Qatar Pasang Penghawa Dingin Di Luar Bangunan

2,355

Negara Timur Tengah seperti Qatar sangat panas. Pada waktu malam di musim panas, suhu sangat jarang berada di bawah 32 darjah Celsius. Pada waktu siang, suhu boleh mencecah sehingga 48 darjah Celsius.

Dengan itu, Qatar telah melakukan sesuatu yang kedengarannya agak mengarut iaitu memasang penghawa dingin di luar bangunan. Solusi yang memburukkan lagi keadaan. Cuaca menjadi semakin panas dan tidak menyelesakan.

Kisah cuaca yang amat panas di Qatar digarap begitu dalam oleh The Washington Post dengan menyatakan bahawa kepanasan ekstrim tersebut telah menyebabkan tahap kesihatan penduduknya berisiko. Sebagai tindak balas, Qatar telah memasang penghawa dingin dalam ruang udara terbut seperti stadium, pasaraya dan tempat membeli-belah.

Penggunaan penghawa dingin di tempat terbuka mungkin dapat menyejukkan penduduk Qatar untuk sementara waktu. Tetapi penggunaan tenaga elektrik dan bahan bakar diperlukan untuk menghidupan penghawa dingin tersebut. Bahan bakar dan tenaga elektrik tersebut akan melepaskan karbon yang seterusnya menyumbang pemanasan global. Akhirnya, keadaan bertambah panas.

Walaupun Perjanjian Paris bersetuju untuk mengelak dari meningkatkan suhu sehingga 2 darjah, Qatar telah melepasi paras tersebut. Ini bermaksud, apa yang berlaku pada Qatar dapat menjadi ramalan pemanasan dan ketinggian suhu Bumi di masa hadapan.

Qatar telah menjadi salah satu kawasan yang paling cepat panas di dunia. Perubahan yang dilakukan oleh Qatar, walaupun solusi yang teruk, sekurangnya dapat memberikan kesedaran kepada manusia di seluruh dunia apa yang akan berlaku sekiranya mereka tidak mengambil tindakan untuk mengurangkan pelepasan karbon.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/qatar-is-now-resorting-to-air-conditioning-the-outside-to-battle-unbearable-heat
  2. https://futurism.com/qatar-air-conditioning-outdoors-battle-heat

Ruangan komen telah ditutup.