Raden Wijaya – Raja Jawa Yang Menewaskan Monggol

2,080

Raden Wijaya (juga dikenali sebagai Nararya Sangramawijaya) merupakan pengasas Empayar Majapahit. Selain dikenang sebagai pendiri empayar tersebut, Raden Wijaya juga dikenali lantaran kemenangannya ke atas pasukan t3ntera Monggol yang dihantr oleh Dinasti Yuan ke Pulau Jawa. Selepas Raden Wijaya menewaskan pasukan t3ntera Kublai Khan menerusi strategi yang tidak dijangka, beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang pemerintah yang berkuasa.

HIKAYAT PENAMAAN EMPAYAR MAJAPAHIT

Empayar Majapahit ditubuhkan pada tahun 1293/1294 Masehi, bertepatan dengan kenaikan takhta raja pertamanya, Raden Wijaya. Sebagai pemerintah bagi empayar ini, beliau dikenali dengan gelaran dirajanya, iaitu Kertarajasa Jayawardhana. Pusat empayar ini terletak di Pulau Jawa, Indonesia atau tepatnya, di bahagian rantau berkenaan. Terdapat sebuah kisah yang memerihalkan bagaimana empayar maritim ini meraih namanya.

Dalam hikayat tersebut, berikutan kemenangan pasukan t3ntera Raden Wijaya ke atas pasukan t3ntera Yuan, mereka pun membersihkan sebuah kawasan dan bertemu dengan sebiji buah yang pahit, bernama maja. Lantaran itu, daripada kombinasi perkataan ‘pahit’ dan nama buah itu, ‘maja’, maka lahirlah nama Majapahit. Nama ini juga boleh digantikan dengan Wilwatikta, di mana wilwa adalah nama lain bagi buah tersebut sementara tikta pula adalah perkataan lain bagi ‘pahit’.

Lokasi Empayar Majapahit

Sebelum Raden Wijaya menaiki takhta, kuasa dominan di Pulau Jawa adalah Kerajaan Singhasari. Pada tahun 1268, Kertanagara menjadi pemerintah Singhasari. Pada suatu tempoh dalam zaman pemerintahannya, iaitu tepatnya pada tahun 1289, Kublai Khan menuntut agar beliau membayar ufti kepadanya. Tuntutan tersebut ditolak dan utusan yang dihantar oleh Kublai Khan dipermalukan sekaligus membuatkan Dinasti Yuan mengambil keputusan untuk melancarkan p3rang ke atas kerajaan itu.

Lukisan yang menggambarkan Shizu, atau lebih dikenali sebagai Kublai Khan

MENEWASKAN BALA T3NTERA KUBLAI KHAN

Namun, pasukan t3ntera Kublai Khan hanya tiba di Jawa pada tahun 1292 dan menjelang waktu itu, perubahan sudah pun berlaku dalam Kerajaan Singhasari. Sebelum pasukan t3ntera Yuan itu tiba, sebuah pember0ntakan meletus di Singhasari dengan diketuai oleh Jayakatwang dari Kediri. Jayakatwang adalah orang bawahan Kertanagara.

Walaupun Kertanagara cuba menundukkan pemberontakan tersebut, beliau sendiri terk0rban dalam sebuah pertempuran dan Jayakatwang pun menubuhkan Kerajaan Kediri. Salah seorang kerabat diraja Singhasari yang terselamat dalam peristiwa ini adalah Raden, yang melarikan diri ke Madura. Di sana, beliau mengatur rancangan untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Lokasi pulau Madura di Jawa Timur, Indonesia


Perwakilan-perwakilan daripada Raden Wijaya inilah yang bertemu dan menghadap pasukan t3ntera Yuan, dan memaklumkan kepada komander-komandernya tentang pember0ntakan yang berlaku ke atas kerajaan mereka (Singhasari) dan kemangkatan Kertanagara.

Promosi Buku DTT

Lantas, persekutuan pun terbentuk di antara Raden Wijaya dan pasukan t3ntera Yuan lantaran mereka masing-masing melihat Jayakatwang sebagai musuh bersama. Sebagai penghargaan di atas bantuan ket3nteraan yang dihulurkan dalam memer4ngi Jayakatwang, Raden Wijaya melontarkan janji untuk membayar ufti kepada maharaja Yuan.

Makanya, pada tahun 1293, sebuah ser4ngan pun dilancarkan ke atas ibu kota Kediri. Dalam ser4ngan tersebut, seramai 5000 orang dari pihak Kediri terk0rban dan Jayakatwang sendiri menyerah diri. Raden Wijaya kemudian mengundurkan diri dan pasukannya dan pulang ke ibu kotanya, kononnya untuk mempersiapkan ufti supaya dapat diserahkan kepada pasukan t3ntera Yuan dan dibawa pulang ke negara China.

Namun, keadaan sebaliknya yang berlaku. Raden Wijaya menggerakkan pasukan t3nteranya dan melancarkan sebuah ser4ngan mengejut ke atas angkatan t3ntera Yuan ketika mereka sedang sibuk meraikan kemenangan.

Lantaran diser4ng secara mengejut, ramai daripada mereka terbvnuh dan saki-bakinya pula lintang-pukang melarikan diri ke kapal-kapal mereka. Lantaran kekuatan mereka sudah dilemahkan dan semangat mereka pula sudah digugat, pasukan t3ntera Monggol menyedari bahawa mereka tidak berada dalam kondisi yang sesuai untuk melakukan ser4ngan balas. Makanya, mereka pun mengambil keputusan untuk berlayar pulang ke China.

Kerajaan Janggala dan Panjalu (Kediri), yang kemudiannya disatukan sebagai Kerajaan Kediri

DIMAHKOTAKAN SEBAGAI RAJA

Kemudian, Raden Wijaya dimahkotakan sebagai raja dan beliau pun menubuhkan Empayar Majapahit. Demi meneguhkan kedudukannya sebagai raja, beliau mengahwini empat orang puteri Kertanagara, iaitu Shri Parameshwari Dyah Dewi Tribhuwaneshwari, Shri Mahadewi Dyah Dewi Narendraduhita, Shri Jayendradewi Dyah Dewi Prajnaparamita dan Shri Rajendradewi Dyah Dewi Gayatri.

Pada zaman pemerintahannya, berlaku sejumlah pember0ntakan. Namun, Raden Wijaya berjaya menundukkan setiap satu daripadanya sekaligus memelihara kekuasaan Empayar Majapahit yang usianya masih setahun jagung itu. Raden Wijaya m4ngkat pada tahun 1309 dan kedudukannya diambil-alih oleh Jayanagara, puteranya daripada Shri Parameshwari Dyah Dewi Tribhuwaneshwari.

Patung Parvati sebagai penggambaran pemujaan mayat Tribhuwanottunggadewi

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (25 Januari 2017). How a Javanese King Defeated One of the Most Powerful Rulers of the Mongolian Empire. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/how-javanese-king-defeated-one-most-powerful-rulers-mongolian-empire-007430

Ruangan komen telah ditutup.