Raja England, King Edward IV meninggal dunia pada 9 April 1483, setelah sekian lama uzur, menjadikan putera sulungnya, Prince Edward of Wales yang berusia 12 tahun, sebagai pewaris takhta England.

Dengan salah satu perintah pentingnya yang terakhir, King Edward IV melantik adiknya, Richard, Duke of Gloucester selaku penjaga, atau pemangku takhta kepada Prince Edward yang masih kecil. Namun, pada 26 Jun 1483, Duke of Gloucester merampas takhta, lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Richard III, raja England yang baru.

Prince Edward pula dipenjarakan bersama adiknya di Menara London, di mana kedua-duanya akhirnya dibu.nuh. Richard III dipertanggungjawabkan atas pembu.nuhan tersebut.

Dalam tempoh dua tahun pemerintahannya, King Richard III menghadapi pemberontakan yang dilancarkan Duke of Buckingham yang merupakan sekutu Woodvilles dan Earl of Richmond, Henry Tudor yang sedang hidup dalam buangan. Pemberontakan itu gagal mencapai kejayaan dan Duke of Buckingham dihukum ma.ti. Henry Tudor memutuskan untuk menyambung usaha itu dengan menawarkan dirinya sendiri untuk takhta diraja England.

Henry Tudor tiba dari Harfleur di Normandy, pada 7 Ogos 1485, di pelabuhan West Wales Milford Haven bersama kekuatan seramai 2,000 anggota tentera upahan Perancis. Sebagai seorang Wales, Tudor bergantung kepada sokongan dari para bangsawan dan bangsawan Wales.

King Richard III.

Henry Tudor turut ditemani bapa saudaranya, Jasper Tudor, Earl of Oxford dan beberapa para kesatria Lancaster dan York yang lain, Tudor menjangkakan dia akan disokong oleh keluarga Stanley yang berkuasa, memandangkan Lord Stanley mengahwini ibu Tudor, Margaret Beaufort.

King Richard III yang diberi amaran akan ancaman Tudor untuk mahu mencabar takhtanya dari Perancis, berada di Nottingham, menunggu laporan tentang di mana pasukan penye.rang akan mendarat, sebelum dia juga mara untuk menghadapinya. Sebaik sahaja berita mengenai pendaratan Henry di Milford Haven diterima, Richard III mengumpulkan bala tenteranya dari seluruh England.

Henry Tudor mara melalui Wales dan singgah di Shrewsbury untuk mengumpul penyokong dan merekrut lebih ramai tentera ke dalam pasukan mereka sebelum meneruskan perjalanan.

Kebanyakan para bangsawan yang diharapkan King Richard III agak keberatan untuk menyumbangkan tentera mereka kepadanya, mungkin kerana kurangnya komitmen terhadapnya dan kecenderungan untuk melihat siapa yang ada potensi kemenangan sebelum mereka membuat keputusan memihak kepada siapa.

Situasi ini nampaknya turut berlaku dalam keluarga Stanley yang kuat. Pada awal musim panas tahun 1485, Richard mengizinkan Lord Stanley meninggalkan tenteranya dan kembali ke Lancashire, tetapi menahan anaknya, Lord Strange sebagai tebusan untuk menjamin Lord Stanley kekal memberi sokongan.

Lord Stanley pulang namun tak kembali menyertai tentera diraja dan Lord Strange melakukan cubaan melarikan diri yang gagal dari Nottingham Castle. Henry Tudor meneruskan kemaraan dari Shrewsbury ke Stafford, di mana dia bertemu Sir William Stanley dan kemudian membelok ke arah tenggara, bergerak melalui Staffordshire menyusuri Watling Street menuju ke London.

Dalam proses kemaraan ini, Henry berhasil memperoleh sejumlah besar meriam untuk membentuk rangkaian artileri. Sementara itu, Lord Stanley dan Sir William Stanley berada di lapangan bersama para pengikut mereka, tetapi berarak selari dengan tentera Henry Tudor.

Oleh itu, mereka dapat menanam tanggapan kepada Tudor bahawa mereka mungkin menyokongnya, dan pada masa yang sama membuat King Richard III mempercayai bahawa mereka sedang berusaha untuk menyekat kemaraan Henry dalam kaedah tertentu. Masalah Lord Stanley adalah Richard masih sedang menahan anaknya, Lord Strange sebagai tebusan sebagai jaminan kesetiaan Stanley.

