Era Viking dianggap satu era menakutkan bagi mana-mana kerajaan Eropah ketika itu, baik pemerintah Islam Andalusia hinggalah pemerintah England dan Perancis. Ini kerana pada era inilah, orang-orang Viking meny3r4ng, menjarah dan kadang-kadang berupaya membentuk kerajaan sendiri. Salah satu faktor kejayaan mereka ialah perisai yang digunakan mereka.

Pada awal Zaman Besi di Jerman, perisai yang digunakan ketika itu diperbuat daripada papan nipis yang diperkukuhkan dengan kulit haiwan. Masalahnya, kulit haiwan yang digunakan tidak sesuai untuk kegunaan lama di medan pep3r4ng4n dan boleh h4ncvr berkecai sekiranya terus digunakan.

Apabila Zaman Besi di Jerman beralih ke Era Viking, pemilihan, pemprosesan dan aplikasi kulit haiwan sebagai penutup perisai semakin maju dengan banyak aspek dipertimbangkan. Bagaimanapun, perkara ini membuatkan ramai pakar arkeologi menggaru kepala kerana rahsia pembuatan perisai Viking masih lagi tidak diketahui. Bagaimanapun, semua itu berubah menerusi penerbitan sebuah kajian dalam jurnal Bericht der Römisch-Germanischen Kommission.

Pasukan penyelidik yang diketuai Rolf Warming membabitkan tiga organisasi iaitu Persatuan Arkeologi Pep3r4ng4n (SoCA), Sekolah Pemuliharaan Universiti Aarhus dan Muzium Moesgaard. Untuk menentukan jenis kulit haiwan yang digunakan sebagai penutup perisai dan sama ada ia disamak atau tidak, mereka mengambil sampel empat perisai dari 350 SM hingga 1000 Masihi. Sampel ini kemudian dibandingkan sampel perisai Latvia yang bertarikh 875 Masihi.

Kajian menunjukkan kulit lembu dan kambing biri-biri menjadi pilihan orang Viking dalam menghasilkan perisai mereka. Walaupun hanya empat perisai yang dikaji, yang pasti kulit-kulit haiwan dipilih secara teliti sebelum disamak dalam pelbagai cara untuk mengukuhkan ketahanan dan diregangkan ke seluruh perisai. Mereka turut mendapati pembuatan perisai mempengaruhi cara p4hl4w4n Viking berl4w4n di medan p3r4ng.

Bagi memahami bagaimana ia berfungsi di medan p3r4ng, pasukan penyelidik menggunakan replika perisai tulen untuk diuji. Menariknya, SoCA bekerjasama dengan Kubu Pertahanan Trelleborg Viking di Muzium Negara Denmark untuk menghasilkan replika perisai tulen Viking berdasarkan sebuah perisai yang ditemui di sebuah kubur Bj 850 di Birka, Sweden.

Semua aspek perisai diuji seperti dalam video di bawah:

Berdasarkan penelitian mereka, perisai yang ditemui di Birka masih lagi berfungsi. Rimnya diperbuat daripada kulit lembu yang tebal dan berkemungkinan digunakan untuk menepis s3r4ng4n p3d4ng, k4p4k dan l3mb1ng dari arah berbeza. Manakala bahagian hadapannya diperbuat daripada kulit kambing biri-biri dan boleh menyerap impak s3r4ng4n dari belah hadapan.

Kulit biri-biri menjadi pilihan untuk penutup hadapan perisai kerana ia bersifat ringan sekaligus membolehkan ia mudah diregang berbanding kulit lembu. Pelbagai ujian mengesahkan ciri penyerapan impak seperti menghalang bilah s3nj4t4 tajam dan menepis s3r4ng4n merb4h4y4.

RUJUKAN:

Cowie, Ashley. (2020). Viking Shield Technology Revealed in New Breakthrough Study. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/viking-shield-0014397


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.