Raja Rimba Yang Menyaksikan Jatuh Bangun Empayar Purba

539

https://bit.ky/kombowww

Singa dianggap secara meluas sebagai raja rimba. Haiwan ini juga sering dijadikan sebagai simbol kuasa. Kebanyakan tamadun agung dunia menerapkan imej singa dalam hasil seni bagi mewakili perlambangan pengaruh dan kekayaan raja-raja mereka. Sehingga kini, wujud banyak relif dan tugu singa dan setiap satunya menyimpan kisah sejarah yang tersendiri.

TUGU SINGA BABYLON

Babylon menyimpan banyak tugu dan relif singa. Namun, hasil seni berkaitan singa yang paling masyhur adalah Singa Babylon yang ditemui pada tahun 1876. Tugu yang diiktiraf sebagai sebuah mahakarya seni ini dipercayai berasal-usul dari era pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II (695-565 SM).

Namun penyelidikan terkini mendapati tugu tersebut menyimpan kisah yang lebih panjang dan dramatik. Setelah memerangi bangsa Het, Nebuchadnezzar mengambil tugu tersebut sebagai r4mp4san prang dan membawanya pulang ke ibu kota beliau

Pada Julai 2016, menteri-menteri Iraq mewartakan perlindungan ke atas tugu tersebut dengan membina dinding di sekelilingnya bagi menghindarkan para pengunjung dari menyentuh sekaligus merosakkannya. Tambahan, tugu singa ini turut dijadikan sebagai inspirasi buat logo Persatuan Bola Sepak Iraq.

Tugu Singa Babylon

TUGU SINGA BINAAN ALEXANDER AGUNG

Sebuah lagi tugu singa dari zaman purba yang menggamit perhatian sejarahwan moden adalah tugu singa yang dahulunya menjadi sebahagian daripada ‘Gerbang Singa’ di tanah perkuburan Parthia, Hamadan, Iran.

Menurut legenda, tugu ini didirikan bagi memperingati kem4t1an Hephaestion, sahabat Alexander Agung pada tahun 324SM. Pun begitu, bukti kewujudan m4k4m Hephaestion masih belum dijumpai. Tugu singa ini dibina dengan gaya seni Hellenistik dan ia diiktiraf sebagai salah satu mercu tanda teragung di Hamadan.

Puing runtuhan ‘Gerbang Singa’ di Hamadan

TUGU SINGA TAMADUN HET

Tugu Singa Maras dihasilkan oleh seorang karyawan berbangsa Het yang hidup pada penghujung era kekuasaan Tamadun Het. Tugu ini meraih kemasyhuran tersendiri menerusi tulisan-tulisan hieroglif yang terukir padanya. Khazanah purba ini ditemui di bandar Kahramanmaras (Maras) pada tahun 1883.

Pada hari ini, tugu tersebut disimpan dan dipamerkan di sebuah muzium tempatan. Tugu ini asalnya berdiri di sebelah sebuah tugu lain yang tidak mempunyai sebarang ukiran hieroglif. Tugu kedua tersebut kini disimpan di Muzium Arkeologi Istanbul, Turki.

Tugu Maras diperbuat daripada batu basalt dan berukuran setengah meter (1.64 kaki) tinggi dan hampir satu meter (3.28 kaki) lebar. Tanpa diragukan lagi, relik purba ini dianggap sebagai sebuah mahakarya seni di mana perincian-perincian kecil seperti alur-alur bulu masih terpelihara sehingga kini.

Tugu ini juga terbukti mempunyai pengaruh kesenian Assyria. Inskripsi hieroglif yang diukir pada tugu tersebut mewartakan bahawa ia dimiliki oleh Halparuntiyas si Raja Wilayah Gurgam, putera Laramas, cucunda Halparuntiyas, cicit Muwatalli.

Prasasti ini juga mengandungi luahan perasaan yang mendalam terhadap dewa-dewa dan nenek-moyang. Ujian pentarikhan yang dilakukan ke atas tugu tersebut mendapati ia berasal dari kurun ke-9SM.

Tugu Singa Maras

TUGU SINGA DI PALMYRA

Terdapat sebuah tugu singa yang berdiri dengan megah di Palmyra, berusia dari kurun pertama Masehi. Tugu batu kapur yang seberat 15 tan ini ditemui oleh sepasukan ahli arkeologi Poland yang diketuai oleh Dr. Michal Gawlikowski pada tahun 1977.

Ia ditemui dalam bentuk serpihan-serpihan kecil dan kerja-kerja mencantumkannya ke bentuk asal mengambil masa yang agak lama. Memetik laporan Bartosz Markowski:

“Pada tahun 2000, berlangsung satu pembentangan yang memerihalkan tentang projek pameran tugu tersebut. Dalam pembentangan itu, diajukan dua permasalahan; permasalahan pertama adalah bagaimana untuk mengembalikan bentuk asal tugu singa itu.

Permasalahan kedua adalah tentang pembinaan batu penyokong untuk menampung binaan tugu. Hasil perbincangan mendapati tugu tersebut perlu dipindahkan dan diletakkan di atas sebuah batu asas yang dihubungkan dengan sebuah dinding konkrit yang berfungsi menampung bongkah-bongkah batu tugu.

Kerja-kerja pembaikpulihan ini turut melibatkan penghasilan semula bahagian tugu yang hilang. Projek pembaikpulihan ini dimulakan pada tahun 2005.”

 Menjelang tahun 2015, tugu ini menjadi m4ngs4 s3r4ngan m1l1tan di Palmyra. Namun, ahli-ahli arkeologi sebulat suara berkongsi tekad mahu membaiki tugu berkenaan.

Tugu Singa Al-lat (kurun pertama Masehi) yang berdiri di gerbang Kuil Al-lat (mvsnah pada 2015)

RUJUKAN:

Natalia Klimczak. (17 Disember 2016). The King of Beasts that have Witnessed the Rise and Fall of Ancient Civilizations. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/king-beasts-have-witnessed-rise-and-fall-ancient-civilizations-007204

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.