Kehidupan awal

Putera Charles atau nama panjangnya, Charles Philip Arthur George dilahirkan di Istana Buckingham pada tanggal 14 november tahun 1948. Charles merupakan putera sulung kepada pasangan diraja Puteri Elizabeth dan Putera Phillip (1921– 2021). Putera Charles juga merupakan cucu sulung kepada Raja dan Permaisuri Great Britain ketika itu, Raja George IV (1895 – 1952) dan Elizabeth Bowes-Lyon (1900 – 2002). Ketika masih bayi, Charles diletakkan dibawah jagaan nendanya susulan keberangkatan bapanya bertugas di Malta sebagai anggota tentera laut diraja British.

Putera Charle bersama datuknya, Raja George IV, awal 1950-an.

Pada tahun 1952, sewaktu Putera Charles berumur tiga tahun, datuknya Raja George IV telah mangkat pada usia 56 tahun akibat kanser paru-paru. Oleh yang demikian, pada tanggal 2 Jun 1953, bertempat di Westminster Abbey, ibu Charles iaitu Puteri Elizabeth secara rasminya telah ditabalkan sebagai Ratu Great Britain  bagi menggantikan posisi bapanya yang menjawat jawatan tersebut sebelum ini. Pertabalan Ratu Elizabeth sebagai  Ratu Great Britain sekaligus meletakkan Putera Charles sebagai pewaris takhta Great Britain yang seterusnya. Sebagai putera sulung, Charles secara automatik menerima dan memegang gelaran Duke Of Cornwall, Duke Of Rothesay, Earl Of Carrick, Baron Of Renfrew, Lord Of The Isles, dan Prince  And Steward Of Scotland.

 

Pendidikan

Secara amnya, anak-anak diraja akan menerima pendidikan secara peribadi dan tertutup di istana dengan bimbingan tenaga pengajar peribadi. Namun, Pihak Istana Buckingham pada tahun 1955 telah mengumumkan bahawa Putera Charles akan menerima pendidikan di sekolah awam sepertimana kanak-kanak yang lain. Pada 7 November 1956, Putera Charles memulakan sesi pembelajarannya pada peringkat rendah di Hill House School yang terletak di bahagian barat London.

Seterusnya Putera Charles menyambung pendidikan peringkat menengah di dua buah sekolah dimana merupakan tempat bapanya, Putera Philip pernah melanjutkan pelajaran. Sekolah-sekolah tersebut ialah Cheam Preparatory School yang terletak di Berkshire, England dan sekolah berasrama penuh Gordonstoun School di Scotland. Dalam satu wawancara pada tahun 1975, Putera Charles amat memuji sekolahnya, Gordonstoun. Beliau menyatakan bahawa Gordonstoun telah mengajarnya banyak mengenai diri beliau dari segi kemampuan dan kelemahan seterusnya mengajar beliau untuk menerima cabaran serta berusaha.

Putera Charles bersama bapanya, Putera Philip di Gordonstoun School.

Menurut tradisi keluarga, pewaris kepada takhta akan berkhidmat dalam angkatan tentera selepas tamat pengajian di peringkat sekolah. Walaubagaimanapun, Putera Charles telah mengubah ‘adat’ ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, Setelah menamatkan pengajian di Gordonstoun pada tahun 1967, Putera Charles terus melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti di Trinity College, Cambridge. Disini beliau mempelajari subjek seperti sejarah, arKeologi dan antropologi. Seterusnya, Putera Charles berjaya lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sastera pada 23 Jun 1970 dan menjadi pewaris takhta pertama yang mendapat ijazah universiti.

 

Ditabal Sebagai Putera Wales

Mengikut catatan sejarah, Prince of Wales merupakan gelaran yang dikhaskan secara eksklusif kepada pewaris takhta  Inggeris. Secara ringkasnya, gelaran ini mula digunakan sejak tahun 1301, ketika Raja Edward I, berjaya menakluki dan menguasai wilayah Wales seterusnya melaksanakan hukuman mati keatas David III yang merupakan putera Wales berdarah Wales yang terakhir (1283). Seterusnya Raja Edward I mengurniakan gelaran tersebut kepada puteranya, Edward II.

