Terletak 3,500 km di barat pesisir pantai Chile, Pulau Easter atau nama Polynesianya, Rapa Nui menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah aneh dan pelik. Siapa sangka pulau yang terletak di atas Plat Nazca itu rupanya menyimpan kisah kultus-kultus dan amalan kani_balisme membabitkan budaya-budaya yang berbeza.

Walaupun ramai cendekiawan berselisih pandangan tentang tahun bila manusia muncul di pulau itu, naratif yang diterima ramai ialah peneroka-peneroka Polynesia tiba di Easter antara 300 hingga 1200 Masihi. Peneroka-peneroka ini mendarat di situ selepas mengembara dari Kepulauan Marquesas atau Kepulauan Gambier. Naratif ini dipilih atas alasan keturunan dan tempoh yang digunakan untuk mendirikan infrastruktur seperti kuil, jalan dan patung-patung Moai yang besar.

Mengikut teori sesetengah pakar termasuk golongan orientalis, pembinaan struktur-struktur megalitik ini mengakibatkan hampir semua sumber alam semulajadi pulau tersebut habis. Dan tidak lama selepas ketibaan peneroka-peneroka Eropah pada abad ke-18, per_ang saudara tercetus antara penduduk tempatan yang membawa kepada kekac_auan (termasuk meruntuhkan patung-patung Moai) dan kebul_uran.

Namun begitu, yang peliknya ialah cerita sebegini sama sekali berbeza dengan cerita tradisi tempatan dan artifak-artifak yang dijumpai pengkaji arkeologi. Yang pasti pada abad ke-19, ramai penduduk Pulau Easter dicu_lik oleh peneroka-peneroka Eropah untuk dijadikan buruh paksa di Peru. Mereka dipaksa bekerja di ladang-ladang komoditi seperti tebu dan getah.

Jika tidak dicu_lik, mereka berdepan satu lagi musibah yang dipanggil cacar. Penyakit ini menular dalam kalangan penduduk menerusi jangkitan yang dibawa peneroka-peneroka Eropah dan sebahagian kecil penduduk Easter yang kembali ke situ selepas melarikan diri dari Peru. Semasa tempoh inilah, populasi pulau itu merosot sebanyak 94% daripada beberapa ribu kepada beberapa ratus orang.

Kisah pulau ini mula direkodkan menerusi catatan penjelajah Belanda, Jacob Roggeveen pada 5 April 1722 atau Hari Easter pada tahun tersebut. Dalam catatannya, beliau menggambarkan penduduknya sebagai berkulit cerah, tinggi dan besar bak gergasi, telinga yang panjang, berambut merah, badan dilitupi tatu dan cat badan serta dikatakan menyembah patung-patung besar yang wujud di pulau berkenaan. Roggeveen menambah sesiapa yang membaca catatannya itu pasti tidak percaya atau menyangka dirinya sudah gila.

Dalam catatan yang sama, individu yang mempunyai telinga panjang terlibat sepenuhnya dalam aktiviti penyembahan patung-patung Moai. Mereka akan menyalakan api di hadapan patung ini, bertinggung dan secara bergilir menaikkan dan menurunkan tangan mereka sebagai tanda penyembahan. Roggeveen menambah, hanya mereka saja yang terlibat dalam upacara ini.

Sementara mubaligh Eugene Eyraud yang tiba di pulau itu pada 1864 mendapati penduduk Easter tidak bergantung kepada hasil laut seperti populasi pulau-pulau yang lain. Sebaliknya, mereka dilihat cekap menjalankan aktiviti pertanian. Eyraud turut mendapati pemerintah tempatan yang memerintah mereka mempunyai ciri genetik yang unik dan hampir sama dengan ciri fizikal orang Eropah.

Apabila beliau kembali ke Eropah, Eyraud membawa bersama beberapa artifak Pulau Easter termasuk tablet Rongorongo dan beberapa patung kayu yang dikenali sebagai moai kavakava. Moai kavakava memaparkan imej lelaki bermuka lonjong, tulang pipi yang tinggi, mata besar, berdagu panjang, telinga panjang dan mempunyai bonjolan pada bahagian tulang belakang.

Rajah 1: Patung moai kavakava

Walaupun ada usaha pihak tertentu untuk menggambarkan Pulau Easter bebas daripada aktiviti kani_balisme, hakikatnya ia wujud. Dakwaan ini turut disokong dengan penemuan pelbagai artifak dan serpihan tulang manusia serta tradisi lisan penduduk tempatan.

Pada tahun 1994, ahli arkeologi Norway Arne Skjolsvold menjalankan proses ekskavasi di Kuil Ahu Nau Nau di Anakena, Pulau Easter. Dalam salah satu parit yang digali, mereka menemui tulang yang hangus terba_kar bersama tulang-tulang haiwan mangsa di situ. Skjolsvold menyimpulkan aktiviti kani_balisme ada kaitan dengan aktiviti keagamaan yang dijalankan di kuil berkenaan.

Pada 2001 pula, pasukan penyelidik diketuai Dr Caroline Polet dari Institut Sains Semulajadi Diraja Belgium menemui rangka seorang kanak-kanak di kuil Ahu O Rongo. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan pot_ongan pada ulna rangka sekaligus menunjukkan ma_yat telah dipot_ong sebelum diba_kar dan ditanam.

Dari segi keagamaan, penduduk Pulau Easter menyembah dewa Makemake dengan gambarannya banyak ditemui pada hieroglif-hieroglif di ruangan-ruangan bawah tanah pulau tersebut. Makemake digambarkan mempunyai kepala bulat, mata besar dan ciri-ciri bak burung. Ada berpandangan Makemake langsung tiada kaitan dengan sistem kepercayaan orang Polynesia tetapi ada juga percaya ia sebenarnya gambaran seorang lagi dewa mereka iaitu Tane.

Rajah 2: Gambaran hieroglif Makemake

Persamaan mereka dapat dilihat dengan mudah memandangkan kedua-duanya merupakan pencipta dunia dan mempunyai hubungan rapat dengan kesuburan, tumbuhan dan pertanian. Tetapi tidak ramai tahu dari segi mitologi alam barzakh dan amalan pengor_banan manusia/kanak-kanak, elemen dalam mitologi Tane wujud dalam mitologi agama-agama purba dari Rom-Yunani hinggalah Mesir Purba.

Misalnya, mitologi pemisahan ibu bapanya iaitu Bonda Bumi dan Ayahanda Langit serta pemergiannya ke alam barzakh. Kisah sebegini dapat dilihat dalam dewa Rom-Yunani Saturn. Saturn merupakan pemerintah alam barzakh Rom-Yunani dan bertanggungjawab memotong alat sulit ayahandanya, Uranus (Ayahanda Langit versi Rom-Yunani) serta menakluk Gaia (Bonda Bumi versi Rom-Yunani).

Terdapat banyak lagi kisah dan mitologi yang berkongsi ciri yang hampir sama seperti makhluk Tengu di Jepun, gergasi Malta atau figura Redhorn dalam kepercayaan orang asli Amerika. Tetapi kaitan yang paling kuat ialah cerita tradisi pra-Colombia di Peru membabitkan bangsa pahlawan gergasi yang dipanggil Virarocha. Sekali pandang, kisah Virarocha hampir sama dengan kisah masyarakat di Pulau Easter.

RUJUKAN:

Carpenter, M.A. (2021). Hidden Rapa Nui: Easter Island’s Cults, Cannibals, and Cultural Connections. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.