Putin: Tsar Moden Russia

1,034

Hari ini Russia mengadakan referendum mengenai cadangan pindaan perlembagaan yang akan membolehkan Vladimir Putin untuk sambung lagi 2 penggal sebagai Presiden Russia. Kalau pindaan lulus (sudah pasti akan lulus), Putin akan boleh berkuasa sampai tahun 2036.

Perlembagaan Russia tahun 1993 menetapkan bahawa presiden tak boleh pegang lebih dari 2 penggal secara berturut-turut (подряд).

Putin sekarang dalam penggal ke-2 nya (2018-2024), jadi by law dia perlu berundur pada 2024 nanti.

Putin dah pernah pegang 2 penggal sebagai presiden dari 2000-2008 (1 penggal 4 tahun). Selepas penggal ke-2 dia tamat pada 2008, dia dilantik jadi PM di bawah Presiden Dmitry Medvedev.

Kemudian pada 2012, Putin bertanding lagi. Menang, dia lantik pula Medvedev jadi PM.

Perlembagaan juga dipinda sebelum pilihanraya, memanjangkan tempoh penggal dari 4 jadi 6 tahun. So penggal Putin bermula 2012, tamat 2018. Tahun 2018, Putin menang lagi, sambung penggal ke-2 sehingga 2024.

Tapi nampaknya Putin belum puas. Kalau ikut perlembagaan, Putin boleh jadi presiden lagi, cuma kena tunggu 2030. Lama sangat.

So pada 16 Januari 2020, Putin bercadang supaya perlembagaan dipinda dengan membuang perkataan “berturut-turut”.

Dengan itu, presiden selepas ini hanya boleh pegang 2 penggal maksimum. Tapi bagi mantan presiden (Putin dan Medvedev), penggal-penggal sebelum ini tak akan diambil kira, jadi kosong balik. So Putin akan dapat pegang lagi 2 penggal selepas 2024, sampai 2036.

Cadangan Putin menyebabkan Medvedev resign sebagai PM. Medvedev tu mentee dan kawan sekampung Putin, pun tak tahan dengan kegilaan kuasa Putin. Tapi Medvedev masih ada jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan. So maybe dia resign tu wayang je kot.

Dan sebenarnya pindaan perlembagaan tak perlu pun melalui referendum. Tapi Putin nak dapatkan mandat rakyat. So nanti kalau betul dia sambung jadi presiden orang tak boleh bising. Pandai Putin main.

Dalam sejarah Russia, hanya Ivan the Terrible (1533-1584, 51 tahun), Ivan III (1462-1505, 43 tahun), Peter the Great (1682-1725, 43 tahun), Catherine the Great (1762-1796, 34 tahun) dan Josef Stalin (1922-1953, 31 tahun) lebih lama berkuasa dari Putin.

Selain Stalin (pemimpin komunis), semua adalah tsar (gelaran bagi raja Russia). So orang pun buat lawak Putin nak jadi tsar, nak jadi Vladimir the Great.

Of course Putin tak mampu jadi tsar, dan dia tak akan ada dinasti politik sendiri. Putin tak ada anak laki, kedua-dua anak perempuannya bukan orang politik: Maria kerja doktor, Katerina penari akrobat.

Cuma Putin & penyokongnya tak berapa yakin successor dia dapat memimpin Russia ke arah yang dia nak: sebuah kuasa besar (velikaya derzhava) yang dipimpin oleh kerajaan kuat (silnaya ruka), bukan negara failed state dengan kerajaan lemah macam zaman Boris Yeltsin (1991-1999).

Yeltsin adalah presiden Russia pertama selepas kejatuhan rejim komunis Soviet Union pada tahun 1991. Tapi kegagalannya untuk menguruskan negara menjadikan dia seorang yang tak popular: sebelum dia digantikan oleh Putin, hanya 2% rakyat je yang sokong dia.

Yeltsin cuba mengubah sistem ekonomi Russia dari sosialisme kepada kapitalisme tapi gagal. Nilai matawang jatuh merudum, kerajaan terpaksa “default” hutangnya pada tahun 1998 (kira macam “bankrap” lah, tapi tak ada istilah “negara bankrap” dalam ekonomi).

Untuk mempercepatkan penswastaan, Yeltsin jual aset-aset milik kerajaan zaman Soviet kepada kroni-kroninya.

Golongan ini dikenali sebagai oligarch (олигархи). “Oligo” bermaksud “a few”, so a few yang rapat dengan Yeltsin je jadi kaya raya.

Boris Berezovksy adalah “raja” di kalangan semua oligarch.

Roman Abramovich (pemilik kelab bola sepak Chelsea) pun jadi kaya raya melalui hubungannya dengan Berezovsky yang membolehkan dia menguasai sektor keluli dan aluminium.