Pada 19 Ogos 1485, setelah menerima laporan bahawa Henry Tudor berada di Litchfield, King Richard III meninggalkan Nottingham bersama bala tenteranya tanpa persediaan yang sem.purna, untuk memintas Tudor sebelum dia tiba di London.

Pada 20 Ogos 1485, Henry Tudor bertemu dengan Stanley di Atherstone, sebuah kota kecil Warwickshire di Watling Street. Keesokannya, Henry Tudor bergerak ke arah timur dari Atherstone dan King Richard III mara dari Leicester. Kedua-dua pihak mendirikan kem di sekitar kawasan medan tem.pur.

Dengan itu, terdapat empat kem: Henry Tudor, Richard III dan dua lagi kem Lord Stanley dan Sir William Stanley. Keesokan paginya, garis pertem.puran disusun di kawasan desa berliku yang terbuka dan lembap di sebelah barat daya kota Warwickshire, Sutton Cheney.

Tentera Henry Tudor memecut ke medan tem.pur untuk melancarkan se.rangan pembukaan terhadap tentera Diraja. Manakala pasukan tentera keluarga Stanley hanya berdiri dan menyaksikan pertembungan awal.

Pertem.puran Bosworth Field.

Dipercayai Sir William Stanley menyaksikan pembukaan pertem.puran dari posisi ke utara, sementara Lord Stanley mengambil posisi di sebelah selatan tentera Tudor. Dianggarkan jumlah kekuatan yang ada pada tentera Stanley tidak lebih daripada 4,000 orang.

King Richard III mengirimkan pesanan kepada Lord Stanley, dia memerintahkan Lord Stanley untuk menyertai dan memihak kepada tentera Diraja atau anaknya, Lord Strange, akan ma.ti. Namun, dikatakan Stanley membalasn dengan jawapan bahawa dia masih mempunyai anak lelaki yang lain.

Henry Tudor turut mengirim pesanan kepada Lord Stanley yang membalas bahawa dia akan menyertai tentera Tudor apabila tiba waktu yang sesuai.

Mungkin Stanley merancang untuk menyertai pertem.puran dengan memihak Tudor pada saat di mana campur tangannya akan menjadi penentu kemenangan untuk Tudor dan pada waktu yang sudah terlambat bagi King Richard III mahu membu.nuh anak Lord Stanley.

King Richard III mula berada dalam keadaan terdesak dan sukar. Setelah melihat ramai bangsawan mula memihak kepada Tudor, tentera keluarga Stanley bergerak untuk menyertai pertem.puran dengan menyokong Henry Tudor.

Pada fasa terakhir pertem.puran, Raja Richard III terbu.nuh. Sumber mengatakan bahawa Richard dijatuhkan semasa sedang melancarkan terhadap Lord Stanley.

Manakala ada sumber lain yang mengatakan King Richard III melihat Henry Tudor dalam posisi terdedah di sayap kiri tenteranya dan memecut untuk menye.rang dengan pasukannya, hanya untuk dikejutkan dengan kehadiran tentera Sir William Stanley.

Bagaimanapun, King Richard III dise.rang bertalu-talu dan terbu.nuh. Dengan kema.tian Richard, tenteranya hilang kepimpinan, panik dan melarikan diri dari medan pe.rang.

Lakaran semasa ma.yat Richard III diikat pada kuda.

Ma.yat King Richard III ditelan.jangkan sebelum diikat ke pada pelana kuda untuk dibawa ke Leicester selepas berakhirnya Pertem.puran Bosworth Field pada 22 Ogos 1485 yang sekaligus mengakhiri Pe.rang Mawar.

Selain dari Reza Shah, raja kerajaan monarki Dinasti Pahlavi di Iran, sebenarnya ada ramai lagi para bangsawan yang lain dalam sejarah di mana semasa hayatnya penuh dengan kegemilangan, namun selepas ajal, ma.yatnya tidak diendahkan, bahkan dikebumikan seumpama bangkai binatang.

King Richard III merupakan seorang raja England yang juga merupakan salah satu contoh bangsawan yang tak bernasib baik selepas kema.tian. Kema.tiannya secara tidak langsung telah menjadikan dirinya sebagai raja England terakhir yang terkorban dalam pertem.puran.

Henry Tudor kemudian menaiki takhta sebagai King Henry VII lalu mengakhiri era kerabat York dan Dinasti Plantagenet umumnya, lalu menjadi titik permulaan era pemerintahan Dinasti Tudor di England.

