Di Asia Tenggara,hanya terdapat tiga bangsa yang masih mempunyai institusi raja yang berdaulat,dan diiktiraf dalam perlembagaan negara dan sekaligus oleh dunia.

Bangsa Khmer dan negara mereka Kemboja:

Institusi raja mereka bermula ketika Chenla terbentuk secara rasmi pada tahun 550 Masehi selepas kejatuhan Funan,walaupun ada sarjana mengatakan seawal Funan,namun Funan masih menjadi perdebatan,sementara Chenla memang disahkan sebagai negeri orang Khmer.

Raja pertama mereka,Bhavavarman I itupun diyakini adalah cucu kepada Rudravarman,emperor terakhir Funan. Bhavavarman I mengahwini puteri Chenla dan bersekongkol dengan Chenla untuk menjatuhkan Funan.Setelah itu,Funan telah diserap ke dalam Chenla namun empayar Funan yang besar itu tidak mampu ditadbir oleh Chenla sehingga terpecah menjadi Chenla Laut dan Chenla Darat.

Era keemasan mereka sudah tentu kegemilangan Angkor.Raja-raja seperti Suryavarman I,Suryavarman II dan Jayavarman VII adalah antara raja-raja yang terkenal.Empayar ini diasaskan oleh Jayavarman II yang dibesarkan di dalam istana Sailendra di Jawa.Sailendra adalah salah sebuah dinasti Melayu yang menjadi kelas pemerintahan Srivijaya.

Raja orang-orang Khmer sekarang ialah Norodom Sihamoni.

Raja Khmer, Raja Norodom Sihamoni

Bangsa Thai dari Thailand

Sejarah institusi raja-raja mereka bermula ketika negeri Sukhotai terbentuk di dalam wilayah empayar Khmer.Si Intharathit iaitu pengasas Sukhotai,adalah ketua wilayah Bang Yang (di Thailand kini) iaitu sebuah wilayah Khmer semasa pemerintahan Indravarman II.
Dia telah memberontak dan menubuhkan Sukhotai pada tahun 1238 Masehi.Di utara terdapat kerajaan Lanna yang ditubuhkan oleh Mangrai, raja Tai Yuan namun sejarah Lanna masih dikaitkan dengan etnik-etnik selatan China seperti negeri-negeri Shan,dan tidak kepada identiti Thailand pada hari ini.

Identiti bangsa Thai banyak dibentuk oleh dua kerajaan ini; Sukhotai dan Ayutthaya. Sukhotai mula membentuk identiti mereka setelah mencapai utara Segenting Kra; wilayah negeri-negeri Melayu Indochina. Mereka telah mencedok agama Buddha Theravada dari Sri Dharmaraja/Ligor, sebuah negeri Melayu yang berpaksikan gaya sarjana Buddha dari Sri Lanka.Sukhotai telah dikalahkan oleh Ayutthaya yang juga meranapkan Lanna dan menjadi kuasa baru Indochina; hanya boleh disaingi oleh Burma di sebelah barat.

Ayutthaya menyambung kepada kerja-kerja Sukhotai;iaitu membina identiti Thai yang baru dan ini mencapai kemuncaknya apabila menjarah Angkor dan membawa beribu-ribu artisan, penari dan pujangga Angkor ke Ayutthaya.Bahasa istana Thailand sehingga ke hari ini adalah dalam bahasa Khmer Kuno. Raja Thailand sekarang ialah Vajiralongkorn.

HRH. Vajiralongkorn

Mala Kings from Malayu

Merupakan institusi beraja tertua mengatasi kedua-duanya di atas,orang-orang Melayu telah mengekalkan sejarah raja-raja mereka sehingga ke hari ini di Malaysia dan Brunei.

Tidak diketahui dengan tepat bilakah institusi raja-raja Melayu bermula kerana sejarah politik Melayu berselerak di dalam sejarah kewujudan Malay city-states yang seakan sama dengan sejarah Babilon,Greek dan Phoenicia.Bukan sahaja di kepulauan malah di Indochina sendiri,negarakota-negarakota Melayu wujud beriringan dengan Pyu city-states dan Mon city-states. Sarjana Tamil mengatakan sejarah perdagangan mereka dengan negeri-negeri Melayu adalah seawal 300 tahun Sebelum Masehi,manakala sarjana Khmer mencatatkan kewujudan raja-raja Melayu seawal era Funan.

Raja-raja Melayu pernah bersatu di dalam dua persekutuan (setakat yang diiktiraf sarjana) iaitu Srivijaya,empayar maritim legenda Asia Tenggara dan Langkasuka,sebuah liga politik yang mencapai negeri-negeri Mon di Pegu (Lower Burma) sehingga ke Kedah.
Selepas era Srivijaya,sejarah Malay city-states bertukar kepada konsep negeri-negeri Melayu yang mempunyai sultan masing-masing dan ini termasuklah di Sumatera dan Brunei.

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kiri) dan Sultan Hassanal Bolkiah (kanan)

Institusi raja-raja Melayu tetap bertahan semasa gelombang imperialisme dan survive sehingga ke hari ini dalam siri peperangan diplomasi yang dasyat. Institusi ini adalah yang tertua di Asia Tenggara dan kesultanannya antara tertua di dunia, setanding dengan raja-raja Yaman dan institusi emir (emirate) di Asia Barat.

Hari ini,Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ialah Sultan Muhammad V ,mewakili 9 pemerintah negeri-negeri Melayu di Malaysia manakala di Brunei pula kini di bawah pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei.

~ Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

1 Comment

  1. Kita perlu tahu bahawa mulai 2012 raja sulu yang sebenar telah dapat di cari oleh jawatan kuasa kerajaan sulu diphilipina yang kebetulan tinggal di sabah kerana sebelum itu jamalul kiram raja palsu yang menyerang sabah berkuasa secara tak sah , setelah kematian jamalul kiram baru sultan yang waris sebenar yaitu sultan madurasulial kiram yang sekarang ini kebali berkuasa dan di iktiraf oleh kerajaan philipine di bawa presiden sekarang , inshaalah pada bulan november 2017 ini di buat permashuran kesultanan sultan sulu yang ketiga puluh di badar kelahiran presiden dibandar davau selatan philipine wilayah sulu.

Leave A Reply