Rabbi Yahudi Ni Percaya Vaksin Covid Mampu Tukarkan Kita Jadi Gay

1,586

Pra-tempah hanya di Shopee

Ketika ini, semua negara dunia termasuk Malaysia sedang berusaha mendapatkan atau menggerakkan program pemvaksinan Covid-19 untuk rakyat masing-masing. Tetapi tatkala usaha pemvaksinan giat dijalankan di sesetengah negara, ada saja geng anti-vaksin mengeluarkan kenyataan tak masuk akal bagi menghalalkan penentangan mereka terhadap usaha pemvaksinan.

Terbaru, seorang rabbi Ultra-Ortodoks Yahudi Israel bernama Rabbi Daniel Asor menggesa pengikut-pengikutnya yang berfahaman Ultra-Ortodoks agar menolak mentah-mentah usaha pemvaksinan yang dijalankan rejim. Asor mendakwa sesiapa yang mengambil vaksin Covid-19 berpotensi menjadi gay. Ya, dapat vaksin didakwa bertukar menjadi GAY!

Rajah 1: Rabbi Daniel Asor

Dalam syarahannya kepada para pengikutnya, dia turut mendakwa virus Covid-19 dan vaksin sebagai usaha persatuan rahsia seperti Iluminati, Freemason dan pengasas Microsoft, Bill Gates untuk mengawal dunia dan membentuk orde dunia baru (NOW).  Seruan gilanya berbeza dengan rabbi-rabbi Ultra-Ortodoks lain seperti Gershon Edelstein and Shalom Cohen yang menggesa pengikut mereka mendapatkan suntikan vaksin.

Asor melihat tindakan rabbi-rabbi ini didorong oleh paksaan kerajaan dan ditunjukkan data ‘palsu’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pembuat vaksin seperti Pfizer/BioNTech dan Moderna. Dia turut mendakwa penglibatan pihak ten-tera Israel dan Amerika Syarikat dalam gerakan ini bagi menjayakan agenda NOW semasa pandemik Covid-19 masih belum reda.

Apabila isi kandungan syarahannya dibocorkan di internet, ia mengundang reaksi tak kering gusi daripada pengguna-pengguna internet. Sudah terang lagi bersuluh kenyataannya itu berbaur teori konspirasi dan langsung tidak disokong bukti-bukti yang kukuh.

Israel kini dalam proses menyuntik vaksin kepada lima juta penduduk daripada sembilan juta populasinya untuk proses pemvaksinan paling pantas di dunia. Rejim berharap suntikan vaksin dapat membantu mereka membuka semula kegiatan ekonomi mereka pada pertengahan Mac ini.

Ketika ini, lebih dua juta penduduk sudah mendapat suntikan pertama vaksin. Manakala 225,000 lagi sudah mendapat suntikan vaksin kedua mereka. Dan pada Jumaat lepas, Israel menyatakan usaha vaksin bagi golongan berumur 45 tahun ke atas berada di peringkat akhir dan mula digerakkan pada Ahad lepas.

Kenyataan sebegini memang melucukan tetapi sekiranya dibiarkan, lebih ramai orang akan jatuh sakit kerana tidak mahu mengambil vaksin. Maka, menjadi tanggungjawab semua pihak daripada kerajaan hinggalah golongan yang berautoriti seperti ulama dan golongan profesional memastikan mesej vaksin Covid-19 bersifat tepat dan menyeluruh serta menolak agenda geng anti-vaksin,

RUJUKAN:

The Jerusalem Post. (2021). Rabbi asserts that coronavirus vaccines can ‘turn’ people into homosexuals.

Batchelor, T. (2021). Ultra-Orthodox rabbi tells followers Covid vaccine ‘can turn people gay’. The Independent.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.