Puisi Terpendek Di Dunia Oleh Muhammad Ali

792

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pada tahun 1975 di Harvard University, Muhammad Ali, seorang peninju terbaik di dunia, telah menghasilkan puisi yang paling pendek di dunia.

Semasa memberi ucapan untuk majlis graduasi, mahasiswa di sana cukup terkesima dengan ucapan Muhammad Ali berkenaan persahabatan dan perpaduan. Selepas itu, mahasiswa meminta Muhammad Ali berpuisi. Lalu, dia berpuisi,

“Me, We.”

Tiada siapa yang tahu yang dimaksudkan oleh Muhammad Ali dengan puisi tersebut. Yang menjadi persoalan terbesar pemuisi adalah apakah yang menjadi puisi itu puisi?

Adakah puisi itu seperti mesin? Seperti letupan? Seperti mimpi? Sebuah gelombang? Pemuisi selalu menggunakan metafora untuk menggambarkan definisi.

Walau apa pun definisi yang cuba diketengah berkenaan puisi, terdapat beberapa ciri yang telah membentuk puisi.

  1. Puisi menekankan kualiti bahasa muzik iaitu ritma dan irama seperti yang terdapat dalam Sonet oleh Shakespeare, Odes oleh Confucius, Kitab Veda oleh Brahma, dan al-Quran.
  2. Puisi menggunakan bahasa yang mampat dan mendalam. Ia seperti tulisan sastera yang mampu diperah oleh buku seperti air.
  3. Puisi selalu menggambarkan perasaan yang cukup mendalam seperti puisi-puisi Rumi dan Ode to an onion oleh Pablo Neruda.

Puisi adalah sebuah seni yang mempunyai disiplin yang tinggi dalam membentuk sebuah definisi yang mudah. Puisi yang berirama suatu ketika dahulu digunakan untuk mengingati kisah-kisah ataupun peristiwa-peristiwa tertentu.

Puisi tak semestinya perlu berlirik seperti yang terdapat dalam karya Apfel oleh Reinhard Dohl dan Silenco oleh Eugen Gomringer.

E.E Cummings menulis puisi mengikut pembentukan dan dinamik keadaan dunia itu sendiri seperti dia membentuk puisi seperti daun yang bergugur dari pokoknya. Ini yang menjadikan puisi seolah mengakuri seni visual.

Sekiranya sifat visual puisi agak kabur, mungkin apa yang tinggal adalah muzik. Ini menimbulkan persoalan baru, adakah lirik lagu itu sebuah puisi?

Tidak ramai yang anggap lirik muzik sebagai sebuah puisi. Tapi lirik muzik yang dihasilkan oleh seniman seperti Bob Dylan, Paul Simon dan Tupac Shakur mampu menjadi sebuah puisi tanpa kehadiran irama lagu dan muzik.

Dalam rap pula, sifat puisi sepert irama, ritma dan visualiti tak dapat dipisahkan dalam rap.

Penulisan dalam puisi yang mempunyai selang dan berhenti pada suatu tempat, membantu pembaca membaca puisi secara berirama. Tetapi apabila benda-benda itu tiada, adakah puisi itu menjadi puisi? Mungkin tidak lagi.

Puisi menggunakan permainan kata dan gambaran yang kabur dalam menghasilkan prosa dan diformatkan dalam bentuk perenggan.

Kalau kita tidak melihat puisi dalam bentuk fizikalnya, dan lebih pada konsep, kita akan dapati puisi sentiasa berada di sekeliling kita.

Garisan antara prosa, muzik, dan seni visual mempunyai garisan yang sangat nipis dan terlalu kabur.

Tapi satu perkara yang kita pasti iaitu definisi perkataan poetry itu sendiri. Ia berasal perkataan Yunani, poiesis yang bermaksud “mencipta”. Mengambil bahan-bahan mentah dunia untuk mencipta sebuah kefahaman yang baru.

Dan ia menjadi maksud apakah yang dimaksudkan oleh manusia dalam cara hanya manusia saja dapat difahami.

Kajian pernah dilakukan ke atas robot untuk menulis sebuah puisi, untuk membezakan puisi yang dihasilkan oleh manusia dan robot. Jawapannya menarik, robot tidak mampu menghasilkan puisi seperti ia mampu menghasilkan jurnal, mencipta peralatan dan melakukan proses perubatan

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.