Kalau Malaysia terkenal dengan Raja Gulanya, kita juga ada seorang usahawan yang terkenal dengan jolokan Raja Coklat. Orang Melayu sememangnya banyak yang telah berjaya dalam arena perniagaan di Malaysia. Cumanya, kita tidak mengetahuinya sahaja. Kali ini, kami telah menemu bual DR Group telah bertapak di Malaysia selama lebih 30 tahun. Syarikat DR Group terlibat dalam banyak bidang seperti peruncitan, pembuatan, pengurusan hartanah, pelaburan, serta tidak ketinggalan dalam sektor penghasilan coklat.

Untuk rekod, DR Group merupakan syarikat penghasilan coklat milik bumiputera yang terulung di Malaysia. Mereka mengedarkan coklat-coklat import terbaik dari luar negara seperti Lindt, Hershey, Nestle, M&M’s dan Loacker di kedai mereka tersendiri di mana-mana lapangan terbang atau pekan yang diistiharkan sebagai bebas cukai. Setakat ini, syarikat pengedaran coklat milik anak Melayu kita ini berjaya memenangi 14 buah anugerah dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, syarikat ini berjaya memenangi anugerah i-Amaze ketika 1 Malaysia i-Award pada tahun 2012 selain pada tahun 2011, memenangi sekurang-kurangnya 5 buah anugerah termasuklah Best Brand in Brand Strategy dan Malaysia Most Outstanding Retailer-Chains!

Sejarah kepada kejayaan hebat yang dicapai oleh syarikat ini ialah bermula pada tahun 1980 oleh Dato’ Dahlan Rashid yang memulakan perniagaan dengan membuka sebuah kedai coklat pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Dari situ, perniagaan beliau terus berkembang dan akhirnya hari ini oleh kerana kejayaan perniagaan coklatnya, beliau digelar sebagai Raja Coklat Malaysia. Selain menjual coklat, GD Group Holding mengembangkan cengkaman mereka ke atas produk-produk dalam sektor lain seperti kecantikan, penjagaan diri, cenderamata dan juga minyak wangi. Kemuncak kejayaan beliau sepanjang bergelar Raja Coklat Malaysia ialah telah membina kilang coklatnya tersendiri pada tahun 1999 yang bernama Danson dan Fidani.

Tidak cukup dengan itu, Raja Coklat ini turut membuka sebuah muzium untuk tatapan orang awam diluar sana yang diberi nama Choclat Museum % Shop yang terletak di Damansara. Untuk pengetahuan pembaca semua, muzium ini adalah yang pertama seumpama dengannya di Malaysia dengan menawarkan pelbagai pameran coklat yang mengandungi 100 buah jenama dari seluruh dunia, selain menawarkan peluang untuk mendalami lagi dunia coklat dan sejarahnya.

Ybg Dato’ Arshad Desa, Executive Director untuk Colours & Fragrances Sdn Bhd dan DR Group Holding ketika ditemui oleh kami sempat menitipkan pesanan kepada usahawan bumiputera di luar sana, “Jangan terlalu boros. Dapat dana, dapat untung, bina empayar dahulu daripada membeli barangan yang tidak patut. Kena ada pengurusan yang tersusun, komitmen dan ketahanan menghadapi ujian dalam perniagaan. Mesti faham kehendak pasaran yang mahu disertai. Mesti faham tentang perniagaan yang mahu diceburi.”

Kami sempat bertanya kepada YB Dato’ Arshad Desa tentang sumbangan utama hero yang tidak didendangkan yang selalu membantu perniagaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perkembangan syarikat gergasi coklat Melayu ini. Beliau mengatakan bahawa untuk kes DS Group, TERAJU dan TeraS telah membantu banyak syarikat-syarikat Melayu menghadapi era kegawatan ekonomi, selain menyumbang kepada dana yang yang diperlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, bukan sahaja untuk syarikat beliau, tetapi syarikat lain juga.

Dato’ Arshad Desa mencadangkan agar TERAJU menjadi barisan hadapan dalam membantu usahawan bumiputera dengan membasmi karenah birokrasi dan boleh menjadi penghubung antara syarikat-syarikat bumiputera dan kementerian-kementerian yang terlibat. Beliau juga mencadangkan agar kuasa penuh diberikan kepada Pengerusi TERAJU agar TERAJU akan bergerak lebih pantas tanpa halangan penuh dalam membantu bumiputera di luar sana.

Kami di The Patriots mengharapkan agar kisah Raja Coklat ini akan menaikkan lagi semangat para usahawan bumiputera diluar sana. Semoga motivasi mereka terbakar sekaligus membuktikan bahawa lahir sebagai seorang Melayu dan Bumiputera bukanlah penghalang kepada kejayaan yang masyur. Ramai orang Melayu diluar sana telah membuktikannya… kenapa tidak kalian?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply