Qian Xuesen: Bapa Roket China

1,213

Semasa Neil Armstrong memacak bendera Amerika Syarikat di bulan pada 20 Julai 1969, ramai menganggap pencapaian manusia ke bulan dicapai hasil inovasi dan rekaan saintis Jerman, Werner von Braun. Ya, arkitek program roket Jerman semasa P3rang Dunia Kedua (WWII) itu memang memberi input besar kepada program aeronautik AS. Tetapi ada satu tokoh yang dilupakan di AS tetapi menjadi pujaan di China: Qian Xuesen.

Qian Xhushen.

Qian merupakan anak jati Beijing, China dan dilahirkan pada 11 Disember 1911. Kedua-dua ibu bapanya mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dengan bapanya merupakan pelopor sistem pendidikan kebangsaan negara itu. Sepupunya Hsue-Chu Tsien merupakan jurutera mekanikal yang terlibat dengan industri aeronautik AS dan China dengan anak saudaranya Roger T. Chien merupakan pemenang Hadiah Nobel Kimia 2008.

Sejak dari kecil, Qian dilihat sebagai otak cair dan ini dibuktikan menerusi kedudukan teratas dalam kelasnya di Universiti Shanghai Jiao Tong. Pencapaian itu membolehkannya memenangi hadiah biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Dari MIT, Qian kemudian berkelana di Institut Teknologi California (Caltech) dan bekerjasama dengan jurutera terkenal Theodore von Karman.

Theodore von Karman (tengah) dan Frank Malina (dua dari kanan).

Selain von Karman, beliau juga beruntung kerana berkongsi pejabat sama dengan saintis terkenal Frank Malina. Malina merupakan sebahagian daripada kumpulan pencipta kecil yang dikenali dengan nama Svicide Squad. Nama tersebut diberi kerana mereka suka menghasilkan roket di kampus dan kadangkala, eksperimen mereka itu berakhir dengan kegagalan.

Pada suatu hari, Qian tertarik dengan diskusi permasalahan matematik rumit membabitkan Malina dan ahli-ahli kumpulan tersebut. Sejak itu, beliau menjadi sebahagian daripada mereka termasuk menghasilkan kajian berkenaan penjanaan kuasa roket. Penulis buku Escape from Earth: A Secret History of the Space Rocket, Fraser Macdonald mendedahkan sains roket dianggap sains mengarut ketika itu dan sesiapa yang cuba memperjuangkannya berdepan risiko kehilangan kerja.

Kumpulan saintis Svicide Squad bertanggungjawab menambahbaik pesawat AS semasa WWII.

Tetapi semua itu berubah dengan peristiwa WWII. Hasil kerja Svicide Squad menarik perhatian T3nt3r4 Amerika Syarikat dengan mereka membiayai kajian dan penyelidikan (R&D) untuk pesawat berkuasa jet. Dana pihak t3nt3r4 juga membawa kepada penubuhan Jet Propulsion Lab (JPL) pada tahun 1943 dengan von Karman dilantik sebagai pengarahnya yang pertama.

Manakala Qian dan Malina menjadi tunjang utama projek-projek awal JPL. Walaupun berstatus rakyat China, beliau diberi perlepasan keselamatan untuk bekerja dalam program pembangunan s3nj4t4 sulit dan menjadi sebahagian daripada panel lembaga penasihat sains AS. Ini kerana pada ketika itu, China berstatus sekutu kepada pihak Bersekutu semasa WWII.

Disebabkan kepakarannya dalam kuasa jet, pihak AS kemudiannya menghantar von Karman dan Qian ke Jerman untuk satu misi luar biasa: menemubual saintis-saintis roket Jerman termasuk von Braun. Matlamat mereka mudah iaitu mengetahui sejauh mana kemajuan program roket Jerman dan bagaimana ia diintegrasikan dalam program roket AS.

Tetapi nasibnya berubah akibat beberapa peristiwa. Pada tahun 1949, Mao Zedong mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China yang berfahaman k0mun1s, satu perkara yang menyebabkan AS melihat mereka sebagai sebuah negara yang jahat. Pada masa sama, pengganti von Karman di JPL mula mengesyaki sesiapa yang berfahaman k0mun1s sebagai pengintip sama ada orang Yahudi atau orang Cina.

Akibatnya, ramai orang JPL termasuk Malina dan Qian dituduh sebagai ejen k0mun1s dan menjadi 4nc4man kepada keselamatan negara. Beliau dilabel ejen k0mun1s hanya kerana menghadiri pertemuan Parti K0mun1s Pasadena dan menyertai parti tersebut bersama rakan baiknya pada tahun 1938.

Hakikatnya menurut Macdonald, perkumpulan tersebut diadakan bagi menolak mesej fasisme yang disebarkan oleh Jerman dan mengetengahkan isu perkauman yang wujud di AS ketika itu. Malah, perkumpulan ini juga digunakan untuk membentangkan rancangan menolak idea polisi pemisahan kaum di kolam renang Pasadena.

Profesor Zuoyue Wang dari California State University berhujah, tiada sebarang bukti menunjukkan Qian merupakan perisik China atau menjalankan kerja perisikan semasa berada di AS. Namun begitu, itu tidak menghalang Washington daripada menarik balik perlepasan keselamatannya dan meletakkan beliau dalam tahanan rumah selama lima tahun.

Ramai figura dalam Caltech membantah layanan buruk yang diberi terhadap Qian termasuk Malina dan von Karman. Malah, jurutera berdarah Hungary turut mengutus sepucuk surat menyatakan saintis China itu sebagai tidak bersalah tetapi tidak dilayan. Selepas lima tahun ditahan, Presiden Dwight Eisenhower meluluskan permohonan menghantar balik Qian ke China.

Layanan buruk yang diberi pihak berkuasa AS terhadapnya mendorong Qian berjanji untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam itu. Bagi wartawan dan penulis Tianyu Fang, apa yang berlaku terhadap saintis China itu dianggap satu pengkhianatan lebih-lebih lagi selepas menabur jasa yang tidak ternilai kepada perkembangan sains dan teknologi AS.

Selepas kembali ke China, laluan Qian masih berliku. Ini kerana isterinya Jiang Ying merupakan puteri kepada seorang pemimpin Kuomintang (kumpulan yang memusuhi Parti K0mun1s China (CCP)) dan beliau sendiri dalam proses memohon kerakyatan sebagai warga AS. Untuk mengelak daripada gangguan pihak pemerintah, Qian berusaha mematuhi semua peraturan bila bergelar ahli parti pada tahun 1958.

Dalam tempoh 15 tahun, beliau bertanggungjawab memantau operasi perlancaran satelit China pertama ke angkasa lepas. Dan dekad-dekad seterusnya menyaksikan Qian melatih dan menjadi mentor kepada generasi baru saintis dan jurutera yang memacu era penerokaan angkasa lepas China.

Dan Kimball

Melihat perkembangan sains dan teknologi di China ketika itu, ramai menyifatkan keputusan Eisenhower meluluskan penghantaran pulang beliau sebagai satu kesilapan. Bekas Setiausaha T3nt3r4 Laut AS Dan Kimball menganggap keputusan presiden ke-34 AS itu sebagai keputusan paling bodoh pernah dilakukan negara Uncle Sam itu.

Menerusi buku Escape from Earth: A Secret History of the Space Rocket, Macdonald menyifatkan kejayaan sebenar program angkasa lepas AS didorong oleh saintis-saintis berdarah imigran seperti von Karman dan Qian dan JPL, bukannya von Braun seperti dicanang sesetengah pihak.

Beliau menambah, “Idea bahawa program angkasa lepas AS didorong oleh pendukung-pendukung sosialisme bukanlah satu kisah yang mahu didengar AS.” Qian berpeluang melihat perubahan yang melanda China termasuk transformasinya sebagai kuasa ekonomi dunia. Sebahagian daripada usaha transformasi itu tidak akan berlaku tanpa kepakaran beliau.

Filem berkaitan kisah hidup bapa roket China ini.

Pada tahun lepas, China menempa sejarah dengan berjaya menghantar prob ke kawasan gelap bulan dan mendarat di Kawah von Karman, kawah yang dinamakan sempena nama mentor Qian. Bagi yang mengetahui sejarah kedua-duanya, ia satu ironi kerana sentimen anti-k0mun1sme AS membantu China menyertai era penerokaan angkasa lepas bertahun-tahun kemudian.

RUJUKAN:

Puri, Kavita. (2020). Qian Xuesen: The man the US deported – who then helped China into space. BBC News. https://www.bbc.com/news/stories-54695598

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.