Tengkorak Richard III

Ma.yat King Richard III yang dibawa ke kota Leicester yang berdekatan kemudian ditanam begitu saja tanpa sebarang upacara pengebumian mahupun diziarahi ahli keluarganya.

Dikatakan terdapat binaan yang menjadi penanda kubur beliah, namun binaannya yang asal dipercayai telah dibuang semasa era Reformasi Inggeris, kehilangan penanda ini menyebabkan ramai pihak tersalah anggap dan percaya yang ma.yatnya telah dibuang ke dalam Sungai Shoar.

 

Susunan rangka Richard III.

Penyelidikan arkeologi lanjut dilakukan pada tahun 2012 di sebuah tapak yang dahulu merupakan tapak yang pernah menempatkan gereja Grayfriars Priory yang telah dirobohkan semasa era Pembubaran Biara oleh Henry VIII.

Dengan membandingkan beberapa poin yang ada persamaan antara peta-peta mengikut turutan sejarah, tapak bekas gereja di mana ma.yat Richard ditanam tergesa-gesa dengan penuh penghinaan pada tahun 1485 telah dikenalpasti berada di bawah tempat letak kereta di tengah-tengah pusat bandar moden. Hasil penggalian menemui satu rangka lelaki yang dipercayai milik King Richard III.

Rangka yang ditemui itu memiliki pelbagai ciri-ciri yang mengukuhkan dan mengesahkan bahawa ianya benar-benar milik King Richard III.

Antaranya ialah hasil keputusan ujian pentarikhan radiokarbon yang dibandingkan dengan laporan kontemporari ciri-ciri penampilannya, dan perbandingan DNA mitokondria dengan DNA keturunan matrilineal dari jalur keturunan adik perempuannnya, Anne of York.

Dan rangka tersebut memiliki begitu banyak kesan kecederaan, sekaligus memberi kesimpulan yang Richard III mungkin ma.ti tersek.sa berdasarkan kesan tetakan, hirisan, dan rodokan sen.jata tajam menembusi tulangnya terutamanya pada bahagian punggung.

Henry Tudor dimahkotakan sebagai King Henry VII

Rangka Richard III kemudian dikebumikan semula di Katedral Leicester. Pada 26 Mac 2015.  King Richard III adalah Raja England dan Lord of Ireland dari tahun 1483 hinggalah hari kema.tiannya pada tahun 1485. Dia adalah raja terakhir England dari cabang Kerabat York dan Dinasti Plantagenet.

Kekalahan dan kema.tiannya di tangan Henry Tudor dalam Pertem.puran Bosworth Field, pertem.puran penentuan terakhir dalam Pe.rang Mawar, menandakan berakhirnya Zaman Pertengahan di England.

Pe.rang Mawar merupakan siri pe.rang saudara dan konflik perebutan takhta keluarga diraja England dari beberapa garis kerabat yang berbeza pada pertengahan hingga akhir abad kelima belas. Ia melibatkan pertembungan antara penyokong dua cabang yang bersaing dari Dinasti Plantagenet iaitu kerabat Lancaster dan York.

Arca Henry Tudor

Pepe.rangan itu telah menamatkan garis keturunan lelaki dari kedua kerabat tersebut, sekaligus mengakhiri keturunan Dinasti Plantaganet. Ini menyebabkan keluarga Tudor boleh mewarisi hak terhadap takhta yang sepatutnya mililk kerabat Lancaster.

Namun, selepas pe.rang, kerabat Tudor dan York disatukan melalui perkahwinan lalu mewujudkan episod baru bagi kerabat York, dinasti baru di bawah Tudor bagi negara England, dan lembaran zaman yang baru menjelang pasca abad pertengahan.

Rangka Richard III yang ditemui di bawah tapak tempat letak kereta.

Manakala bagi King Richard III yang malang itu, walaupun sudah ma.ti tanpa bernesan ketika itu, dia tetap diabadikan sebagai watak protagonis melalui drama-drama sejarah yang ditulis William Shakespeare.

Pe.rang Mawar (War of Roses) mendapat namanya dari simbol bunga mawar dengan warna berbeza-berbeza mewakili setiap kerabat.

RUJUKAN:

Carson, J. Ashdown-Hill et al, Finding Richard III, (Imprimis Imprimatur, 2014).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.