Selalu sangat kisah pasal Singapura dimainkan dalam politik Malaysia. Tidak boleh dinafikan kehebatan Singapura dari segi sikap berdaya maju. Itulah rahsia di sebalik kegemilangan Singapura, semangat untuk berkembang tanpa amalan bawah meja.

Tetapi Singapura sebagai sebuah negara yang kecil tetap mengharungi cabaran tersendiri. Dan baru-baru ini, keluar statistik yang membuktikan bahawa rakyat Singapura sebenarnya terlalu penat. Mereka adalah rakyat paling letih di dunia ini. Tidak cukup tidur. Bangun saja kena siap siaga untuk macam-macam.

Kaji selidik mendapati 60 peratus rakyat Singapura sebenarnya tidak cukup tidur (Khim, 2021). Ada dua sebab yang menjadi punca mereka terlalu letih: kerja dan internet. Dapatan ini tidak pelik pun. Rakyat Singapura bekerja terlalu lama.

Sentiasa sibuk.

Semua pernah dengar yang rakyat Jepun sangat rajin dan suka bekerja. Memang betul, budaya kerja mereka terlalu hebat – setiap tahun sampai 1,723 jam. 215 hari dalam masa setahun mereka habis di tempat kerja.

Sehebat-hebat Jepun, hebat lagi Singapura. Rakyatnya bekerja selama 2,238 jam setahun, iaitu 280 hari dalam 365 hari. Mana tidak penat. Beberapa jam saja di belakang Mexico. Dan jauh meninggalkan China yang katanya mempunyai enjin perindustrian.

Orang percaya budaya kerja sebegini sangat bagus untuk produktiviti. Salah sebenarnya. Cara ini akan menyebabkan tempias luar jangka. Produktiviti hanya boleh dijana menggunakan pengaruh pendigitalisasian, bukannya melalui jam kerja semata-mata.

Terlebih Kerja Pun Bermasalah

Mentaliti rakyat sesuai dibandingkan dengan sebuah pernaigaan daging. Mesti kena guna pisαμ untuk jual daging. Orang yang tengok produktiviti saja akan nampak: asyik guna pisαμ, lagi banyaklah pot.oηgαη daging. Dan lagi banyaklah jualan peniaga.

Tetapi sebenar-benarnya orang tidak nampak – lagi banyak guna pisαμ, cepat tumpullah jawabnya. Apabila tumpul, mana boleh buat jualan. Kadar dan kualiti produktiviti pun mesti jatuh.

Analogi jelas.

Itulah situasi yang Singapura sedang hadap. Budaya kerja terlalu lama buat rakyat menjadi tumpul. Untuk tαjαmkan balik, mereka cari jalan sendiri.

Nak keluar bersiar-siar tak sempat. Jadi semua pakat duduk rumah layari Internet cari hiburan atas talian. Dalam bahasa Inggeris, inilah “me time” yang puratanya 7 jam seorang.

Berjam-jam habis di tempat kerja; berjam-jam pula habis melayari Internet. Jawabnya lagilah penat dan tidak cukup tidur. Makin tambah masalah pula.

Musim COVID-19 pula menggabungkan kedua-dua punca – Internet dan Kerja, sampai Singapura lagi penat untuk dibandingkan dengan Amerika Syarikat, China dan Jepun (Khoo, 2021).

Hubungan Yang Jelas

Orang mungkin fikir – biar penat, janji berduit. Pemikiran begini adalah satu falasi besar. Berpunca daripada hidup yang penat, Singapura mempunyai kadar kemurungan paling tinggi berbanding lapan negara berpendapatan tinggi lain (Evlanova, 2019).

Jumlah pakar psikiatri pula terhad pada seorang dalam 100,000 orang. Kekurangan ahli menaikkan kadar rawatan setinggi SG$200,000 setahun (kalau di hospital swasta). Jadi biar penat janji berduit? Salah sangat.

Senyuman hanya menutup kemurungan.

Biar penat, asalkan berbaloi. Kajian SHMS mendapati 14 peratus rakyat Singapura pernah mengalami gangguan mood yang menyebabkan kegelisahan. Satu dalam 24 orang pula terjerumus dalam kancah peηyαlαhguηααη αrαk.

Penat menjadi punca pada segala masalah yang menghantui Singapura. Dan faktor ini tidak mudah dibendung, kerana gigih bekerja sudah lama menjadi sebahagian dalam masyarakat negara.

Tidak keterlaluan untuk berkata: kehebatan Singapura tiba-tiba mendatangkan kelemahan. Dan pihak kerajaan sedang berusaha untuk mengimbangi kerjaya dan kehidupan, untuk mencapai tahap yang kondusif.

RUJUKAN:

Evlanova, A. (2019, April 15). What Is The State of Mental Health in Singapore? Yahoo! Finance.

Khim, K.B. (2021, Mac 19). Nearly 6 in 10 Singaporeans aren’t sleeping well because of COVID-19, study confirms. Channel News Asia.

Khoo, B.K. (2021, September 6). Singapore is ‘most fatigued’ country in the world – and we’re tired of it. Channel News Asia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply