“Om Namo Photisat Jatukam Ramadhewa Srimaharacha Chulamanee Woramadhewa Sriwichai Prasamati Dhewaracha Photisat PangpakarnSuriya Chantra Chantarapanu
Nillaracha Dhewakuru Racha Puroheta Mahaprasit Chaiyalapa Swaha.”

Mungkin dalam bahasa Sanskritnya atau Melayu kuno berbunyi begini: Om Nama Bodhisatva Jatukama Rama Deva Sri Maharaja Culamani Warmadeva Srivijaya Prasamati Devaraja Bodhisatva Pangkarana Surya Chandra Chandrabanu Nilaraja Devakuru Raja Mahaperita Jayalapa Svaha.

Jatukham Ramathep, satu nama yang sangat asing bagi kita malah bagi sesiapapun yang tidak mengetahui bahasa Thai. Malahan nama ini juga adalah tidak popular di Thailand sebelum tahun 1987. Pada tahun 1987 seorang pegawai polis bersara bernama Phantharak Rajjadej telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau menangkap penjenayah dengan mudah dan dapat menyelesaikan kes-kes berat dengan pantas.

Beliau juga berkata rahsia tersebut membuatkan beliau masih kuat dan sihat walaupun sudah lanjut usianya. Beliau mendedahkan bahawa selama ini beliau mengamalkan penyembahan kepada dewa khas Wilayah Nakhon Sithammarath iaitu Jatukham Ramathep. Ada apa dengan Jatukham Ramathep? Mengapa ia begitu istimewa dan dianggap begitu hebat oleh pesara polis Buddha tersebut?

Pada tahun 1986 seorang Mejar Jeneral telah menghadiri suatu upacara keagamaan di sebuah kuil di Wilayah Nakhon Sithammarath.

Dalam upacara itu seorang medium atau perantara roh telah diresapi roh seorang raja pahlawan pada zaman kegemilangan Negara Sri Dharmaraja iaitu Jatukam. Melalui medium atau perantara tersebut beliau disuruh mendirikan sebuah tiang tugu untuk kota Nakhon Sithammarath.
Namun beliau juga disuruh merujuk kepada seorang tua yang tahu akan ilmu-ilmu khas bagi mendirikan tugu tersebut serta upacara membuatnya. Orang tersebut adalah pesara polis Phantharak Rajjadej.

Tugu tersebut akhirnya siap dibina pada tahun yang sama dan pada tahun 1987 dengan panduan yang diberikan oleh Phantharak Rajjadej maka sebuah azimat berbentuk bulat dibuat khas yang mempunyai ukiran Jathukam Ramathep diatasnya.

Sejak dari peristiwa itu akhirnya nama tersebut menjadi buah mulut seluruh rakyat Thailand dan mereka semua inginkan kesejahteraan dan keselamatan seperti yang telah dikecapi si pesara polis tersebut. Maka berbuyung-buyunglah orang datang kekuil dimana ianya dibuat sehingga harganya melambung tinggi. Sehingga kini harga tertinggi yang pernah dibayar seseorang untuk mendapatkan azimat ini adalah melebihi 1 juta bath.

Namun persoalannya siapakah Jatukham Ramathep ini? betulkah dia seorang raja kerajaan Negara Sri Dharmaraja? Jika semua persoalan ini benar maka sudah semestinya si raja adalah seorang Javaka atau Melayu! Hal ini kerana Negara Sri Dharmaraja adalah sebuah kerajaan Melayu pada zaman dahulu sebelum ditakluki oleh Sukhotai dan Ayuthiya. Dan kita juga sudah tahu bahawa kerajaan Melayu segenting kera ini juga mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Srivijaya.

Oleh itu kajian ini adalah sangat penting untuk kita. Kita juga akan tahu betapa besarnya impak Srivijaya dan kekuasaan Thalasocrasinya terhadap orang-orang Thai sehinggakan mereka sendiri sanggup menyembah seorang raja yang berlainan bangsa dengan mereka. Tetapi siapa dia? Pewaris Siwichai?