Sementara itu, Yeltsin juga gagal menundukkan separatis di Chechnya (kawasan majoriti penduduk Muslim) dalam P3rang Chechnya 1994-1996. Russia adalah negara multi-etnik. Kalau Chechnya pun gagal ditundukkan, maka ia berisiko mengundang lebih banyak gerakan separatis.

Negara bermacam masalah, tapi Yeltsin cuma tau mabuk vodka siang malam, menyerahkan semua urusan negara kepada anak perempuannya Tatyana dan menantunya Valentin Yumashev. Maka muncul lah golongan “Siloviki” (силовики́) yang menentang Yeltsin.

Negara bermacam masalah, tapi Yeltsin cuma tau mabuk vodka siang malam, menyerahkan semua urusan negara kepada anak perempuannya Tatyana dan menantunya Valentin Yumashev. Maka muncul lah golongan “Siloviki” (силовики́) yang menentang Yeltsin.

Siloviki cenderung kepada pemerintahan authoritarian atau “strong state” (silnaya ruka), berbanding “weak state” Yeltsin. Strong state memerlukan pemimpin yang berkuku besi, dan kerajaan ada kawalan ke atas ekonomi dan masyarakat.

Siloviki bukan komunis, lebih kepada tradisionalis-konservatif. Latar belakang Siloviki dalam tentera & polis buat diorang lebih suka mengawal, melihat pembaharuan Yeltsin akan mengancam keselamatan negara.

Diorang benci oligarch yang bermotifkan keuntungan dan sanggup jual bisnes dalam sektor kritikal (seperti minyak) kepada negara asing.

Putin adalah seorang Siloviki dengan latar belakangnya sebagai ejen khas KGB (kira macam SB lah) selama 16 tahun dan kemudian pengarah FSB dari Julai 1998 hingga Mac 1999.

Ini ID palsu Putin menyamar sebagai orang Jerman Timur.

Kalau perasan, tangan kanan Putin tak bergerak masa berjalan. Sebab dia dah biasa time jadi SB kena sentiasa ready untuk cabut pistol dari pinggang. Orang panggil “gunslinger’s gait”.

Tapi di luar jangkaan ramai, Putin dilantik oleh Yeltsin sebagai PM pada Ogos 1999 dan kemudian sebagai presiden pada 31 Disember 1999. Mungkin sebab dia nampak Putin ni Siloviki muka paling nerd, plus tak dikenali ramai dan tak popular, senang nak dikawal.

Ia juga boleh dilihat sebagai strategi guna Siloviki untuk “screw” Siloviki yang lebih lantang seperti Yevgeny Primakov, bekas pengarah Foreign Intelligence Service dan PM Russia dari September 1998 hingga Mei 1999.

Yeltsin takut kalau dia kalah dalam pilihanraya presiden Mac 2000, Siloviki ini akan siasat & penjarakan dia. Jadi dia serahkan jawatan presiden kepada Putin sebelum pilihanraya. Pada masa yang sama letak orang dia untuk “jaga” Putin elok2 untuk pastikan dia x kacau kroni2 dia.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Antaranya orang-orang Yeltsin yang mengelilingi Putin ialah Alexander Voloshin (abang botak dalam gambar) yang pegang jawatan Chief of Staff dan Mikhail Kasyanov sebagai PM.

Putin mula-mula pun nampak jenis yang dengar cakap. Tak lama selepas Putin jadi presiden, dia berhentikan siasatan ke atas tuduhan korupsi Yeltsin. Jadi kroni-kroni Yeltsin seperti Berezovsky pun ready nak pump duit untuk tolong Putin masa pilihanraya presiden Mac 2000.

Tapi Putin ada game dia sendiri. Dia tau dia tak mampu nak cabar Yeltsin dan oligarch. Duit tak ada, kuasa pun tak kukuh, bila-bila boleh kena cantas. Siloviki pun tak nak angkat dia jadi ketua. Jadi apa yang dia boleh buat adalah fokus kepada isu Chechnya.

Pada Ogos 1999 (semasa Putin dilantik sebagai PM), separatis Chechnya telah menceroboh Dagestan, sebuah lagi kawasan majoriti Muslim. Kemudian pada September, beberapa letupan bom berlaku di Moscow, Buynaksk dan Volgodonsk, mengorbankan lebih 300 nyawa.

Putin mendakwa separatis sebagai dalang disebalik letupan & menjadikan ia alasan untuk melancarkan P3rang Chechnya Kedua pada Oktober.

Berbeza dengan Yeltsin, Putin terrer berp3rang, by Februari 2000 tentera berjaya menawan Grozny, ibu kota Chechnya. Kerajaan separatis jatuh.

Approval rating Putin terus naik dari 31% masa baru-baru jadi PM kepada 80% di awal 2000, membolehkan Putin menang pilihanraya presiden pada Mac 2000 dengan 53% undian popular.

Now dah dapat mandat rakyat, baru Putin boleh mengorak langkahnya.

Putin bermula dengan Vladimir Gusinsky yang control media. Putin penjarakan Gusinsky pada Jun 2000, & membenarkan dia ke London selepas dia bersetuju untuk jual syarikat medianya kepada kerajaan.

