Psikologi Di Sebalik Pembelian Panik

652

Setiap kali kita melihat gambar orang berpusu-pusu membuat pembelian sebagai persediaan menghadapi Covid-19, ada satu item yang sentiasa menjadi keutamaan: tisu tandas! Tak kira sama ada di US hinggalah Malaysia, tak sah kalau benda ini tak dibeli.

Jadi, apa perkara yang mendorong orang membeli tisu tandas dan barang-barang keperluan lain? Jawapannya terletak pada teori permainan (game theory). Bila orang beli apa yang mereka perlukan, tidak akan ada kekurangan barangan.

Tetapi bila pembelian panik dilakukan, strategi optimum ialah mengikut sahaja apa yang dilakukan orang agar kita boleh mendapat barang yang kita sasarkan.

Penulis buku The Psychology of Pandemics, Steven Taylor melihat tisu tandas yang kerap muncul di imej media perdana atau media sosial sebagai unik dan dianggap simbol keselamatan sosial.

Profesor psikiatri dari Universiti British Columbia itu melihat ia merupakan sebahagian daripada usaha menjaga keselamatan keluarga dan diri sendiri selamat dari jangkitan.

Tetapi dorongan membeli tisu tandas ini turut didorong oleh kecenderungan manusia itu sendiri mengelak dari benda yang dibencinya seperti jangkitan. Justeru menurut Taylor, tisu tandas dianggap satu cara membuang sebarang risiko jangkitan kuman.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pembelian tisu tandas ini juga turut memantulkan usaha membuang risiko dengan cara murah dan senang berbanding menyingkirkan risiko dengan kos yang lebih mahal. Pakar ekonomi menggelar kecenderungan ini sebagai bias risiko sifar (zero risk bias).

Pakar ekonomi kesihatan dari University of East Anglia, Farasat Bokhari menyifatkan kecenderungan ini berlaku berikutan sifat manusia yang berhadapan dengan kekangan kewangan tetapi masih mahu mengekalkan unsur kawalan.

Justeru, ini mendorong manusia membeli sesuatu yang murah, boleh disimpan dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

RUJUKAN:

AFP. (2020). On a roll: The psychology behind toilet paper panic. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2020/03/17/on-a-roll-the-psychology-behind-toilet-paper-panic/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.