Banyak versi mengenai siapa sebenarnya Jatukham berlegar di seluruh Thailand. Salah satu daripadanya ialah versi dua dalam satu. Apa yang dimaksudkan dengan dua dalam satu?

Yang dimaksudkan dengan dua dalam satu adalah Jatukam itu sendiri. Sebenarnya menurut lagenda orang-orang Thai Jatukham Ramathep adalah dua orang adik beradik iaitu satunya Inthara Sairen dan seorang lagi Inthara Khao Kheo.

Mereka berdua dikatakan sebagai anak kepada Raja Jantharaphanu (Chandrabhanu), yang memerintah Sri Dharmasokaraja, yang dianggap orang thai sebagai pusat bagi empayar Siwichai atau Srivijaya.

Menurut lagenda tersebut lagi akibat daripada ketiadaan ayahanda mereka selama 20 tahun kerana melancarkan perang di selatan India atau Sri Lanka, kerajaan Sri Dharmaraja menjadi lemah. Oleh hal yang demikian kedua adik beradik ini telah menubuhkan sebuah pusat pemerintahan yang baru di Chang Khom Sirithammarat yang sekarang berada di kota Nakhon Sithammarath. Dua beradik tersebut juga dikatakan telah menamakan semula kerajaan mereka sebagai Siwichai Suphannabhumi.

Satu lagi versi lagenda asal usul Jatukham Ramathep mengatakan bahawa dia adalah Chandrabanu sendiri. Mengikut catatan yang terdapat di wat tertentu di Nakhon Sithammarath, Jatukham Ramathep digelar oleh masyarakat selatan Thai sebagai KING OF THE SOUTHERN SEA. Beliau digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berkulit gelap. Beliau juga digelar sebagai Raja Hitam Penguasa Laut Selatan atau Phraya Pungparn.
Kononnya beliau berjaya bermeditasi hingga mencapai tahap nirvana dan bersatu dengan Buddha.

Oleh sebab itulah dia disembah oleh masyarakat Buddha selatan Thai. Tapi ini semua menurut kepercayaan mereka yang beragama Buddha. Maka betul lah kata orang cerdik pandai, dari peristiwa menjadi sejarah, dari sejarah menjadi lagenda dari lagenda menjadi mitos dan jika tidak direkod dan dikaji dengan betul oleh anak cucu cicit maka jadilah dongeng tok nenek ala merong. Jadi versi mana sebenarnya yang betul?

Namun apa yang pasti mengenai Jatukham adalah baginda seorang elit Melayu yang disembah tahap dewa oleh orang-orang Buddha Thai. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana jika dia Chandarbanu maka tokoh ini bukan lagi asing bagi kita dan kita memang tahu perkaitan tokoh ini dengan wilayah bekas jajahan Srivijaya iaitu Tambralingga atau Ligor. Jika bangsa asing boleh menghargai sejarah nenek moyang kita mengapa tidak kita?

Bukanlah saya menyuruh anda semua mendewa-dewakan atau menyembah tokoh sejarah semacam yang dilakukan kaum kafir ini. Cukup sekadar penghargaan dengan mengetahui dan menyedari betapa hebat dan pentingnya sejarah dan pendidikan sejarah kepada jati diri anak-anak Melayu Nusantara.

Kita perlu tahu bahawa bangsa kita mempunyai raja-raja dan kerajaan-kerajaan hebat pada zaman kuno Hindu-Buddha dan tidak sekadar kerajaan Melaka dan para sultannya sahaja. Sejarah Melayu itu amat purba melakaui ribuan tahun dan bukan bermula pada tahun 1400-an. Sekian, wallah hu a’lam.

*Gambar adalah pesara polis terbabit. Ada keris terselit di pinggangnya.

~ASJ~

Rujukan:

•Rachelle M. Scott, Nirvana for Sale? Buddhism, Wealth, and the Dhammakaya Temple, SUNY Press, 2009.
•Stuart C. Munro-Hay, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends of a Southern Thai Town, White Lotus Press, 2001. Boost P
•http://www.nationmultimedia.com/2007/04/17/national/national_30032023.php


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

Leave A Reply