Dalam kemelut yang kompleks berlaku di negara kuasa besar dunia akibat kematian seorang warga kulit hitam, ada pihak yang bergelar antifa cuba menangguk di air keruh dengan menggalakkan keganasan atas dasar membela nasab keturunan.

Sekarang negara Uncle Sam tu dah jadi kacau bilau, satu pihak memprotes demi kesamarataan warna kulit secara aman, manakala yang cuba mengambil kesempatan merosakkan keadaan, menghancurkan kedai-kedai, kononnya atas sebab yang sama.

Tapi apa yang berlaku di Coeur d’Alene, Idaho Utara menarik kisahnya.

Pihak antifa dari luar bandar sub-urban tu cuba datang untuk menghuru-harakan keadaan, kerana di setiap pelosok negeri di USA hampir semuanya ada protes anti-keganasan kepada kulit hitam. Tapi rakyat yang mendiami bandar yang terkenal dengan tasik semulajadi ni telah mengaplikasikan Pindaan Perlembagaan Kedua (2nd Amendment) USA sebaiknya, menggunakan senjata peribadi untuk kebebasan.

2nd Amendment berbunyi (diterjemah): militia di bawah undang-undang adalah keperluan untuk keselamatan dan perlindungan negara bebas; hak rakyat untuk memegang dan menyimpan senjata tidak boleh dihapuskan.

Pindaan Kedua ni antara perjuangan pihak konservatif di USA (jauh beza dengan Konservatif Malaysia tahu!) yang mana untuk keadaan seperti sekarang, terserlah keperluannya.

Rakyat bandar berkeluasan 41.65km² ni bersatu hati dan tenaga, menolak anasir yang cuba memporak-perandakan kedamaian antara mereka, dengan senjata di tangan. Polis dan orang awam bekerjasama mengawal persekitaran.

Pemprotes dapat jalankan demonstrasi dengan aman, tanpa pihak ketiga yang cuba merosakkan keadaan. Tiada kedai dan premis terancam, dan suara kebebasan luas berkumandang. Secara harfiah dan figuratif. Tak berani geng antifa perosak tu datang. Baru bertemu buku dan ruas. Kah.

Penafian: hantaran ni bukan menggalakkan penggunaan senjata pada orang awam di Malaysia. Konservatif kita jauh berbeza, dan takkan sama. Perlembagaan Malaysia serta Rukun Negara sudah cukup utuh untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan rakyat dan negara, ditambah dengan kehadiran pihak berkuasa yang tak pernah lelah menjaga kita semua. Baik PDRM, ATM, Bomba dan lain-lain.

Tinggal lagi kita mencari hikmah dan pengajaran dari apa yang berlaku. Jangan mudah menjentik air, percikannya kena pada siapa, kita tak tahu. Ada yang setuju, ada yang akan marah melulu. Akibatnya, hanya Tuhan yang Tahu.

Semoga keamanan dan kemakmuran Malaysia kekal sampai hari akhir. Insya Allah.

*Gambar ehsan Shane Zaring

BACAAN LANJUT:

Coeur d’Alene, Idaho: Armed Citizens Protect Community. https://ussanews.com/News1/2020/06/02/coeur-dalene-idaho-armed-citizens-protect-community/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.