Raja Dari Tarshis Ketika Malam Kelahiran Nabi Isa A.S

0
2984
views

Disebutkan bahawa pada malam Nabi Isa dilahirkan, beberapa orang Magi dari belahan negeri-negeri Timur tiba ke Baitul Lahm menyatakan sembah khidmat dan keimanan kepada Ruh Allah yang baru lahir itu. Ada yang mengatakan jumlah mereka tiga dan ada yang dua belas.

Mereka membawa bersama hadiah-hadiah berupa,

“Chryson, Libanon dan Smyrrna”

Emas, gaharu dan dupa. Semua ini adalah barang-barang berharga yang tidak dijumpai melainkan daripada belahan laut yang dinamakan “Tarshis” negeri legenda yang menempatkan “Ophyr” Nabi Sulaiman 900 tahun yang lampau sebelum al-masih. Negeri yang tiba daripadanya pelaut-pelaut yang membawa bekalan emas, besi, perak, gading, rempah, aromatik dan haiwan-haiwan eksotik.

“Tarshis” yang menjadi pesisir tempat pendaratan armada Raja Zerah dari Hindia Timur 700 tahun yang lampau sebelum al-masih.

Pada malam kelahiran al-Masih itu, tidak semena-mena datang lagi raja atau pendeta budiman dari Tarshis ini. Mungkinkah keturunan Zerah yang akhirnya menerima keimanan tauhid Israil?

Namanya ialah ‘Gaspar’ menurut satu riwayat, yang paling senior dan ‘beremas’ dari ketiga-tiga yang turut hadir. Gelaran yang asal adalah raja tetapi penyalin injil lebih gemar menisbahkan mereka sebagai Magi bangsa Parsi hanya bersebabkan kemahiran astronomi mereka. Kedatangan mereka adalah setelah mereka melihat munculnya “Kochb ha Mashiach” bintang atau komet yang diramalkan oleh nabi-nabi Israil yang diperturunkan kepada bapa-bapa dan datuk-datuk mereka.

Ketika waktunya sudah tiba, petanda yang difahami daripada pusaka lisan Daud dan Danial itu dikejar sehingga ia berhenti di atas sebuah rumah di Baitul Lahm.

“Tarshis” ini jika dilihatkan pada pelbagai sumber biblikal sering dianggap tidak konsisten tetapi sebenarnya adalah komplementari antara satu sama lain. Jangan keliru dengan Tarsus di Anatolia. Nama tersebut nampaknya telah digunakan untuk satu rantau maritim yang dihuni pula oleh kelompok maritim yang luas. Kadang-kadang mereka digelar Misri, kadang-kadang Habsyi, kadang-kadang Hindi, hibrid yang digelar juga Zanji. Kekeliruan yang timbul ini berpunca daripada operasi dan dominasi komuniti Tarshis yang luas dan boleh dijumpai di mana-mana dan terlindung baik di sebalik benang-benang korporat Puniki, Nabati dan Saba’.

Waqaf Saham

Dalam rumpun semitik kalimah “Tarshis” ini berada dalam lingkungan morfologi makna “kapal laut berdayung” atau “pelaut”.

Kapal-kapal Tarshis yang tiba ke Israil nampaknya bukan daripada satu jalan. Ada yang disebut tiba ke pelabuhan Israil di Ailath dan Asyun-jabir dalam Laut Merah, dan ada pula yang tiba dari sebalik ‘Tetiangan Herkules” dari arah samudera Atlantik mendarat di pelabuhan-pelabuhan Mediterranean seperti Jaffa, Gazza, Asqalan, dan Thur.

Di samping kewujudan ekspedisi Fir’aun Nekho dan bangsa Puniki ‘circumbulating’ benua Afrika, ada tak yang terfikir bahawa klu-klu ini menjurus juga kepada hakikat diaspora kebudayaan rumpun Melayu yang berkuasa dari Pantai Andes hatta ke delta Niger dan tidak mustahil melangkaui perairan tersebut!

Dari industri besinya sehingga ke penyebaran kemahiran perlautan dan tani ada ditemui di Afrika Barat.

“Kapal-kapal Tarshis membawakan emas kepada Sulaiman setiap tiga tahun.”

Pusat bagi Tarshis dan Ophyr ini kuat merujuk kepada Aurea Chrysonas Ptolemy, ini bermakna rantau tersebut memiliki hubungan langsung dengan kerajaan raja-raja Israil sehingga memasuki zaman Nabi Isa alaihissalam.

Kini saya faham mengapa komuniti Mormon dan mistik Yahudi yang lainnya mempercayai bahawa Tanah Melayu adalah sebahagian daripada negeri ‘exodus’ dan ‘tanah yang dijanjikan’ kepada sebelas kabilah Israil yang ‘hilang’.

Ia juga negeri misteri Pendeta Yuhanna(Prester John) yang diriwayatkan telah memerintah tiga tanah Hindia. Raja Yuhanna ini mungkin adalah keturunan raja pendeta agung dari Tarshis ini. Siginifikannya dalam tradisi Nasrani dan Masihi adalah kerana dialah yang paling terkehadapan dan pertama sekali menyambut kelahiran baginda dan mengimaninya, manusia mulia yang dipuja dan dihormati tiga perempat penduduk dunia sehingga hari ini!

Sela antara Kerajaan Israil dengan ketamadunan Zaman Besi di Malaya nampaknya semakin hari semakin menampakkan bentuk ukirannya.

Mimpi saya menyairkan Zabur suatu ketika dahulu nampaknya bukanlah di puing-puing Ayutthaya mahupun Bagan, tetapi mungkin adalah di atas langgar purba berlatarbelakangkan Gunung Seri yang berkabus nirmala. Penduduknya mendengar dengan tekun dan taat akan isi-isinya mengharapkan rahmat daripada Tuhan Israil, menanti-nanti kedatangan Ahmad, pilihan Allah.

“And unto Solomon (We subdued) the wind in its raging. It set by his command toward the land which We had blessed. And of everything We are Aware.” – Qur’an, 21:81

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.