Setiap kali tarikh 11 September tiba, dunia pasti akan mengingati sebuah tragedi yang berlaku pada 11 September 2001. Tragedi ini menelan k0rban sebanyak 2, 996 ribu dan 25 ribu lagi cedera. Tapi, tahukah anda, dalam ramai-ramai ni, ada tiga rakyat Malaysia yang terlibat?

1. Vijayashanker Paramsothy, 23 tahun merupakan seorang rakyat Malaysia bekerja di AON Corporation sebagai penganalisa syarikat di tingkat 103, Bangunan Selatan. Beliau merupakan anak tunggal kepada Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy

Pada tarikh hitam 11 September Vijay baru sahaja pulang dari menghadiri majlis perkahwinan seorang teman di Sepanyol.  Majlis perkahwinan berlangsung pada 8 September dan beliau berkeras untuk pulang segera ke New York untuk kembali bekerja.

Pada hari tersebut Vijay berjaya turun ke tingkat 78 sebelum berhenti bagi membantu Timbalan Presiden Kanan Aon, Howard Kestenbaum yang tercedera.

Selepas Menara Utara dilanggar pesawat United Airlines Flight 11, semua orang didalam menara selatan diarahkan supaya mengosongkan menara. Vijay serta beratus-ratus individu lain segera turun ke lobi lif utama untuk turun ke bawah. Boss kepada Vijay, Howard Kestenbaum cedera parah. Vijay sendiri dilaporkan mengalami luka teruk dan melecur akibat letupan tersebut.

 

2. Mangsa yang kedua ialah Ang Siew Nya 37 tahun. Beliau merupakan seorang penganalisis teknikal bagi Marsch & Co di tingkat 95. Beliau baru sahaja bekerja dua hari setelah bercuti selama seminggu. Beliau merupakan seorang ibu yang penyayang dan selalu komited terhadap kerjanya. Oleh sebab itu, beliau mudah dinaikkan pangkat.

3. Mangsa ketiga yang terk0rban ialah Sen Lai Khoo berusia 38 tahun. Beliau bekerja sebagai pengurus kewangan di Fred Alger Management di tingkat 95 Bangunan Utara. Beberapa ketika sebelum kejadian, beliau sempat meluangkan masa bersama adiknya di sebuah restoran. Beliau merupakan seorang kakak yang penyayang dan rakan yang baik.

Jika menghadiri perjumpaan, beliau merupakan antara orang yang sering membelanja rakan-rakannya. Beliau juga sepatutnya berkahwin pada tahun 2001 setelah bertunang. Namun, Tuhan lebih menyayangi beliau.

Itulah serba sedikit maklumat mengenai mangsa rakyat Malaysia semasa tragedi ini. Dianggarkan 23 orang rakyat Malaysia terlibat. 3 maut dan selebihnya cedera.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.