Sejak dari itu, kebanyakannya tetapi tidak semua, putera sulung raja Inggeris telah dikurniakan gelaran Prince Of Wales. Gelaran ini secara khususnya akan dianugerahi oleh Raja atau Ratu Inggeris itu sendiri dan akan dikurniakan apabila tiba waktunya yang sesuai. Selepas itu, penerima atau Putera sulung tersebut akan ditabalkan sebagai Prince Of Wales. Namun, gelaran tersebut tidak lagi terpakai sekiranya seseorang Prince Of Wales itu telah ditabal menjadi raja Inggeris.

Putera Charles dan Ratu Elizabeth II sewaktu upacara pertabalan, 1969

Putera Charles ditabalkan sebagai Prince of Wales dan Earl of Chester pada tarikh 26 Julai 1958 ketika berusia sembilan tahun. Walaubagaimanapun, upacara istiadat pertabalan tidak diadakan sehingga hingga 1 Julai 1969 apabila baginda mencapai umur 20 tahun. Upacara istiadat pertabalan Prince Of Wales disempurnakan di Caernarfon Castle dan disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen. Rakyat Wales amat mengagumi Putera Wales baharu mereka apabila menyaksikan baginda memberikan ucapan dalam bahasa ibunda mereka, bahasa Welsh.

Dalam ucapannya, Putera Charles menyatakan bahawa, beliau akan menerima gelaran, gaya kehormatan dan hak istimewa Principality of Wales dan Earldom of Chester. Kemudian, Putera Wales yang baru sahaja ditabalkan, mengangkat sumpah, seterusnya disambut dengan gembira oleh rakyat jelata yang berada di Caernarfon Castle.

Peranan utama Prince of Wales selain bertindak sebagai pewaris takhta, kedudukannya juga  bertujuan untuk menyokong kedudukan Baginda Ratu sebagai figura utama kebanggaan, kesatuan dan kesetiaan kepada negara sebagai alat penyatupaduan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan status.

Perkahwinan dengan Lady Diana

Pasangan ini pertama kali bertemu pada tahun 1977. Pertemuan pertama mereka adalah sewaktu Putera Charles berkenalan dengan kakak perempuan Lady Diana, iaitu Lady Sarah. Dipendekkan cerita, pertemuan Ini diikuti dengan Lady Diana diundang  ke Istana Balmoral, bagi bertemu dengan keluarga Putera Charles. Sewaktu Lady Diana  berkunjung ke istana Balmoral. Beliau diterima baik oleh Ratu Elizabeth II, Putera Philip, dan Nenda Putera Charles. Selepas itu, Lady Diana dan Putera Charles sering bertemu satu sama lain selama kira-kira enam bulan dan akhirnya baginda melamar Lady Diana pada 3 Februari 1981 di Windsor Castle. Lady Diana menerima lamaran Putera Charles, namun pertunangan mereka dirahsiakan kepada awam buat beberapa minggu ke depan.

Sewaktu wawancara eksklusif Putera Charles dan Lady Diana,1981

Pertunangan mereka diumumkan secara rasmi pada 24 Februari 1981, diikuti dengan sebuah wawancara eksklusif. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan oleh semua sudah tiba. Perkahwinan Putera Charles dengan Lady Diana berlangsung pada hari Rabu, 29 Julai 1981. Perkahwinan diraja ini berlangsung di Katedral St Paul di  Kota London, United Kingdom. Pengantin lelaki merupakan pewaris kepada takhta Inggeris manakala dan pengantin perempuan adalah ahli daripada kerabat Spencer. Oleh yang demikian, Majlis Perkahwinan ini disempurnakan dengan penuh adat istiadat bagi melambangkan kemegahan latar belakang pasangan ini.

Majlis Perkahwinan diraja ini mendapat liputan secara meluas dari dalam mahupun luar negara. Malah, ia turut diberi jolokan oleh media sebagai “fairytales wedding” dan “wedding of the century” dek kemeriahan dan kemegahan yang ditampilkan. Majlis perkahwinan ini dipertontonkan secara langsung di kaca televisyen dan anggaran penonton secara global adalah seramai 750 juta orang. Pesta-pesta jalanan diadakan di seluruh England bagi meraikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang tersebut.

