Rahimah Alias bukanklah satu nama yang asing di dalam era kegemilangan filem Melayu. Ramai yang mengenali beliau menerusi peranannya sebagai Isteri Haji Bakhil di dalam filem Labu Labi dan Yang Chik di dalam filem Antara Dua Darjat. Di sebalik peranan keibuan dan keemakan yang dilakonkan olehnya, beliau juga  pernah menjadi duta buat Malaya.

Seniwati jelitawan ini dilahirkan pada 03 Mac 1931 di Kg Gadung, Kota, Negeri Sembilan. Beliau merupakan salah seorang pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana mana studio. Rahimah Alias telah berlakon sebanyak 32 buah filem dari 3 buah studio. (MFP, Cathay Keris & Studio Merdeka)

Mengikut sumber, Rahimah muncul kali pertama didalam filem epik PONTIANAK pada tahun 1957, dibintangi oleh Seniwati Maria Menado. Antara filem terawal lakonan beliau adalah:

  1. DENDAM PONTIANAK (1958)
  2. CHE MAMAT PARANG TAJAM (1958)
  3. SUMPAH PONTIANAK (1958)
  4. TUNANG PAK DUKUN (1960) – Beliau membawa watak ibu kepada Roseyatimah, berlakon dalam loghat Minang.

Dalam tahun itu juga, P.Ramlee telah memilih Rahimah untuk berlakon sebagai Yang Chik, ibu kepada Tengku Zaleha, dalam filem ANTARA DUA DARJAT(1960) keluaran Malay Film Production. Selepas filem ini, Rahimah dipelawa untuk berlakon dalam filem KERIS SEMPENA RIAU terbitan Studio Merdeka KL pada tahun 1961.

Pada tahun yang sama, Rahimah kembali ke Singapura untuk berlakon bersama Cathay Keris dan Shaw Brothers. Antara filem-filem lakonan Rahimah Alias ialah YATIM MUSTAPHA, CHUCHU DATOK MERAH, MAS MERAH, IBU MERTUA KU, LABU DAN LABI dimana beliau membawa watak paling dikenali sehingga kini: Isteri Hj. Bakhil. Terdapat juga babak dalam filem ini beliau memetik dialog dalam loghat Minang bersama Hj. Bakhil lakonan Udo Omar.

Tahun 1961 merupakan tahun paling gemilang dalam karier beliau, disamping tawaran berlakon filem, wajah Rahimah Alias turut diabadikan didalam poster Tahun Melawat Malaya oleh Malayan Tourism Board. Rahimah dipilih berdasarkan wajah Melayu asli dan sering muncul berlakon watak berdialek Minang didalam filem lakonan beliau.

Poster ini menampilkan Rahimah berkebaya dimana menjadi pakaian paling digemari wanita di Malaya tahun 60-an disamping berselendang cerah menambah lagi keayuan wajahnya. Poster ini turut memuatkan tarikan yang ada di seluruh Tanah Melayu, seperti Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar Perak, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor, Pantai Terengganu & Kuil Siam Wat Phothivihan di Kelantan.

Rahimah menutup tirai karier beliau dengan membintangi filem CHEMPAKA BIRU di mana beliau berlakon dengan anaknya sendiri iaitu Seniwati Suraya Harun pada tahun 1963.

Selepas sahaja Suraya berkahwin dengan Seniman Mustapha Maarof, Rahimah bersara dari dunia perfileman setelah mendapat tawaran bekerja sebagai jurusolek kanan dengan TV Malaysia yang baharu sahaja ditubuhkan.

Rahimah Alias telah berkahwin kali ke-2 dengan Mejar Samad di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak perempuan, Sandra Samad. Sandra Samad adalah ibu kepada penyanyi indie Liyana Fizi.

Rahimah Alias meningg4l dunia pada 30 Disember 2009 pada usia 78 tahun. Beliau disemadikan di Tanah Perkubur4n Islam Seksyen 21 Shah Alam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehah. Al fatihah.

RUJUKAN:

Kelab Filem Muzik Melayu Klasik

Repair Gambar Lama


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.