Tahukah anda? Selain kisah Mulan yang dipopularkan oleh Disney, sebenarnya terdapat seorang lagi pahlawan wanita di China yang terkenal. Bahkan kisahnya bukan sekadar kisah lagenda tetapi beliau adalah figura sejarah yang pernah hidup pada zaman Dinasti Ming.

Nama wanita ini adalah Qin Liangyu. Qin Liangyu adalah salah seorang pahlawan paling terkenal dalam sejarah China. Baiklah apa yang menariknya tentang Qin Liangyu?

Antaranya kisahnya yang menarik adalah daya ketahananan fizikal dan mentalnya yang mendorong dia tekad meneruskan hidup dalam zaman Dinasti Ming yang mula memasuki era kejatuhan, ekonomi semakin merosot yang menyebabkan per4ng dan pemberontakan berterusan. Dia menjadi Jeneral paling terkenal di Sichuan semasa zamannya.

Latar Belakang

Qin Liangyu dilahirkan pada tahun 1574, tahun kedua Maharaja Wanli di Zhongzhou, yang kini berada di Zhong County, Chongqing, Wilayah Sichuan, ya, inilah wilayah yang pernah melahirkan tokoh seperti Yan Yan semasa zaman Tiga Kerajaan dan Ba Manzi semasa zaman Warring States.

Beliau berasal dari keluarga suku kaum Miao. Ayahnya, Qin Kui, seorang pegawai yang lulus peperiksaan perkhidmatan awam dan mencapai pangkat gongsheng. Bapanya percaya bahawa anak gadis juga berhak mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lelaki.

Qin Kui memastikan Qin Liangyu menguasai ilmu sejarah dan teks klasik Confucian seperti adik-beradiknya yang lain. Dia juga mahir dalam seni bela diri dan puisi, bahkan berjaya mengatasi kedua-dua abangnya dalam pelajaran mereka.

Qin Liangyu berkahwin dengan seorang Ketua Tusi (Sistem Tusi adalah sistem pemerintahan yang mirip dengan Tasseng di mana ketua tusi mengawal kawasan dan mereka membayar cukai kepada maharaja) bernama Ma Qiancheng yang keluarganya dilantik oleh Maharaja untuk memerintah wilayah Shijie.

Keturunan Ma telah menguasai wilayah ini selama lebih dari 400 tahun. Dewan Negara ketika itu menubuhkan jawatan rasmi ini untuk menguruskan kawasan terpencil di luar jangkauan mereka.

Penglibatan Dalam Tenter4

Qin Liangyu kali pertama mengetuai angkatan tenter4 pada umur 25 tahun. Lama kelamaan angkatan tenter4nya akhirnya terkenal dengan nama Kavalri Tombak Putih, salah satu pasukan paling terkenal pada zaman itu.

Maharaja Chongzen

Beliau mengambil bahagian dalam kempen pertamanya apabila dia menyahut seruan Maharaja Dinasti Ming pada 1589 untuk menghentikan pemberontakan Bozhou (atau pemberontakan Miao) dan bersama-sama dengan 200,000 tenter4 Ming, mereka mengalahkan 140,000 pemberontak yang diketuai oleh tusi Bozhou, Yang Yinglong.

Abang ipar nya dihukum bunvh selepas kekalahan Yang Yinglong (abang ipar Qin adalah menantu Yang Yinglong), suaminya ditangkap dan m4ti di penjara setelah seorang sida-sida yang korup memfitnah dia gagal mengumpulkan cukup cukai mineral untuk Maharaja. Peristiwa tragis ini juga menguatkan kedudukannya sebagai komander dan ketua White Spear Calvary dan Tusi Wilayah Shijie.

Pada tahun 1620, tahun terakhir pemerintahan Maharaja Wanli, Nurhaci (pemimpin Manchu) telah menyatukan suku Jurchen dan menjadi ancaman utama kepada dinasti Ming. Sebelum Kempen Sarhu, Maharaja Wanli mengarahkan ketua tusi tempatan untuk menyertai kempen dan Qin Liangyu sekali lagi menyahut panggilan per4ng Maharaja.