Pasangan diraja ini menjalani kehidupan berumah tangga mereka di Istana Kensington, seterusnya di Highgrove House. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera William yang lahir pada tahun 1982 dan Putera Henry pada tahun 1984. Namun, kaum kerabat dan rakyat jelata terkejut apabila pasangan ini memutuskan untuk berpisah pada tahun 1992 dan akhirnya bercerai pada tahun 1996. Penceraian ini berlaku selepas lima belas tahun mereka berkahwin.

Perkahwinan dengan Camilla Parker Bowles

Pada tahun 1970, Putera Charles dan Camilla bertemu buat pertama kalinya di Windsor Great Park sewaktu sebuah acara pertandingan polo diadakan. Selepas pertemuan itu, Mereka saling berdua-duaan. Namun, Putera Charles terpaksa meninggalkan Camilla buat sementara kerana dipanggil untuk bertugas bersama Angkatan Tentera Laut Diraja selama lapan bulan. Setelah kepulangan Putera Charles yang sudah selesai dengan tugasannya, baginda mendapat maklum bahawa Camilla sudah bertunang dengan jejaka lain.

Pada julai tahun 1973, Camilla mengahwini Andrew Parker Bowles yang merupakan seorang pegawai tentera berkuda diraja. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Laura Lopes and Tom Parker Bowles. Dipendekkan kisah, pada Januari tahun 1995, Camilla dan Andrew Parker Bowles mengumumkan bahawa mereka telah bercerai.

Pada Februari tahun 2005, Putera Charles dan Camilla mengumumkan bahawa mereka telah bertunang setelah 35 tahun sejak kali pertama mereka bertemu. Pada 9 April 2005, sebuah majlis perkahwinan diantara Putera Charles dan Camilla dilangsungkan dalam upacara sivil di Windsor Guildhall. Bagi mengekalkan Lady Diana kekal sebagai satu-satunya yang memegang gelaran Puteri Wales, Camilla mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia The Duchess of Cornwall. Sehinnga kini perkahwinan mereka masih lagi bertahan.

Putera Wales dan Camilla bersama kerabat mereka Putera Harry, Putera William, Tom dan Laura Parker Bowles. Putera Philip, Ratu Elizabeth II dan bapa Camilla, Mejar Bruce Shand, 2005.

Hobi dan minat
Putera Charles mempunyai hobi dan minat yang pelbagai. Hal ini dikatakan demikian kerana, baginda gemar bermain sukan Polo dan juga berseni di atas kanvas. Minat lain adalah seperti baginda amat mengambil cakna akan soal kesejahteraan golongan belia dan golongan kurang berkemampuan. Seperti yang dimaklumkan, Putera Charles merupakan seorang yang cintakan seni lukisan. Baginda akan menghabiskan masa dengan melukis setiap kali jadualnya mengizinkan. Kemudian, Lukisan baginda akan dijual dan hasilnya jualan akan disumbangkan ke Yayasan Amal The Prince of Wales.

Landskap petang, Turki oleh Putera Charles, 1999

Selain itu, Putera Charle juga akan meluangkan masanya dengan aktiviti berkebun. Biasanya, baginda akan berkebun di kebun organiknya yang terletak di Highgrove. Tambahan lagi, baginda juga merupakan seorang petani. sejak tahun 1985, Putera Charles telah menjalankan kegiatan perladangan dari rumah rehatnya, Gloucestershire yang berkeluasan 900 ekar.

Di sana, Baginda membekalkan hasil organik untuk jenama Waitrose Duchy Organic. Highgrove terbuka kepada orang awam untuk dikunjungi, kebiasaannya akan menerima hampir 40,000 pengunjung.

Selama bertahun-tahun juga, Putera Charles telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan termasuk perlumbaan, selam skuba dan belayar. Sehingga November 2005, Baginda berjaya mengumpul sejumlah wang dengan bermain polo dan wang yang diperoleh tersebut akan disumbangkan ke badan-badan kebajikan. Baginda akhirnya telah memutuskan untuk bersara dari sukan Polo setelah hampir 40 tahun berkecimpung.

 

RUJUKAN:
Brandreth, Gyles (2007). Charles and Camilla: Portrait of a Love Affair. UK: Random House.

“HRH The Prince of Wales”. Debrett’s. Archived from the original


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.