Para pendokong Zionisme mungkin tidak takut dengan Hamas. Perbezaan teknologi terutamanya berkaitan hal ehwal ketenteraan telah menarik kegerunan terhadap Hamas dalam kalangan Zionis (jika pernah gerun). Serangan misil Hamas dibalas dengan persediaan Kippat Barzel. Sebutir bom sudah mencukupi untuk merintangi rangkaian terowong yang berjaya bagi pihak Vietnam menentang Amerika Syarikat sekitar 1970-an. Namun ketakutan sebenar Zionis tidak terletak di Gaza atau Tebing Barat. Ancaman paling besar tetapi tidak nyata terhadap pengaruh Zionisme terletak di Nazareth dalam Israel sebenarnya.

Qa’imah al-Mushtarakah mungkin tidak masyhur dalam kalangan umat Islam. Barangkali disebabkan nama tersebut merupakan terjemahan Arab daripada nama sebenar iaitu dalam bahasa Ibrani Reshima Meshutefet. Ataupun lebih popular dikenali sebagai the Joint List, sebuah gabungan parti yang menunjukkan kebesaran kesatuan.

Dipimpin oleh seorang Islam bernama Ayman Odeh, the Joint List merupakan muafakat daripada parti-parti Arab iaitu Balad, Hadash, Ta’al dan Ra’am. Secara individu, keempat-empat parti ini hanya boleh mendapat peratusan kuasa tidak sampai 5% dalam Parlimen Knesset. Namun apabila berganding bahu buat julung kalinya pada tahun 2015, the Joint List merangkul 10.54%, hampir separuh daripada apa yang dimenangi parti pemerintah Likud (Benjamin Netanyahu).

Bagi pusingan tersebut, the Joint List tidak berusaha untuk menang pun. Sebaliknya sasaran mereka hanya untuk menyekat kemenangan Netanyahu, yang malang sekali gagal. Pada tahun 2019, the Joint List berpecah dua antara Hadash-Ta’al dan Ra’am-Balad. Prestasi mereka jika digabungkan hanya mengumpulkan 10 (6+4) kerusi sahaja. Tetapi apabila Netanyahu gagal membentuk kerajaan (baca di sini: https://thepatriots.asia/krisis-politik-israel-percaturan-benjamin-netanyahu-tidak-menjadi/), Knesset mengundi untuk dibubarkan dan dipilih semula.

Dalam pilihanraya semula pada September 2019, the Joint List sekali lagi beraksi dalam gabungan empat yang meragut 13 kerusi (10.45%) Angka ini kecil untuk membentukkan kerajaan dengan sendiri. Sungguhpun begitu, the Joint List menimang 82% daripada bangsa Arab di Israel. Ini menunjukkan bahawa golongan Arab bersatu di belakang Ayman Odeh yang gabungannya mahu memupuk kerjasama Arab-Yahudi, menyokong solusi dua negara, mengeluarkan setiap seorang Yahudi yang bertempat di Tebing Barat dan banyak lagi.

The Joint List mungkin kecil. Namun aspirasi mereka boleh mendatangkan musibah bagi Zionis di Palestin jika mereka diperlukan dalam kerajaan. Dengan kemelut politik di Israel berkelihatan sentiasa berlaku, the Joint List mempunyai aura tersendiri. Namun bukan ini yang digeruni sebenarnya. The Joint List juga merupakan sebuah manifestasi tidak rasmi kepada realiti bakal membaham Zionisme jika Israel merangkul Tebing Barat Palestin. Seluruh dunia takkan mampu berbuat apa-apa jika wilayah-wilayah Fatah dirampas (yang sememangnya sudahpun dirampas).

Namun jika Tebing Barat diperbadankan dengan Israel, populasi Arab bakal bertambah dari 1.89 juta ke 5.23 juta. Sebanyak 60.7% daripada populasi Tebing Barat berada dalam usia mengundi berdasarkan undang-undang Israel. Jika angka yang sama juga mewakili Arab Israel, bermakna the Joint List semestinya menjadi kuasa politik berkuasa yang mana mungkin Likud dan Kahol Lavan pun tidak mampu menandingi di Knesset.

Bayang-bayang inilah digeruni Zionis. Kemajuan di Israel akan memberikan seribu satu keselesaan bagi bangsa Arab yang tidak perlu panduan atau dorongan untuk beranak-pinak. Perkara sebegini sedang berlaku di Utara Israel, yang mana populasi Yahudi semakin mengecut sementara bangsa Arab pula kian ramai. Bangsa Arab mungkin boleh menjadi majoriti dengan sendiri (tanpa Tebing Barat) menjelang 2048 pun.

Cukup dengan bom demografi ini untuk membuat Zionis berasa terancam bagi mengekalkan Israel sebagai negara Yahudi. Menurut Benjamin Netanyahu pada tahun 2003, populasi Arab perlu sentuh 20% untuk mengancam status majoriti Yahudi. Dan sekarang paras 20% sudahpun dilepasi.

Seramai mana pun bangsa Arab berada di Israel, sasaran politik mereka ialah the Joint List. Amaran perang yang meraung disebabkan Hamas mungkin boleh diam. Tetapi bunyi yang sama sedang menggerunkan jiwa Zionis, kerana Qa’imah al-Mushtarakah ialah ancaman paling nyata… dan berdasarkan undang-undang sendiri, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

RUJUKAN:

Jewish population in Galilee declining

https://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3481768,00.html

Netanyahu: Israel’s Arabs are the real demographic threat

https://www.haaretz.com/1.4802179


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.