Radium Girls – Rahang Tercabut Kerana Membuat Jam

3,526

https://bit.ky/kombowww

Pada awal kurun ke 20 iaitu seratus tahun dahulu, mempunyai sebuah jam yang mampu menyala di dalam gelap adalah sesuatu kemewahan yang hanya dimiliki oleh orang berada dan sukar didapati rakyat biasa.

Seperti suatu keajaiban, setiap nombor-nombor serta jarum pada permukaan jam ini disapu ‘cat istimewa’ dimana ia akan kekal menyala hijau terang didalam gelap tanpa bantuan kuasa eletrik luaran seperti bateri sekalipun. Ia sudah tentu memukau orang pada zaman itu.

Semenjak penemuan Radium oleh Marie Curie dan suaminya Pierre pada tahun 1898, ia terus digunakan untuk mengubat kanser. Melihat kepada kemampuan logam itu, orang dahulukala menganggap ia sebagai satu ubat serta tonik kesihatan, malah rakyat pada zaman itu taksub juga memasukkan ini ke dalam ubat gigi serta bahan makanan tanpa memikirkan kesan radiasi dibebaskan logam berkenaan.

Berbalik kembali kepada kisah wanita pembuat jam, sebuah syarikat jam menyala di dalam gelap dinamakan sebagai U.S Radium Corporation, dengan nama asalnya ialah Radium Luminous Material Corporation bertanggungjawab mengekstrak mineral batu dari sumber ‘luar-biasa’ iaitu Radium dari jongkong ‘Carnonite’ dimana ia mampu menghasilkan cat yang menyala didalam gelap.

Sebagai pembekal utama untuk barangan ketenteraan juga, syarikat berkenaan iaitu U.S Radium mempunyai keupayaan untuk membekalkan jam yang mampu menyala didalam gelap kepada anggota tentera Amerika. Dengan menggunakan lebih 100 orang tenaga kerja, yang majoritinya terdiri dari wanita mereka.

Digelar sebagai ‘Radium Girls’ mereka diberi arahan oleh majikan mereka untuk menyapu cat pada setiap komponen jam menggunakan Radium, diyakinkan bahawa cat berkenaan tidak merbahaya, pekerja tersebut dengan yakinnya melaksanakan tugasan mereka.

Untuk makluman anda, Radium adalah merupakan logam beradioaktif dimana ia pada masakini digunakan untuk sumber radiasi untuk menjalankan radioterapi kepada pesakit kanser, dimana mempunyai separa hayat selama 1,600 tahun.

Seorang Wanita sedang mengecat jarum jam loceng di kilang Ingersoll pada Januari 1932. Dikenal sebagai “Radium Girls,” pekerja ini membahayakan kesihatan mereka dengan menggunakan bibir mereka untuk menajamkan berus cat yang mengandungi Radium- Kredit Imej : Daily Herald Archive/SSPL melalui Getty Images

Meskipun dengan sifat berbahaya logam berkenaan, tiada seorang wanita yang bekerja dengan syarikat berkenaan diberi langkah berjaga-jaga untuk melakukan tugasan menyapu cat pada jarum dan nombor jam berkenaan. Untuk memastikan ketepatan didalam menyapu cat Radium di jarum jam yang halus, syarikat berkenaan mengarahkan menajamkan berus cat dengan Radium itu dengan menggunakan bibir mulut mereka sendiri.

Oleh disebabkan sifat semulajadi Radium seperti seakan-akan kalsium, tubuh akan tersalah anggap menyerap Radium sebagai kalsium. Badan manusia menggunakan kalsium untuk menghasilkan tulang. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kem4tian sel tulang iaitu ‘Bone Necrosis’ serta kanser tulang disebabkan oleh bahan beradiasi. Meskipun demikian, pembuat jam tetap meneruskan pekerjaan mereka.

Iklan tahun 1920 di sebelah kiri iaitu ‘ Ingraham Black Diamond X-Ray Alarm Clock with Radium Dial Box’. Jam Radium, yang menjadi kegilaan golongan bangsawan pada awal kurun ke-20, percaya dengan kemampuan cahaya hijaunya elok untuk kesihatan tubuh. Imej dikanan pula memberi gambaran bahawa jam itu memberi pancaran cahaya hijau terang didalam keadaan gelap-gelita.
Kotak antik jam yang mengiklankan ‘Ingraham Black Diamond X-Ray Alarm Clock with Radium Dial.’ Diperbuat di Bristol, Connecticut. Amerika Syarikat. Kredit Imej : – Sportscards.com

Lama-kelamaan, setelah badan mereka meresap begitu banyak radiasi logam berat ini simptom kanser tulang mula muncul. Simptom keletihan dan sakit gigi muncul. Bermula lah kem4tian pertama ‘Radium Girls’ ini, iaitu kem4tian Moliie Maggia yang berusia 22 tahun, setelah beliau setahun merana dari keracunan radiasi berpunca dari Radium.

Meskipun kem4tian beliau berpunca dari Radium, laporan sijil kem4ian beliau ditulis meninggal dunia akibat Sifilis. Namun, kontra dari punca kem4tian beliau yang sebenar, diklasifikasikan sebagai ‘Radium Jaw’.

Keadaan itu menyebabkan seluruh rahang dibahagian bawah tulang rahangnya begitu rapuh sehingga mampu dicabut dengan mudah dengan mengangkat rahang tu keatas secara perlahan-lahan.

Doktor yang merawatnya menulis didalam laporan perubatan sebelum beliau meninggal dunia. Di atas permintaan syarikat pembuat jam itu, pengamal perubatan disuruh mendiamkan diri dari menyebarkan fakta sebenar kem4tian wanita berkenaan. Seboleh-bolehnya, mengunakan alasan Sifilis sebagai punca kem4tian di dalam usaha mencemarkan maruah wanita pembuat jam berkenaan.

Kisah penganiayaan yang dilakukan terhadap pekerja dibezakan dari kebanyakan kes yang lain, kerana hakikat bahawa litigasi; litigasi merujuk kepada proses pembicaraan undang-undang di mahkamah (sama ada untuk membela atau menentang sesuatu kes) itu disembunyikan oleh pihak media pada masa itu.

Pada tahun 1925, seorang pekerja kilang berkenaan bernama Grace Fryer mengambil keputusan untuk menyaman kilang berkenaan namun beliau mengambil masa sehingga dua tahun untuk beliau meperoleh peguam yang sanggup menuduh syarikat U.S Radium .

Sebanyak lima orang pekerja kilang berkenaan yang diberi nama ‘Radium Girls’ menyertai proses menyaman kilang tersebut. Termasuk didalam perbicaraan itu mereka ingin menuntut peraturan yang mengatur standard keselamatan pekerja, dan beberapa peraturan yang melibatkan garis dasar kepada “penderitaan pekerja yang boleh dibuktikan.”

Hasil daripada proses mahkamah berkenaan, kisah “Radium Girls” ini membawa suatu keadaan penting didalam sejarah hak asasi pekerja malahan kesihatan pekerja .Iaitu, pekerja mampu menyaman majikan disebabkan kerosakan dilakukan oleh majikan disebabkan penyalahgunaan pekerja. Semenjak kem4tian Moliie Maggia, tahap standard keselamatan di dalam dunia industri pada 1920an menunjukkan sedikit peningkatan.

Menjelang tahun 1928, kes berkenaan selesai sebelum perbicaraan sempat dibincangkan oleh juri. Kes tersebut diselesaikan dengan bayaran pampasan sebanyak $10,000 (bersamaan $413,772.65 iaitu bersamaan RM 413,772.65 dengan mengikut nilai matawang dolar dan Ringgit Malaysia pada tahun 2010)

Hasil dari kemenangan kes di mahkamah, langkah keselamatan semakin diambil-kira di dalam penghasilan jam Radium. Wanita yang mengecat jam Radium tidak lagi mengunakan bibir mereka untuk menajamkan berus yang disapu cat Radium. Mereka turut diberikan alat pelindung khas sewaktu bekerja dengan Radium.

Mereka terus melakukan pekerjaan itu sehinggalah cat Radium dimansuhkan penggunaannya sekitar penghujung tahun 1968. Semenjak langkah keselamatan itu diterapkan, tiada lagi kemalangan jiwa berlaku. Ini membuktikan bahawa dengan menerapkan langkah keselamatan yang betul, kem4tian serta kecederaan akibat Radium kepada “Radium Girls” ini dapat di cegah.

Sumber :

1 . The Radium Girls, Radium Jaw And The D3adly Undark Paint. https://www.cultofweird.com/medical/radium-girls/

2. Radium Girls: The dark times of luminous watches. https://edition.cnn.com/style/article/radium-girls-radioactive-paint/index.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.