Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme, perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai ” Bapa Pembangunan”.

Tahukah anda Tun Abdul Razak tidak membenarkan mana-mana anaknya menceburi politik kerana dia beranggapan politik merupakan jalan yang sukar? Anak sulungnya Najib sebenarnya dalam perancangan untuk menjadi seorang akauntan, sebelum Najib terpaksa memasuki kerjaya politik ekoran kematian Tun Abdul Razak ketika baru berusia 55 tahun.

1922: Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac, Serta merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.

1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di mahtab melayu kuala kangsar.

1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
.
1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln’s Inn. Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein menjadi contoh apabila menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dalam tempoh dua tahun berbanding tiga tahun kebiasaannya.

Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.

1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.

1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman. 

1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.

1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
.
Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai “Buku Merah”.

1959 (umur 37): Dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang Di Pertuan Agong Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun.

1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur iaitu selepas pilihan raya pada tahun tersebut. Beliau terpaksa mengisytiharkan Keadaan Darurat. Selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969, beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970 dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.

1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada 22 September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan “generasi kedua” ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.
.
1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara surat peribadi beliau kepada Tunku.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional” melalui kestabilan politik.

1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat acute leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di berdekatan Makam Pahlawan,berdekatan Masjid Negara

“SAYA tidak mahu pulang ke tanah air dalam keadaan terlantar sakit di atas katil. Saya hanya akan pulang apabila sudah sihat dan mampu berjalan.”

Itulah jawapan arwah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn merayunya pulang ke Malaysia susulan tersebar khabar angin Perdana Menteri sakit ketika itu.

Takdir Ilahi menentukan Abdul Razak yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, akhirnya tewas dalam pertarungannya melawan penyakit leukemia dan meninggal dunia pada pagi 14 Januari 1976.

Abdul Razak dikesan menghidap penyakit berkenaan pada 1969 tetapi merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan orang ramai termasuk isteri dan anak-anaknya. Penyakitnya itu hanya dikongsi bersama Tun Dr Ismail Abd Rahman dan doktor peribadinya, Dr McPherson. Justeru, pemergiannya pada tahun 1976 begitu mengejutkan.

AL-FATIHAH.

Artikel disumbangkan oleh Norman Dasuki Unuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sebelum ini merupakan penulis artikel berbentuk "copywriting" dalam membantu perniagaan dalam talian. Seorang yang mempunyai kelulusan kejuruteraan Elektronik tetapi amat meminati sejarah. Gemar menulis kembali artikel sejarah yang mula dilupakan. Seorang penulis yang terkesan dengan hilangnya jati diri anak bangsa yang tidak tahu menilai kehebatan bangsa dan ikhlas dalam membantu menarik minat golongan muda kembali menghayati sejarah.

Comments are closed.