Queen Classroom (2005) – Sisi Lain Seorang Guru

0
547
views

Drama Queen Classroom ini sangat popular. Ia ada dua versi, versi Jepun dan Korea.

Tayangan versi Jepun lebih awal, iaitu pada tahun 2005. Versi Korea agak lewat, iaitu tahun 2013 tapi lebih popular. Aku tak tahu versi Korea punya macam mana, tapi aku tonton versi Jepun punya.

Masa aku kecil dulu, cikgu selalu tanya cita-cita kita apa. Ada yang nak jadi saintis, ada yang nak jadi polis, ada yang nak jadi doktor dan macam-macam.

Ia menjadikan kita seorang kanak-kanak yang selalu berjiwa besar dan penuh dengan harapan dalam dada. Cikgu selalu tanamkan benda ini dalam diri setiap muridnya.

Supaya kekuatan manusia itu datang dari sebuah harapan dan jiwa yang besar. Supaya apabila menempuh alam dewasa nanti, jiwa besar dan harapan inilah yang membuatkan kita terus hidup untuk berjaya. Aku rasa semua orang pernah melalui pengalaman ini.

Tapi Queen Classroom ini memaparkan sisi guru yang agak berbeza. Apatah lagi menjadi guru untuk pelajar sekolah rendah.

Daripada selalu memupuk idealism dalam diri setiap murid, Maya Akutsu (lakonan Yuki Amami) cuba memupuk sikap realistik.

Mahu tak mahu, buruk ataupun tidak, masyarakat tetap akan memandang tinggi pelajar yang pandai. Mahu tak mahu, pelajar yang pandai tetap diukur daripada grad-nya.

Mahu tak mahu, yang kaya tetap hidup dan lebih bahagia dalam masyarakat. Suka tak suka, yang hidup susah dan tak pandai tetap akan ditindas.

Inilah antara perkara yang selalu Akutsu tegaskan dalam kelas. Bagi kanak-kanak benda ini sesuatu yang mengejutkan.

Kita ini faham realiti bila dah habis belajar, tapi budak-budak ini dah kena hentam teruk oleh gurunya tentang realiti sebenar di dunia luar.

Akutsu bukan cakap kosong, dia akan pastikan murid-muridnya bersedia menghadapi realiti yang sebegitu. Sebab itu Akutsu tidak disukai oleh murid-murid pada peringkat awalnya sehinggakan mereka cuba nak sabotaj gurunya sendiri.

Pertama kerana ia sesuatu yang mengejutkan, budak-budak tak dapat nak bagi respon yang baik kerana selalu ‘dimanjakan’ dengan ‘utopia’ dan ‘idealism’ dunia luar.

Kedua, budak-budak tak dapat nak menanggung realiti yang sebegitu. Yelah, budak-budak kan. Tak ada kekuatan psikologi untuk hadapi benda macam itu.

Jadi, murid-murid ini selalulah lawan idea cikgu itu. Salah seorang daripada mereka, Hikaru Shindo (lakonan Mayuko Fukuda) agak bersetuju dengan Akutsu, mungkin sebab situasi keluarganya.

Krisis eksistensial paling teruk yang dihadapi oleh orang muda biasanya ketika mereka mula kenal alam dewasa. Iaitu transiss dari fasa muda ke fasa dewasa kerana idea dan tanggungan ketika muda sangat berbeza dengan alam dewasa.

Aku boleh kata agak kejam. Tak kejam. I don’t know. Maybe because I am used to it.

Kau takkan dapat apa yang kau nak. Segalanya duit. Pengorbanan kau boleh jadi sia-sia. Kawan adalah musuh kau yang paling berbahaya. Dan macam-macam perkara lagi yang menyanggah segala idealistik ketika zaman kanak-kanak.

Akutsu bukan seorang realis, dia seorang idealis, tapi dia tak ‘terbang’ terlalu tinggi sampai jadi tak realistik langsung. Akutsu hadapi realiti dengan mengenal realiti. Bukannya terawang-awang macam orang yang acah-acah kenal dunia luar hanya dengan membaca.

Pada pengakhiran drama ini, murid-muridnya mula suka dengan Akutsu. Tapi aku tak rasa murid-murid ini faham idea sebenar Akutsu. Mereka cuma suka Akutsu sebab mereka tahu Akutsu buat semua itu sebab sayangkan mereka.

Budak-budak kan, manalah nak faham. Haha! Tapi aku suka sisi guru yang macam ini. Tak adalah apabila besar nanti, kita menghadapi krisis eksistensial yang teruk.

Tapi aku sangat rekemen drama ini bersempena Hari Guru hari ini. Selamat Hari Guru.

“Orang yang bodoh dan pemalas akan dilayan dengan berbeza dan mereka akan menderita.” – Maya Akutsu

p/s: Daripada drama ini aku kenal pelakon bernama Kaho. Aku guna nama dia dalam DoTA. Haha!

Previous articleOkinawa: Pertempuran WWII Paling Berdarah
Next articleSahur Cara Rasullulah S.A.W
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE