Punca Kejatuhan Tamadun Maya Akhirnya Diketahui!

2,815

Banyak teori telah dikaji bagi menerangkan faktor keruntuhan Tamadun Maya. Sehingga sekarang, kajian yang dilakukan bertahun-tahun tidak berjaya memberikan bukti yang muktamad untuk mengukuhkan teori-teori tersebut.

Empayar Maya yang terletak di Guatemala moden adalah sebuah pusat gempar kebudayaan yang hebat di dalam pertanian, seni tembikar, penulisan, dan matematik. Mereka mencapai puncak kekuasaan pada abad ke-6 Masihi. Namun apabila mencecah tahun 900 Masihi, mereka meninggalkan kebanyakan bandar raya mereka.

Selama beratus tahun pengkaji telah cuba meneroka secara tuntas bagaimana sebuah tamadun hebat ini boleh jatuh berserakan sebegitu pantas. Sebuah laporan di dalam Science, terbitan 3hb Ogos, akhirnya berjaya memberikan beberapa bukti yang mengesahkan teori yang paling ramai percayai di dalam menerangkan punca kejatuhan Tamadun Maya: Kemarau.

Kunci yang menyelesaikan misteri ini akhirnya terletak di Tasik Chichancanab di Semenanjung Yucatan. Berkenaan laporan itu, para penyelidik telah memeriksa isotop oksigen dan hidrogen di dalam endapan tasik tersebut, yang mana ia terletak dekat di tengah tamadun Maya lalu  menyediakan sampel yang tepat berkenaan iklim di situ.

Selain itu, Nicholas Evans, seorang pelajar penyelidikan Universiti Cambridge dan pengarang bersama artikel itu, telah menyukat komposisi isotop air yang dijumpai di dalam endapan tasik tersebut bagi mengukur secara tepatnya jumlah kadar kerpasan yang turun di penghujung Tamadun Maya.

Mengikut Washington Post, menganalisa teras endapan adalah amalan kebiasaan bagi mendapatkan maklumat mengenai masa lampau. Ahli sains berupaya untuk meneliti setiap lapisan tanah dan merekod maklumat yang terkandung di dalam tanah bagi merangka garis masa keadaan masa lampau yang tepat.

Selepas memeriksa sampel endapan itu, Evan bersama pasukan pengkajinya, menyimpulkan bahawa taburan hujan tahunan telah menurun sebanyak 41 hingga 54 peratus di kawasan yang mengelilingi tasik tersebut untuk selang masa yang lama iaitu secara kasarnya 400 ratus tahun, mengikut IFLScience.

Laporan ini juga mendedahkan bahawa kelembapan kawasan itu telah menurun sebanyak 2 hingga 7 peratus. Kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kesan yang merosakkan ke atas hasil pertanian tamadun ini.
Disebabkan kemarau tersebut berlaku dengan kerap dalam masa beberapa ratus tahun, tamadun ini pastii tidak berupaya untuk mempunyai bekalan makanan mencukupi untuk menampung kekurangan hasil pertanian lalu menyebabkan kelembapan mereka.

Walaupun artikel ini menyimpulkan beberapa persoalan yang menyelubungi Maya, beberapa persoalan besar yang belum terjawab masih kekal seperti apa yang telah membawa kepada kemarau yang dahsyat dan berpanjangan ini?

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa pembalakan yang orang Maya lakukan mungkin boleh menyebabkan keradangan kering tersebut, mengurangkan kelembapan kawasan dan menyahstabil tanah sekitar.
Evans mengatakan bahawa kemarau juga berupaya menyebabkan perubahan kepada aliran atmosfera dan pengurangan frekuensi siklon tropika.

Matthew Lachinet ialah seorang professor geosains di Universiti Nevada di Las Vegas, yang mana tidak terlibat di dalam kajian, telah memberitahu Washington Post bahawa kajian ini mempunyai impak kerana ia memberikan pengetahuan mengenai bagaimana manusia boleh mengubah iklim di sekeliling mereka.

“Manusia mengganggu iklim,” kata Lachinet. “Kita menjadikan lebih panas dan kesannya Amerika Tengah menjadi lebih kering. Apa yang akan terjadi pada kita adalah kemarau berganda. Jika kekeringan secara semulajadi serentak berlaku dengan kesan manusia, ia akan menggandakan kekuatan kemarau tersebut.”

Walaupun dengan adanya penemuan ini, masih banyak lagi perkara yang boleh dipelajari mengenai keruntuhan Tamadun Maya.

RUJUKAN:

Caroline Redmond. (14 Ogos 2018). Researchers Finally Uncover What Wiped Out The Mayan Civilization. All That Interesting.
https://allthatsinteresting.com/how-did-mayans-disappear

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.