Pernah dengar nama ini? Kenapa beliau menjadi tumpuan pertama penulis? Cerita pasal misteri alam Melayu tetapi kenapa orang putih diagungkan? Tuan-tuan dan puan-puan, susuk ini penting kepada dunia mistik alam Melayu. Sebab apa?

Kerana beliaulah yang banyak menggeledeh khazanah ilmu di istana dan rumah pembesar untuk membukukan secara ilmiah mistik alam Melayu yang merangkumi pelbagai bidang. Ia termasuk perubatan tradisional, pantang dan adat resam, budaya Melayu malah tidak terkecuali sihir dan ilmu hitam alam Melayu.

Antara karyanya yang sering diperkatakan ialah Shaman, Siva dan Sufi: A Study Of Evolation Malay Magic yang menjilidkan ilmu yang disebutkan tadi secara ilmiah termasuklah jampi serapah ilmu hitam mahupun ilmu memanggil puntianak. Wow!

Sebelum kita mengupas karyanya, kita berkenalan dahulu dengan R.O. Winstedt. Namanya  Sir Richard Olaf Winstedt yang dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Oxford, England. Beliau merupakan seorang orientalis Inggeris yang berkhidmat di Tanah Melayu sebagai pentadbir British bermula dari 1902 hingga 1935. Winstedt mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford.

Pada tahun 1902, Winstedt memilih untuk menjadi pegawai dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di Perak. Ketika dalam tempoh perkhidmatan tersebut, beliau mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Melayu. Muhammad Salleh (1989) menyatakan pada akhir Disember 1902, Winstedt telah berkenalan dengan R. J. Wilkinson iaitu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada beliau pengkajian sosiologi.

Melalui pengaruh Wilkinson, beliau telah dipindahkan ke Kuala Pilah pada tahun 1913 dan dilantik sebagai pegawai daerah. Seterusnya pada tahun 1916, beliau menyertai jabatan pendidikan. Hasil kesungguhan Winstedt dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan pangkat DLitt dari Oxford. Beliau telah dilantik menjadi presiden pertama Kolej Raffles (1921- 1931) di Singapura.

Semasa menjawat jawatan tersebut, beliau turut bertindak sebagai setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi. Pada tahun 1923, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan juga ahli kepada Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Malah Winstedt juga dilantik sebagai anggota tertinggi kepada Majlis Kebangsaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1927 hingga 1931. Barret turut menjelaskan pada tahun 1931 hingga 1935, Winstedt telah dilantik oleh Sultan Johor sebagai Penasihat Umum negeri Johor.

Pada tahun 1935, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Beliau juga dilantik sebagai tenaga pengajar dalam bidang pengajian Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS) dan turut berkhidmat sebagai ahli badan penyelia di institusi tersebut (1939-1959). Beliau bersara daripada bidang pendidikan pada tahun 1946.

Terdapat lebih kurang 48 karya beliau termasuk karya pertamanya ialah Cheritera Jenaka; Itu Pa Kadok, Pa Pandir,Lebai Malang, Pa Balalang, Si Lunchai yang diterbitkan pada tahun 1908. Karyanya yang agung seperti Sejarah Perak, Sejarah Malaya, English-Malay Dictionary, Kitab Tawarikh Melayu dan sebagainya. Dua buah buku penting yang menjadi rujukan ialah Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic dan The Malay Magician.

Buku ini dikatakan buku pertama tentang dunia mistik dan kepercayaan orang Melayu dahulu dibukukan. Ia mengandungi beberapa buah bab yang menarik. Antaranya:

  1. Semangat, dongeng dan hantu.
  2. Jin.
  3. Ilmu hitam orang Melayu.
  4. Semangat dan ritual.
  5. Pawang dan jampi.
  6. Kelahiran dan kematian.
  7. Kuasa ghaib dan mistik.

Senarai Penerbitan R. O. Winstedt 

 1. 1908 – Cherita Jenaka; Ya-itu Pa Kadok, Pa Pandir, Lebai Malang, Pa Belalang, Si Lunchai.

 2. 1909 – The Circumstances of Malay Life: The Kampong, The House, Furniture, Dress, Food.

3. 1914 – Hikayat Anggun Che Tunggal.

4. 1916 – Malayan Memories.

5. 1914-1917 – An English–Malay Dictionary.

6. 1917 – A Malay Reader.

7. 1919 – Misa Melayu.

8. 1920 – The Early Muhammadan Missionaries.

9. 1920 – Dictionary of Colloquial Malay: Malay-English & English-Malay.

10. 1923 – Malaya: The Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States.

11. 1925 – Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic.

 12. 1927 – Kitab Tawarikh Melayu.

 13. 1928 – Kedah Laws.

 14. 1932 – A Malay History of Riau and Johore (Malay Text of the Tuhfat al-Nafis).

15. 1932 – A History of Johore.

16. 1933 – Right Thinking and Right Living: A Primer on Moral & Social Topics.

 17. 1934 – A History of Perak.

18. 1938 – The Malays Annals.

 19. 1940 – A History of Malay Literature (With a Chapter on Modern Development by ZABA).

20. 1944 – Britain and Malaya 1786-1941.

21. 1944 – A Simple Malay Reader.

22. 1947 – The Malays: A Cultural History.

23. 1960 – The Malay Magician.

24. 1963 – An Unabridged English-Malay Dictionary.

25. 1969 – A History of Classical Malay Literature.

 26. 1979 – A History of Johore 1365-1895.

 27. 1988 – A History of Malaya.

Bagaimana beliau mendapat semua ilmu ini? Caranya adalah dengan menggeledah perpustakaan milik istana atau pembesar yang mempunyai khazanah ilmu yang tidak ternilai tetapi hanya dibaca oleh orang tertentu. Maka beliau telah menggunakan kuasa yang ada untuk mengkaji lalu menerbitkan dalam bentuk ilmiah.


Atas ialah petikan daripada sebahagian bab awal Mistik Alam Melayu. Berminat untuk selami dengan lebih mendalam buku terbaru keluaran The Patriots ini? Bolehlah berbuat demikian dengan membeli di pautan di bawah.

Kami buka pra-tempah ini dengan tawaran harga RM 22.00 dengan potongan setinggi RM 6.00 daripada harga asal RM 28.00~!!!

http://bit.ly/mistikalammelayu <- Klik untuk pembelian
http://bit.ly/mistikalammelayu <- Klik untuk pembelian
http://bit.ly/mistikalammelayu <– klik untuk pembelian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Comments are closed.