Keajaiban dunia ini bermula dalam rahim seorang perempuan. Segala rahsia alam menemui titik permulaan di situ, sama ada manusia, haiwan (betina) mahupun pokok (dalam bentuk masing-masing).

Ia mengimbangkan populasi dunia dan juga mencipta peluang untuk semua dari segi pekerjaan dan perkahwinan.

Sekitar 1950-an, keagungan sains telah mengubahkan satu realiti yang sentiasa berterusan.

Sekitar 1940-an, bayi yang dilahirkan secara pramatang hanya mempunyai 5 hingga 10 peratus untuk hidup (Mott, 1992).

Sekarang ini semuanya berubah. Untuk bayi 22 hingga 25 minggu dalam kandungan, kadar jaminan adalah antara 23 hingga 55 peratus (DiGregorio, 2020).

Namun bagi saintis, jurang rendah ini tidak boleh diterima lagi. Ibaratkan 10,000 bayi pramatang, 4,500 hingga 7,700 daripadanya dipuratakan boleh m4ti.

Maka para saintis mewujudkan apa yang dinamakan rahim tiruan sebagai alternatif. Banyak eksperimen diusahakan, yang mana tahun 2017 seekor kambing biri-biri berjaya dibesarkan menggunakan alam rahim tiruan selama empat minggu (Partridge, et al., 2017).

Biri-biri tersebut berada dalam keadaan stabil bernafas dan membesar dari segi fizikal dan mental.

Namun pada tahun sebelumnya beberapa saintis menerbitkan dua kajian menggunakan embrio manusia yang dibesarkan selama 13 hari dalam persekitaran tiruan yang sama.

Embrio tersebut membesar secara sempurna. Tetapi peraturan 14 hari menghalang sebarang lanjutan yang mana janin manusia hanya boleh disimpan tidak lebih dari itu (Morber, 2017).

Para saintis di Belanda berpendapat mereka mampu membuat rahim tiruan penuh dalam tempoh 10 tahun. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan bayi-bayi yang dilahirkan secara pramatang (Devlin, 2019).

Namun dari segi etika pula, ada banyak persoalan yang timbul. Perkara paling utama adalah mengenai hak menggvgurkan anak.

Di Barat, hak ini diperjuangkan sepenuhnya kecuali Amerika Syarikat yang seolah-olah menolak secara tidak langsung.

Maka jika janin boleh dikeluarkan daripada rahim wanita untuk terus hidup dalam rahim tiruan, tentu sekali ia menjadi alternatif yang lebih baik (Randall & Randall, 2008).

Sungguhpun begitu terdapat juga asas kukuh untuk mempersoalkan jika anak tersebut tiada hubungan penting bersama ibu (seperti kanak-kanak lain), oleh kerana membesar dalam persekitaran tiruan.

Hal ini kerana bayi manusia mempunyai tumbesaran khusus berdasarkan waktu-waktu tertentu yang kadangkala memerlukan stimulasi luar juga.

Bagi janin 1 hingga 3 bulan, janin semestinya tidak mampu membuat banyak perkara. Namun memasuki trimester kedua, janin sudahpun boleh mendengar suara di luar (suara ibu dan bapa).

Mereka juga mampu memberikan tindakbalas terhadap rangsangan tertentu (Johns Hopkins Medicine, n.d.).

Dikhuatiri pertumbuhan dalam alam tiruan boleh mendatangkan kesan berpanjangan untuk tumbesaran bayi setelah “lahir” kelak.

Namun setakat ini penggunaan rahim tiruan dihadkan hanya untuk membesarkan bayi yang dilahirkan secara pramatang.

Sekurang-kurangnya peluang untuk terus hidup boleh dibesarkan, sepertimana diharapkan oleh para saintis di Universiti Nottingham.

Pasukan Kevin Shakesheff menggunakan sejenis mangkuk lembut buatan polimer untuk berfungsi seperti tisu lembut rahim mamalia dimana embrio boleh dibesarkan dengan baik (University of Nottingham, 2012).

Malah ilmu daripada eksperimen ini juga bagi Shakesheff membenarkan mereka belajar cara untuk membaiki tubuh manusia dewasa dengan hanya memerhati bagaimana tubuh tersebut diwujudkan.

Jika berjaya dalam tempoh 10 tahun lagi, tentu sekali ramai ibu bapa boleh menyimpan harapan jika melahirkan anak secara pramatang. Hanya masa saja menentukan.

RUJUKAN:

Devlin, K. (2019, Oktober 16). The world’s first artificial womb for humans. BBC. Retrieved from https://www.bbc.com/news/av/health-50056405/the-world-s-first-artificial-womb-for-humans

DiGregorio, S. (2020, April 16). Parents of Extremely Premature Babies Face an Impossible Choice. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/04/16/parenting/baby/extremely-premature-infants.html

Johns Hopkins Medicine. (n.d.). The Second Trimester. Retrieved from https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-second-trimester

Morber, J. (2017, April 27). Should we study human embryos beyond 14 days? PBS. Retrieved from https://www.pbs.org/wgbh/nova/article/14-day-rule/

Mott, P. (1992, April 3). Survival of the Littlest: Neonatology: In the last 50 years the treatment of premature babies has made great advances. St. Joseph’s Hospital in Orange in considered a leader in the field. Los Angeles Times. Retrieved from https://www.latimes.com/archives/la-xpm-1992-04-03-vw-385-story.html

Patridge, E.A., et al. (2017). An extra-uterine system to physiologically support the extreme premature lamb. Nature Communications. Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5414058/

Randall, V., & Randall, C.T. (2008, Mac 22). Built in Obsolescence: The Coming End to the Ab0rtion Debate.

University of Nottingham. (2012, Mac 1). Artificial ‘womb’ unlocks secrets of early embryo development. Retrieved from https://www.nottingham.ac.uk/news/pressreleases/2012/march/artificial-womb-unlocks-secrets-of-early-embryo-development.aspx


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.