Tujuh tahun lalu, Arsenal berada di tangga teratas selapas 14 perlawanan. Ketika itu skuad kelab tersebut masih dibawah bimbingan Arséne Wenger.

Dan Mesut Özil pula baru masuk selepas bersetuju dengan kontrak £42.4 juta (Ornstein, 2013).

Semasa menyertai.

Banyak sudah berubah dalam tempoh tujuh tahun. Wenger sudah berundur daripada dunia pengurusan, diganti Unai Emery yang tidak mempunyai hubungan baik bersama Özil.

Berkali-kali juga khabar angin bola sepak mengatakan Özil akan keluar Arsenal. Ada yang melaporkan Özil bakal berpindah ke Inter Milan (Glendenning, 2018).

Namun beliau masih kekal di Arsenal, berterusan dengan masalah selepas menghina Emery (Verschueren, 2019). Ironinya, bukan Özil yang keluar dulu. Emery dipecat selepas 18 bulan bersama Arsenal.

Emery keluar.

Dalam ikhtiar untuk memulihkan keadaan, Arsenal sebenarnya bertambah buruk. Emery berhijrah ke Sepanyol untuk memimpin Villareal. Arsenal pula memberikan jawatan pengurus kepada Mikel Arteta, yang berpendapat kelab tersebut sudah hilang hala tuju (Ames, 2019).

Musim 2019/2020 berakhir dengan Arsenal di tangga kelapan, selepas kalah 10 kali dalam 38 perlawanan. Sekurang-kurangnya Arsenal memenangi Piala FA.

Namun prestasi Arsenal dalam musim 2020/2021 sebenarnya jauh lebih teruk. Dalam 14 perlawanan, Arsenal telah kalah lapan kali.

Melungkup di tangga ke-15, Arsenal hanya empat mata daripada zon penyingkiran (dan perlu berdepan dengan Chelsea pula).

Duka penyokong Arsenal yang tidak kesudahan nampaknya memang takkan kesudahan. Tetapi dalam semua perlawanan musim baru ini, Özil tidak langsung diberi peluang.

Amat menghairankan, kerana Özil banyak berjasa pada Arsenal. Apa yang telah berlaku?

COVID-19

Mesut Özil menyertai Arsenal semata-mata kerana pujukan Arséne Wenger. Sekarang ini tanpa Wenger, nampaknya Özil menghadapi dugaan besar. Beliau enggan menyertai program pengurangan gaji seperti diminta Arsenal.

Baginya, Arsenal perlu menjawab dulu banyak persoalan jika ingin mengurangkan 12.5 peratus daripada gajinya. Persoalan Özil sebenarnya bukan masa depannya bersama kelab. Sebaliknya Özil ingin tahu semuanya – apa, mana dan berapa dibelanja Arsenal (Rathborn, 2020).

Ini seolah-olah menyatakan kesangsian pula, belum lagi pasal katanya ada agenda untuk menjatuhkan Özil. Jadi gajinya sebanyak £1.4 juta sebulan tidak dikurangkan.

Geopolitik

Arsenal mempunyai dasar jelas mengenai politik tempatan dan antarabangsa. Walau apa isu sekalipun, Arsenal menggunakan pendekatan apolitikal, yakni tiada langsung penglibatan melainkan dalam hal kesukanan dan kewangan sahaja. Mesut Özil walau bagaimanapun mempunyai fahaman berlainan.

Pada 16 Disember 2019, Arsenal tewas 3-0 pada tangan Manchester City di Stadium Emirates. Perlawanan tersebut disiarkan di seluruh dunia, yang menyaksikan ketiga-tiga gol dijaringkan dalam masa 40 minit.

Tetapi penyokong-penyokong Arsenal di China hanya boleh menonton bermula minit ke-60. Kerajaan China berpendapat satu jam itu terlalu sensitif untuk disiarkan, atas apa yang berlaku tiga hari sebelumnya.

Tepat pada jam 6:50 petang, Özil telah menaikkan kicauan dalam bahasa Turki yang mengkritik layanan China pada umat Islam Uighur (Anthony, 2019). Kerajaan China mengkritik bahawa Özil telah termakan berita palsu.

Dan Özil pun dikeluarkan daripada permainan video FIFA dan PES kerana melanggar semangat kasih sayang dan keamanan penyokong China.

Jadi China mula menyiarkan perlawanan Arsenal 0-3 Manchester City pada minit ke-60 kerana Özil sudah dikeluarkan daripada padang. Blackout di China telah merebak ke Arsenal sendiri.

Sejak hari itu lagi, Arséne Wenger berkata Özil perlu menerima p4d4h. Dan memang betul Özil menerima p4d4h.

Beliau tidak disenaraikan dalam Skuad 25 Pemain untuk Liga Perdana Inggeris, bermakna beliau hanya boleh bermain dengan skuad B-23.

Layanan Arsenal terhadap Özil ini jelas sekali suatu pengusiran. Nasib seakan-akan sama pernah menimpa penjaga gol Manchester United bernama Víctor Valdés.

Hanya kerana enggan berlatih dengan skuad simpanan, Louis van Gaal mengusir Valdés sampai tidak boleh berlatih dengan skuad utama langsung. Cuma Valdés mampu meneruskan karier selepas keluar. Bagi Özil pula, beliau mungkin perlu bersara terus.

RUJUKAN:

Ames, N. (2019, Disember 20). Mikel Arteta will not tolerate dissenters as he seeks to revive ‘lost’ Arsenal. The Guardian.

Glendenning, B. (2018, Disember 3). Football transfer rumors: Mesut Özil to leave Arsenal for Inter? The Guardian.

Ornstein, D. (2013, September 2). Mesut Özil: Arsenal sign Real Madrid midfielder for £42.4m. BBC Sport.

Rathborn, J. (2020, Ogos 13). ‘People have been trying to (ditapiskan) me’ – Mesut Ozil defends decision to reject Arsenal pay cut. Independent UK.

Verschueren, G. (2019, Jun 4). Report: Arsenal exploring Mesut Ozil sale; player insulted manager Unai Emery. Bleacher Report.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.