Dunia di tangan, di hati jangan. Di zaman orang flex kekayaan dalam Instagram ni, definisi “cukup” semakin samar-samar. Kalau cukup makan minum pun, kita mungkin tiba-tiba rasa tak cukup bila tengok Instagram Stories kawan pergi bercuti kat London. Jadi apa makna cukup ni? Untuk menangani jiwa manusia yang tak pernah merasa cukup, Islam mengajar kita agar qanaah.

Qanaah maksudnya keadaan jiwa yang merasa cukup. Rasulullah bersabda, “Bukanlah kekayaan itu pada banyaknya harta, namun kekayaan itu kaya jiwa, iaitu qanaah” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Zaman orang nak healing ni, apa kaitan qanaah dengan kebahagiaan? Disebutkan dalam hadis: “Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung”. Siapa mereka? Merekalah orang-orang yang bertawakal kepada Tuhan seperti tawakkalnya burung-burung. Kalau kita tengok binatang bernama burung, pagi-pagi hari sarangnya takde makanan. Burung akan keluar terbang pagi-pagi dan balik dalam keadaan perutnya kenyang. Makna kata, burung menjalani hidup dengan hati tenang dan perut kenyang. Rasulullah bersabda, “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (HR Ahmad)

Sifat mulia ini kita boleh belajar daripada baginda sendiri. Pernah baginda balik ke rumah dan tiada makanan tersedia, baginda tidak merungut, bahkan mengatakan “hari ini aku berpuasa”. Sebagai muslim, qanaah atau rasa cukup ni, berakar daripada keimanan. Bukankah rukun iman ke-6 kita, percaya kepada qada’ dan qadar. Sifat qanaah adalah meyakini sepenuh hati yang rezeki kita sudah ditentukan di Luh Mahfuz dan kita tidak perlu terlalu bimbang dengan takdir Tuhan. Boleh jadi, dengan ketenangan hati, kita boleh buat keputusan-keputusan kewangan dengan lebih baik. Qanaah juga selamatkan kita daripada pembaziran. Kalau kita sudah merasa cukup, kita tidak lagi berbelanja banyak untuk makanan, hiburan dan percutian. Dengan ini, kewangan kita boleh jadi lebih baik.

Kita sering tak bahagia, pasal kita rasa tak cukup. Beza dengan burung. Ia tahu yang Tuhan telah tetapkan rezekinya untuk hari tu. Jadi kerjanya cuma usaha. Soal rezeki, itu kerja Tuhan. Satu lagi yang menarik, Islam tidak membebankan seseorang di luar kemampuan sampaikan merasa resah. Contohnya, dalam kitab Ihya Ulumiddin oleh Imam Ghazali, disebut yang rumah-rumah isteri Nabi, berbeza simpanan makanannya. Ada yang simpanan makanan di rumahnya setahun, ada yang 40 hari dan ada yang sehari semalam. Yang sehari semalam adalah rumah Aisyah dan Hafsah. Jadi nak kata sini, kalau kita nak amalkan tawakal dan qanaah, memanglah sangat digalakkan. Cuma perlulah dari segi pelaksanaan; satu persatu dan mengikut kemampuan. Supaya tidak terlalu mengejut. Senang kata bertahap-tahap.

Adakah sifat qanaah memusuhi kekayaan? Tidak. Dalam Islam, kekayaan atau harta datang bersama tanggungjawab. Rukun Islam ke-4 kita adalah menunaikan zakat. Zakat takkan wajib dikeluarkan kecuali dengan harta yang kita ada. Orang kaya ada tanggungjawab besar kepada komuniti. Ia bukan soal berapa banyak harta yang kamu ada, tetapi berapa banyak yang kamu sumbangkan.

Contohnya, apabila Rasulullah umumkan siapa yang belikan Telaga Rummah, pasti Allah akan mengampuninya, segera Saidina Uthman bin Affan beli dan wakafkan telaga itu kepada Umat Islam. Jadi turunlah ayat al-Quran Surah Fajr ayat ke-27, sekaligus mengiktiraf Uthman sebagai memiliki jiwa yang tenang (nafsul mutmainnah). Pengurusan harta juga jangan ditolak tepi. Dalam satu kisah, Saidina Saad bin Abi Waqas pernah nak wasiatkan semua harta dia untuk wakaf Umat Islam lepas dia mati. Rasulullah halang. Yang dibolehkan wasiat hanya 1/3 daripada harta. Nampak tak, pengurusan harta pun penting.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply