Psikologi Jack Sparrow

0
3706
views
Captain Jack Sparrow

Gore Verbinski memperkenal kali pertama watak Jack Sparrow dalam filem ‘The Pirates of The Caribean: The Curse of The Black Pearl‘ yang akhirnya menjadi sangat popular.
Kadangkala, orang nak tonton filem itu sebab dia saja, selain daripada jalan cerita yang menarik.

Jack seorang yang pentingkan diri sendiri. Yelah, semua orang macam itu, tapi Jack ini terang-terang macam itu.

Henry Murray ada bangunkan analisis berkenaan personaliti manusia, berdasarkan keperluannya. Bagi Murray, manusia mempunyai set personaliti sejagat.
Tetapi disebabkan setiap individu berbeza, dalam set tersebut, akan ada personaliti yang melebihi personaliti-personaliti yang lain yang menyebabkan individu itu unik.

Keperluan untuk kejayaan bagi seorang Jack Sparrow adalah kuasa. Benda ini kita akan selalu nampak dengan perangai dia yang selalu acah-acah Kapten dan minta orang lain panggil dia Kapten.

Dia juga mahu dapatkan kuasa daripada ‘Fountain of Youth‘ untuk kekal abadi.

Jack juga jenis orang yang perlukan kerjasama untuk dapatkan kuasa tersebut. Mungkin lebih tepat sekutu kerana dengan musuh dia pun dia cuba nak bersekutu seperti Kapten Barbossa dan Kaptek Black Beard.

Selain daripada Sistem Keperluan Murray (Murray’s system of Needs), Jack juga dapat dianalisis melalui Lima Sifat Personaliti (Big Five Personality Traits). Lima sifat tersebut adalah ‘openness‘, ‘conscientiousness‘, ‘extraversion‘, agreeableness‘, dan ‘neuroticism‘. Aku tak jumpa perkataan bahasa Melayu yang sesuai dengan makna yang dibawa oleh perkataan Inggeris ini.

Openness adalah sifat personaliti yang menggambarkan tahap intelektual, kreativiti, dan rasa ingin tahu. Kebanyakan lanun mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi sesuai dengan minat mereka meneroka lautan.

Jack pernah dianggap Tuhan oleh sebuah perkampungan orang Asli di Amerika. Aku tak ingat sequel yang mana. Ini menunjukkan dia mempunyai sifat ‘adventurous’ yang ingin tahu tempat pelik-pelik.

Conscientiousness adalah sifat yang menggambarkan orang yang sama ada dia tersusun dan efisyen ataupun ‘careless’. Dalam kes ini, Jack orang yang tersusun dalam merancang.

Jack seorang yang licik sampaikan ramai musuh-musuh dan kawan-kawannya tak dapat nak jangka (predict) apa yang difikirkan.

Masa Jack larikan daripada kapal British, Kapten Cutler Becket sendiri tertanya-tanya sama ada Jack benar-benar merancang dengan licik atuapun ia cuma nasib baik yang berlaku ke atas dirinya.

Extraversion pula sifat lebih kurang sama ada dia introvert ataupun extrovert. Benda ini jelas, Jack seorang yang extrovert. Dia sangat diplomatik. Diplomatik Jack sangat licik dan penuh dengan manipulasi untuk mencapai matlamatnya.
Kalau Jack tidak extrovert, Jack tak mampu lakukan benda ini semua.

Agreeableness pula menggambarkan sama ada individu itu mudah berkawan ataupun tidak. Dalam kes ini dah dijelaskan, Jack lebih mudah mengambil jalan aman dan berbincang berbanding keganasan, walaupun dia handal berpedang.

Tapi hampir semua orang susah nak percayakan Jack sampaikan Elizabeth dan Will pernah bergelut nak faham di pihak mana Jack sebenarnya.
Jack pernah mengaku dia bukan seorang yang jujur walaupun kadangkala dia rela menyelamatkan rakan-rakannya.

Neuroticism pula tahap kestabilan emosi. Jack selalu tunjuk rasa takut dan gerun. Maksudnya dia tak mampu untuk mengawal perasaan itu. Tapi boleh jadi itu sekadar permainannya.

Ingat tak masa sequel ketiga, John berada di Loker Davy Jones. Di sebuah padang pasir yang tandus. Kemudian, kita akan tonton ramai versi Jack yang sedang mengemudi kapal. Sebenarnya Jack-Jack ini menggambarkan kumpulan personaliti Jack di bawah sedar yang dibawa oleh Carl Jung.

Carl Jung kata, manusia mempunyai tiga dunia kesedaran. Satu kesedaran dan dua lagi adalah dunia bawah sedar. Di dunia bawah sedar ini terdapat kumpulan personaliti-personaliti kecil yang kita sukar nak sedar kita ada personaliti begitu.

Jack-Jack kecil pernah muncul dalam filem yang menggambarkan ia merupakan personaliti-personaliti bawah sedar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.