan ini sebenarnya hanyalah samaran kepada perebutan kuasa antara baginda dengan bekas sekutunya, Sir Thomas Cromwell. Didapati bersalah pada 1536 atas kesalahan khianat dan zina, Boleyn dihukum mati di Menara London (Tower of London).

Kemangkatan Anne Boleyn menjadi pendorong Henry VIII menggubal Akta Sihir 1542 yang mengharamkan perlakuan tersebut di England.

Selepas dihukum mati, wujud tuduhan bahawa Boleyn merupakan seorang ahli sihir. Dakwa mereka, baginda mempunyai satu jari tambahan pada tangannya. Bagaimanapun, pemeriksaan pada rangka baginda yang ditemui pada abad ke-19 mendapati ia merupakan satu tuduhan palsu. Yang pasti, kemangkatan baginda mendorong Henry VIII menggubal Akta Sihir 1542 – secara ringkas, mengharamkan perbuatan sihir di England.

Berdekad-dekad selepas ia diluluskan oleh Parlimen, ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh Raja James VI dari Scotland (kemudiannya bergelar Raja James I selepas mahkota raja England dan Scotland disatukan pada 1603). Pada 1590-an, sebuah kapal yang membawa isterinya Puteri Anne dari Denmark karam semasa dalam perjalanan ke Scotland.

Syak kemalangan ini dicetuskan oleh ahli-ahli sihir dan bukannya akibat perkara semulajadi, James VI mengarahkan individu-individu yang disyaki sekitar North Berwick dikumpul dan diseksa bagi mendapatkan pengakuan. Salah seorang daripada mereka yang menjadi mangsa kekejaman James VI ialah seorang bidan bernama Agnes Sampson.

Murka selepas isterinya berada dalam kapal yang karam semasa dalam perjalanan ke Scotland, James VI percaya ia diatur oleh ahli sihir.

Dia diseksa menggunakan satu alat yang dipanggil kekang ahli sihir (Scold’s bridle). Selepas dipakaikan alat berkenaan, wanita itu diseksa dan dipaksa mengaku bahawa dia terlibat dalam cubaan bunuh terhadap Puteri Anne. Sampson merupakan sebahagian daripada 70 orang yang dibunuh atas tuduhan James VI. Dia juga menjadi inspirasi watak tiga ahli sihir yang muncul dalam drama Macbeth yang dikarang William Shakespeare.

Contoh kekang ahli sihir yang dipamerkan Muzium dan Galeri Seni Kelvingrove, Glasgow, Scotland.

Di Amerika Syarikat, tuduhan ahli sihir mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Di Salem, Massachusetts, beberapa orang gadis mengadu mengalami kesakitan tanpa diketahui puncanya. Doktor yang merawat percaya mereka ini sebenarnya disihir lalu melaporkannya kepada penguasa koloni ketika itu.

Tetapi akibatnya, ia mencetuskan histeria dan tuduh-menuduh dalam kalangan masyarakat tentang identiti ahli sihir. Akibatnya, 150 orang gadis dan kanak-kanak perempuan termasuk budak berusia empat tahun dibicarakan di mahkamah atas dakwaan sihir.

Bagi majoriti tertuduh, sekiranya bernasib baik, mereka hanya dikenakan denda dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Tetapi jika tidak, ada yang dipenjarakan dan diseksa selama berbulan-bulan. Pada akhirnya, 20 orang gadis malang ini dihukum mati akibat histeria tak bertempat masyarakat.

Mahkamah Awam Massachusetts kemudiannya membatalkan semua keputusan yang dibuat oleh mahkamah koloni Salem. Bagaimanapun, bagi keluarga waris yang terkesan, ia agak terlewat. Keputusan yang dibuat tidak akan dapat mengembalikan anak-anak gadis mereka yang mati dan dinafikan keadilan hanya kerana sihir.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Wanita terakhir yang dituduh sebagai ahli sihir ialah seorang wanita Switzerland bernama Anna Goldi. Goldi yang bekerja sebagai pembantu rumah untuk sebuah keluarga di Glarus, Switzerland dituduh menjadi punca anak perempuan majikannya jatuh sakit.

Apabila dia dihukum mati pada 1728, ini menjadikannya wanita terakhir yang dihukum mati di Eropah atas kesalahan sihir. Pada 2008, semua tuduhan yang dikenakan terhadap wanita malang itu ditarik balik oleh pihak berkuasa sekaligus membersihkan namanya yang tercemar. Sembilan tahun kemudian, kerajaan tempatan Glarus membuka sebuah muzium yang didedikasikan kepada semua mangsa tuduhan sihir termasuk Goldi.

RUJUKAN

S. Levy, D. (2022, 11 Mei). Witch panics killed thousands throughout history. National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply