Qasem Soleimani Mati – WWIII Akan Tercetus?

28,818

Apa yang sedang berlaku di Iraq?

Kena cerita dari mula. Pada 27 Disember 2019, US mendakwa bahawa pangkalan udaranya di Kirkuk, Iraq dis3rang oleh 30 roket, seorang kontraktor US terkorban.

Susulan daripada itu, US melancarkan serangan balas pada 29 Disember ke atas markas militan “Kata’ib Hezbollah” di sempadan Iraq-Syria, mer4gut 25 ny4wa anggota Kata’ib Hezbollah yang dikatakan sebagai dalang disebalik serangan. Kata’ib Hezbollah ni based dekat Iraq, jangan dikeliru dengan Hezbollah di Lubnan. Tapi kedua-dua adalah militan yang disokong oleh Iran.

Susulan daripada itu, anggota dan penyokong Kata’ib Hezbollah telah mengepung dan meny3rang kedutaan US di Baghdad pada 31 Disember, sebagai bantahan terhadap serangan US.

Susulan lagi lepas tu (banyak betul susulan weh), Trump menulis tweet yang berbau ugvtan: “Iran will pay a very BIG PRICE! This is not a Warning, it is a Threat”. Macam biasa, orang gelak-gelakkan Trump, termasuk pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang tweet balas: “you can’t do anything”. Eh pandang rendah pulak dengan Trump.

Then, surpise. Beberapa jam yang lepas, US melancarkan ser4ngan di Lapangan Terbang Baghdad yang mer4gut n4wa Qasem Soleimani, ketua “Quds Force” dan juga Abu Mahdi al-Muhandis, ketua Kata’ib Hezbollah.

Soleimani bukan kaleng-kaleng punya orang. Dia ialah protege kepada Khamenei. Quds Force ni kira Iran punya CIA. Soleimani diberi kepercayaan oleh Khamenei untuk mengetuai Quds Force sejak 1997. Tugas Quds Force adalah untuk mengumpul perisikan dan juga melancarkan operasi untuk membantu kumpulan-kumpulan pro-Iran seperti Hezbollah di Lubnan dan Houthi di Yaman. Dan juga Hamas di Palestin (“Quds” ialah nama alternatif Baitul Maqdis/Jerusalem).

Jadi Soleimani ni kira salah satu mastermind dalam aktivisme Iran di serantau menentang US, Saudi, Israel dan geng. Misi “decapitation” ni sedikit sebanyak naikkan “morale” US, Saudi, Israel dan geng, tapi macam “overkill” pun ada. Sebab Khamenei sayang kat Soleimani, jadi balas dendam itu pasti.

Tapi jangan risau, World W4r 3 tak akan tercetus kerana insiden ini. All-out war antara US dan Iran pun hampir tidak mungkin. Nak tahu kenapa, baca tulisan lama aku (https://www.thepatriots.asia/hujah-hujah-kenapa-trump-us-tak-serang-iran/). So mungkin Iran akan balas serangan US dengan (1) cucuk sekutu US, samada s3rang Saudi dan Israel melalui proksi (Houthi, Hezbollah), (2) kacau kapal-kapal US dan geng dekat Teluk Parsi dan Teluk Oman, atau (3) menawan kedutaan US di Baghdad, macam depa buat masa tahun 1979 (boleh tengok cerita “Argo”).

Kalau Iran pilih opsyen (3), memang kena kat selera Trump. Sambil Trump merancang serangan ke atas Soleimani dan al-Muhandis dan berlagak di Twitter, dia pun dah diam-diam deploy pasukan tentera tambahan seramai 750 orang ke Iraq. Kemungkinan besar depa ni diguna untuk guard kedutaan US.

Tahun ni tahun pilihanraya US, Trump kena buat something heroic untuk naikkan populariti dia. Dulu dia pernah kritik kegagalan Hillary Clinton handle krisis kedutaan US di Benghazi, Libya tahun 2012 yang menyebabkan Duta US terkorban. Kalau berlaku krisis kedutaan, itulah peluang bagi Trump buktikan “kebijaks4naan” dia.

Meanwhile, dekat Iraq ramai celebrate kemat1an Soleimani. Selepas protes besar-besaran Iraq meletus pada Oktober lepas membantah pengaruh Iran dalam politik domestik Iraq (baca tulisan lama aku: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10211739065391746), Soleimani telah terbang ke Baghdad mengambil alih security forces Iraq dan menekan protester. Jadi ramai melihat dia sebagai simbol penindasan rejim Iran. Orang Iraq sekarang tersepit antara US dan Iran yang masing-masing ada game dia.

Yang pasti, apa-apa pergolakan yang melibatkan Iran dan Iraq ada potensi menaikkan harga minyak. Tapi korang jangan tanya aku soalan ala trader bila naik bila turun, naik berapa turun berapa. Kalau aku tahu pun takkan aku nak share dengan korang, baik aku untung sorang-sorang.

Ruangan komen telah ditutup.