Moving Forward As One

Punca Kejatuhan Andalusia Pada Tangan Isabela

1,601

Sebelum kedatangan Bani Umayyah, bumi Iberia dipegang Kerajaan Visigoth yang sedang menghadapi masalah besar. Kedaulatannya tidak terurus, angkara seorang bangsawan bernama Rodrigo yang melancarkan ser.angan terhadap negara sendiri.

Jauh sekali sebuah rampasan kuasa dalam istana, Rodrigo ibaratkan memimpin wilayahnya untuk berper.ang dengan wilayah lain hingga boleh menguasai negara (Collins, 2008).

Kerajaan Visigoth sebelum perpec.ahan

Rodrigo pun menjadi raja dalam sebuah politik yang sangat berpec.ah. Sibuk menangkis pembero.ntakan etnik Basque di wilayah utara, Rodrigo menerima berita buruk daripada wilayah selatan.

Musa bin Nusair telah menghantar sebuah angkatan 7,000 anggota yang dipimpin Tariq bin Ziyad, katanya dengan sokongan dalam kalangan orang-orang kanan Rodrigo sendiri. Tariq bergerak begitu pantas, mengambil banyak kota Iberia yang dipegang bangsawan Visigoth. Rodrigo mengkaji pergerakan Tariq. Dan akhirnya, mereka bertemu di wilayah Cadiz.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Angkatan Visigoth berpaling tadah dan membµnµh Rodrigo. Kerajaan Visigoth terus rµntµh, memberi laluan mudah kepada Musa yang kemudian datang dengan 18,000 anggota.

Ada sebab kenapa mereka mengkh.ianati Rodrigo. Pertama sekali, baginda dituduh telah menca.larkan mar.µah anak pembesarnya. Kemudian struktur politik Visigoth memberikan darjat ketuanan mutlak kepada bangsa Goth. Semuanya dibo.lot bangsa ini, daripada raja sampai bangsawan (Kaziewicz, 2016). Padahal populasi Goth di Iberia tidak sampai dua peratus pun.

Dalam masa tujuh tahun (711-718), Musa berjaya merangkul seluruh Iberia daripada tangan Visigoth (bagi pihak Bani Umayyah). Wilayah ini diberikan nama baru, iaitu Al-Andalus yang kemudian merdeka selepas Umayyah jatuh.

Sesungguhnya Al-Andalus mekar dengan ilmu sebagai tombak utama negara. Makanan tumbuh di atas bumi yang diberkati ini. Sutera dan emas masuk melalui pintu pelabuhan, melambangkan kekayaan empayar di mata dunia.

Intelektualisme mengatasi segalanya.

Dan pada tahun 1009, Al-Andalus mengikut jejak Rodrigo dan mula berper.ang antara satu sama lain selepas siri rampasan kuasa yang menjatuhkan Khalifah Hisham al-Hakam. Khalifah yang bersatu menjadi beberapa “negeri” (yang diperintah macam negara).

Sudahlah kaya kemudian berpec.ah pula, ibaratkan seorang yang berjalan di laluan gelap membawa wang begitu banyak. Sementara itu, umat Kristian di pesisiran wilayah Al-Andalus ini sudah lama bertahan marah. 30 tahun mereka bersabar, melihat Gereja Besar Santiago de Compostela dijar.ah angkatan al-Mansur.

Masuk saja Abad Ke-12, al-Andalus sudah lemah. Banyak wilayahnya rela membayar ufti kepada Dunia Kristian. Dan pada 16 Julai 1212, Dunia Kristian mula bangkit apabila Raja Alfonso VIII daripada Castile menewaskan Muhammad al-Nasir dalam Perte.mpµran Las Navas de Tolosa.

Alfonso hanya membawa 14,000 anggota sahaja, cukup untuk menang sekalipun al-Nasir bawa 30,000 orang. Castile terus mendominasi dalam semua peper.angan sehingga tahun 1350. Namun mereka terpaksa berhenti kerana penularan wab.ak Ma.µt Hitam (dan kemudian berlaku perpe.cahan dalaman).

Tempoh perdamaian antara Dunia Islam dan Dunia Kristian bertahan selama 150 tahun, dengan Granada sebagai satu-satunya mercu utama Al-Andalus. Granada mempunyai sumber kekayaan cukup untuk menampung populasi kian bertambahan, angkara migrasi umat Islam yang lari daripada Dunia Kristian akibat tek.anan agama (Simonis, 2003).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun seorang penulis bernama Ibnu Hudayl sudah berkata pada tahun 1400, yang Granada akan jatuh jua. Kerana kerajaan ini sudah dike.pµng: utara ada mµsµh yang sangat kuat, selatan pula ada laut yang sangat dah.syat.

Ramalan Ibnu Hudayl mula menjadi kenyataan pada tahun 1417, apabila kemangkatan Yusuf III menyebabkan persengketaan dalaman (yang hampir-hampir macam per.ang saudara). Ekonominya menguncup begitu teruk. Cukai melambung. Pasaran porselin pun banyak lari kepada Valencia yang jauh lebih stabil.

Granada masih lagi boleh bernafas kerana Castile pun menghadapi masalah yang sama. Namun masalah Castile selesai pada tahun 1469… apabila Isabella berkahwin dengan Ferdinand. Penyatuan dua merpati sejoli ini adalah satu mimpi buruk pada Granada.

Isabela daripada Castile

Kerana mereka berjaya memujuk Paus Sixtus IV untuk mengisytiharkan satu per.ang salib terhadap Granada. Pada 2 Januari 1492, Sultan Muhammad XII pun menyerahkan kota Granada dan Istana al-Hambra kepada dua merpati ini.

Di sini jelas: kejatuhan Al-Andalus tidak berlaku kerana Isabella dan Ferdinand berkahwin. Kalau mereka tidak berkiblatkan Rodrigo, barangkali Granada akan menjadi sebahagian daripada Al-Andalus yang kuat lagi gagah.

RUJUKAN:

Collins, R. (2008). Visigothic Spain, 409-711. John Wiley & Sons. Halaman 113.

Kaziewicz, J. (2016). Study and Teaching Guide: The History of the Medieval World: A curriculum guide to accompany The History of the Medieval World. Peace Hill Press. Halaman 343.

Simonis, D. (2003). Spain. Lonely Planet. Halaman 23.

Ruangan komen telah ditutup.