Lepas kawal media, Putin sasarkan oligarch yang pegang sektor strategik seperti minyak. Mikhail Khodorkovsky, pemilik Yukos (syarikat minyak ke-2 besar di Russia) dipenjarakan dan asetnya dirampas dan disatukan dengan Rosneft milik kerajaan Russia.

Jadi apabila harga minyak makin naik selepas P3rang Iraq tahun 2003, Russia jadi makin masyuk dan pendapatan kerajaan makin banyak.

Ada media, ada duit, barulah sampai masanya untuk “purge”. Satu per satu oligarch jatuh, termasuk Berezovsky. Samada masuk penjara, atau mencari suaka di luar negara.

Nak selamat, kena jadi good boy sokong Putin, macam Abramovich, Oleg Deripaska dan Vladimir Potanin.

By 2004, semua orang Yeltsin di keliling Putin dibuang dan digantikan dengan inner circle Putin yang terdiri daripada Siloviki dan juga Pitertsy (geng Saint Petersburg), kawan-kawan sekampung.

Medvedev (geng Saint Petersburg) menggantikan Voloshin sebagai Chief of Staff. Mikhail Fradkov (geng Siloviki) gantikan Kasyanov sebagai PM, dibantu oleh Medvedev (DPM 1) dan Sergei Ivanov (DPM 2, Siloviki).

Yeltsin tidak lagi berpengaruh ke atas Putin sehingga dia meninggal dunia pada 2007.

Keselamatan dalaman dah terjamin, ekonomi dah stabil, kuasa dah kukuh, maka sampailah masa untuk project power di luar pulak.

Antara benda yang Siloviki termasuk Putin tak puas hati adalah pembesaran Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

NATO adalah pakatan yang ditubuhkan oleh US pada 1949 untuk membendung komunisme Soviet. Kalau ikutkan, Soviet dah tak wujud. Tak perlu ada NATO lagi.

Tapi yang sebaliknya berlaku, US terus menerima ahli-ahli baharu ke dalam NATO, kesemuanya negara jiran Russia yang merupakan bekas negara komunis dan juga bekas wilayah Soviet. So nampak sangat NATO sebenarnya bukan anti-komunis, tapi anti-Russia.

Jadi Putin pun balas dengan menubuhkan pakatan “BRICS” dengan China, India dan Brazil untuk cabar pengaruh US di peringkat global.

Penggal ke-2 Putin tamat pada Mei 2008, tapi “perjuangan belum selesai”. Jadi Putin memegang jawatan PM di bawah Medvedev. Walaupun jawatan Medvedev lebih tinggi, tapi Medvedev tu mentee Putin. So Putin juga yang memegang kuasa sebenar.

Medvedev bukan dari golongan Siloviki, dia seorang lawyer, lebih liberal berbanding Putin. Dan boleh nampak Medvedev pun tak nak jadi boneka Putin selama-lamnya. Medvedev buang Yury Luzhkov, kroni Putin dari jawatan Datuk Bandar Moscow.

Medvedev juga “reset” hubungan dengan US.

Putin risau lama-lama nanti Medvedev rosakkan legasi dia, maka pada tahun 2012, Putin kembali sebagai presiden.

Putin 2.0 ni lagi agresif berbanding Putin 1.0. Selain merancakkan kerjasama dengan China, Putin juga sokong pemberontak di Ukraine lawan kerajaan pro-NATO, merampas Crimea, sampai Russia kena kick daripada G8 (US, UK, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Canada, Russia) pada 2014.

Campur tangan Russia di Syria sejak 2015 lagi membuat Russia dibenci oleh US dan sekutunya.  Pada masa yang sama, Russia mula berdepan dengan cabaran ekonomi. Semasa Putin jadi presiden dari 2000-2008, harga minyak tengah naik, so ekonomi Russia pulih dengan cepat. Tapi bermula tahun 2014, harga minyak sedunia mula merudum, ekonomi Russia pun kena sekali.

Ekonomi Russia makin slow dengan sekatan yang dikenakan oleh US dan EU sejak krisis Ukraine. Hasilnya Putin tidak lagi se-popular dulu. Balik2 tau nak cabar US jadi hero je, orang pun dah naik bosan. Dengan COVID, approval rating Putin jatuh ke tahap paling rendah iaitu 59%.

Walaupun referendum kali ini akan lulus dan memberi mandat kepada Putin untuk sambung jadi presiden, Putin bukan lagi dewa di mata orang Russia suatu ketika dahulu.

Putin akan jadi lebih legend kalau berundur terus pada tahun 2008. Dia akan forever diingat sebagai orang yang selamatkan Russia daripada zaman gelap Yeltsin. Sedangkan Putin sejak 2012 lebih banyak dikaitkan dengan krisis dan masalah yang Putin sendiri pun tak mampu selesai.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.