Dia menghantar adik beradik lelakinya Qin Bangping dan Qin Minping untuk memimpin tenter4 Sichuan bersama-sama menyertai tenter4 Ming. Dia sendiri juga turut sama ikut menyertai kempen bersama anak lelaki nya, Ma Xianglin.

Tenter4 Sichuan tewas pada pertempvran Hunhe, dan salah seorang abang Qin Liangyu iaitu Qin Bangping terbunvh dalam peper4ngan. Sementara pihak Qing (Nurhaci) yang sedang mara ke selatan dan mendengar kekalahan Qin di Hunhe.

Qin Liangyu pun bergegas ke Shanhaiguan, (Wilayah Heibei, salah satu titik laluan pintas Tembok Besar China) untuk mendirikan pertahanan di sana bersama anaknya yang berusia 16 tahun, di mana tenter4 Sichuan berjaya menahan kemaraan Qing.

Selepas pertempvran berakhir pada 1620, Qin Liangyu dan abang nya Qin Minping kembali ke Shijie, Sichuan. Lebih kurang dari satu tahun selepas mereka pulang ke kampung halaman mereka pada akhir musim gugur tahun 1621, mereka bertembung pula dengan masalah lain.

Menghadapi Pemberontak Dan Ancaman Luar

Ketua tusi etnik Yi, She Chongming, yang menguasai wilayah Yongning enggan menghantar bantuan kepada tenter4 Liaodong (China Utara, sebelah Korea) kerana tidak berpuas hati terhadap cukai tinggi yang dikenakan Dinasti Ming.

Gabenor Sichuan, Xu Keqiu telah menamatkan khidmat tenter4 dari etnik Yi yang mengiringi She Chongming untuk membantu dalam kempen Liaoning ketika mereka tiba di Chongqing dan She Chongming merasa kecewa.

Oleh sebab itu, 20,000 tentara Yi yang tiba di Chongqing telah memberontak, menaklvk Chongqing dan membunvh Gabenor Xu Keqiu. Mereka kemudian bergabung dengan seorang lagi ketua tusi Yi yang bernama An Bangyan dari Nasu Yi.

Pemberontakan ini dikenali sebagai Pemberontakan She An dan menyebabkan kerugian besar kewangan Dinasti Ming yang masih memer4ngi Qing di utara dan menghapuskan pemberontakan di selatan. Mereka mengepung Guiyang dengan 300,000 tenter4 selama 296 hari.  Hanya 200 jumlah pertahanan yang tinggal selepas mereka menamatkan pengepungan ibu kota Guizhou.

Dongmianhua Hutong, lokasi yang didakwa ‘keras’ kerana pernah menjadi lokasi Qin Liangyu melaksanakan hukuman bunvh terhadap askar musuh dan pengkhianat

Di saat kebanyakan Ketua Tusi secara terang-terangan memberontak terhadap Ming, Qin Liangyu terus setia kepada Ming dan bekerja dengan tenter4 Ming untuk memadamkan pemberontakan.

Pada usianya 49 tahun, dia bersama tenter4 Sichuan dengan 450,000 lagi tenter4 Ming telah digerakkan untuk menentang pasukan She Chongming dan Bangyang. Kedua-dua ketua pemberontak itu mvsnah dalam peper4ngan sehingga pemberontakan dihentikan pada tahun 1629.

Pada tahun 1630, tahun ketiga Maharaja Chongzhen, setelah kem4tian Nurhaci, anaknya Huang Taiji yang bakal menjadi maharaja pertama Dinasti Qing meneruskan aspirasi bapanya, beliau memutuskan menyer4ng Central Plains melalui Mongolia.

Qing menawan empat kota dalam perjalanan iaitu Yongping, Qian’an, Luzhou, dan Zunhua, dan Huang Taiji sedang dalam perjalanan ke Beijing. Ini adalah kali pertama tenter4 Manchu melepasi pertahanan Tembok Besar.

Apabila tenter4 Qing semakin mendekat, Maharaja Chongzhen menyeru kepada setiap pelusuk wilayah untuk mengerahkan tenter4 datang melindungi ibu kota dan menamatkan pengepungan Qing.

Hanya tenter4 Sichuan di bawah Qin Liangyu sahaja yang sanggup memberikan khidmat kepada Maharaja, bahkan dia menggunakan sumber kewangan sendiri untuk menstruktur angkatan tenter4nya.

Qin membawa anaknya Ma Xianglin bersama isteri Zhang Fengyi, dan kakak iparnya Qin Yiming ke Beijing untuk menyelamatkan maharaja.

Setibanya di Beijing, penduduk-penduduk dan para pegawai yang mendengar khabar bahawa Qin Liangyu mengetuai Kavalri Tombak Putih untuk menyelamatkan Maharaja telah meningkatkan semangat dan moral pasukan tenter4 utama yang terkepung di dalam ibukota.

Maharaja Chongzhen dikatakan telah menulis puisi untuk memuji panglima wanita nya itu dalam empat rangkap, sayangnya penulis gagal menemui sumber terjemahan nya yang tepat.

Dia diberikan gelaran Pelindung Agung Putera Mahkota oleh Maharaja Ming Selatan, salah satu daripada beberapa kedudukan yang sangat berprestij yang hanya diberikan kepada beberapa orang sahaja sepanjang sejarah tamadun China.

Ming akhirnya merampas semula empat kota yang ditawan oleh Qing. Qin Liangyu kembali ke Sichuan dengan meninggalkan anaknya, menantunya, kakak ipar dan suku daripada jumlah penuh pasukan ekspedisi nya di Beijing untuk membantu mempermudahkan pentadbiran Maharaja.

Dia kekal berada di kawasan sempadan dan memberi tumpuan semata-mata untuk mempertahankan sempadan terhadap sebarang kemaraan Manchu serta menundukkan sebarang pemberontakan tempatan dalam wilayahnya. Dia berusia 56 tahun pada masa ini.

Menantu Qin Liangyu, Zhang Fengyi, mengikuti jejak langkah ibu mertuanya. Demi untuk membantu tenter4 Zuo Liangyu, yang sedang berper4ng di Henan, tenter4 Zhang Fengyi yang sedang dalam perjalanan ke Henan telah diser4ng hendap. Zhang Fenyi terk0rban bersama majoriti anggota pasukan Kavalri Tombak Putih.

Sebelum Dan Selepas Jatuhnya Ming

Pada tahun-tahun terakhir Dinasti Ming, berlaku pemberontakan terbuka di seluruh wilayah empayar. Pada tahun 1634, Zhang Xianzhong mengetuai pemberontakan petani di Yan’an, Provinsi Shanxi.

Dia keluar meninggalkan Shaanxi dan membawa tenter4 untuk menaklvki Sichuan. Qin Liangyu mengalahkan Zhang Xiangzhong pada tahun 1631 dan 1638, Zhang kemudiannya berundur dan menstruktur semula pasukan untuk meneruskan pemberontakan.

Pada tahun 1641, Zhang Xiangzhong menyer4ng Xiangyang, di mana anak lelaki Qin Liangyu iaitu Ma Xianglin mempertahankan kota dan Zhang berjaya merampas kota itu. Ma Xianglin m4ut dalam pertempvran itu.=

Pada tahun 1644, pada tahun ke-17 pemerintahan Maharaja Chongzhen, Li Zicheng, mengetuai pemberontakan dan menceroboh Beijing, sekaligus mengakhiri pemerintahan Dinasti Ming.

Zhang Xiangzhong sekali lagi menyer4ng Sichuan dengan harapan dapat menjadi Raja tempatan. Sekali lagi, Qin Liangyu, pada usia 70 tahun mengumpul segala yang dia ada sebagai sumber pertahanan tetapi sudah tidak ada lagi tenter4 yang setia kepada Ming.

Sichuan ditaklvk oleh Zhang Xianzhong. Qin Liangyu berundur ke wilayah sempadan Shijie dan bertahan di sana. Zhang Xianzhong mula menjarah dan membunvh penduduk Sichuan dalam skala besar. Daripada 3 juta penduduk Sichuan, hanya 10000 yang tinggal selepas Zhang Xianzhong selesai dengan pembunvhannya.

Pada 1647, Empayar Qing akhirnya mencapai Sichuan, mereka menghantar satu pasukan untuk menyer4ng wilayah itu sementara Zhang Xianzhong cuba melarikan diri. Zhang bertembung dan terper4ngkap lalu bertempvr dengan pasukan Qing di Xichong di mana dia dikalahkan dan dibunvh dalam peper4ngan.

Dalam sejarah, Zhang bertanggungjawab di atas pembunvhan beramai-ramai penduduk Sichuan selepas kejatuhan dinasti Ming. Populasi dan penduduk asal Sichuan tidak pernah kembali menjadi stabil. Mengikut rekod Qing, pada tahun 1720-an, 70-80 peratus penduduk Sichuan dilaporkan bukan dari keturunan penduduk asal.

Qin Liangyu meninggal dunia pada tahun 1648 di usia 75 tahun. Dia hidup lebih lama dari suaminya, Ma Qiancheng, yang m4ti dalam penjara akibat tuduhan fitnah kerajaannya sendiri. Dua abang lelakinya, Qin Bangping, Qin Minping, anaknya, Ma Xianglin dan menantunya Zhang Fengyi, di mana kesemuanya menjadi k0rban untuk Dinasti Ming yang disokongnya sepenuh hati yang setia.

Dia menyaksikan pengurangan populasi wilayahnya akibat tangan pemberontak yang kejam. Jadi, tidak ada sebarang rekod rasmi yang boleh menjelaskan atau meletakkan pengakhiran hidup nya bagaimana.

Dia hidup lama dan meninggal dunia setelah mencapai usia tua, tetapi tidak dapat dipastikan bagaimana dia m4ti, menurut sumber sejarah asli mengatakan dia m4ti akibat terjatuh dari kuda ketika melakukan tugas memantau kedudukan musuh, namun tidak dapat dipastikan adakah punca kem4tiannya kerana jatuh dari kuda atau dibunvh musuh selepas terjatuh dari kuda. Yang pasti, dia mencipta sejarahnya yang tersendiri dan penuh kisah epik.

Topi per4ng milik Qin Liangyu

Ada yang mengatakan dia sebenarnya bukan dari suku Miao. Mungkin antara Miao atau Tujia, memandangkan kerana nama keluarga nya adalah Qin, dan nama Qin adalah amat sinonim sekali dikenali sebagai orang Tujia, tetapi Tujia juga salah satu daripada cabang rumpun Miao.

Namanya amat jarang disebut sama sekali dalam konteks arus perdana atau pertempvran-pertempvran yang penting tetapi jika kita membaca dengan teliti pada sejarah Dinasti Ming Akhir, kita boleh temui rekod Qin Liangyu dan catatan tentang keluarganya di mana-mana sahaja, terutamanya catatan tentang rekod sepanjang perkhidmatan beliau semasa era Maharaja Chonzhen namun rekod-rekod ini ditulis dalam bahasa Cina.

Namun jika anda berpeluang melawat ke China, jangan lupa singgah ke Shinzu County di Chongqing, di sana ada muzium yang mempamerkan relik dan barangan tinggalan Qin Liangyu seperti baju perisai dan topi per4ng.

Chen Liang Shang, pelakon China 1940an dalam pakaian kaum Miao melakonkan watak Qin Liangyu dalam filem “Qin Liangyu” yang diterbitkan pada 1940

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.