Kita semua maklum situasi protes ganas yang sedang membadai Amerika Syarikat sebagai respon kepada pembvnvhan George Floyd di tangan seorang polis bernama Derek Chauvin beberapa hari lepas. Tetapi ramai menyatakan kebimbangan angkara protes yang sama juga bakal menghasilkan gelombang kedua Covid-19 di Amerika Syarikat.

Floyd, 46, m4ti selepas ditahan empat orang polis di Minneapolis pada Isnin lepas. Insiden itu mendedahkan kekejaman polis terhadap kelompok minoriti AS terutama kelompok kulit hitam sekaligus menjadi minyak yang memanaskan api kemarahan dan protes di seluruh negara.

Berdasarkan angka terkini yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, angka jangkitan Covid-19 AS kini menghampiri 1.8 juta kes dan 104,000 orang menemui ajal akibat pandemik ini. Dengan AS tidak mengamalkan penjagaan kesihatan sejagat seperti negara-negara lain, ia mendedahkan ramai orang termasuk kelompok minoriti yang tinggal di kawasan bandar padat dalam bahaya.

Imej penunjuk perasaan yang bersesak-sesak dan tidak menjarakkan diri walaupun memakai topeng mencemaskan pemimpin-pemimpin komuniti dan politik setempat. Imej sebegini dilihat dari New York hinggalah Los Angeles, satu situasi yang menambah kesukaran kerajaan-kerajaan negeri menangani pandemik Covid-19.

Ini mendorong ramai merayu agar mereka kekal di rumah atau mengadakan protes dengan mengikut garis panduan penjarakan sosial. Bagi Datuk Bandar Washington DC, Muriel Bowser, protes sebegini boleh menyebabkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 di ibu negara AS itu.

Bowser berkata, “Saya merasa amat bimbang tentang ini lalu saya menggesa semua orang mempertimbang pendedahan mereka, sekiranya mereka perlu mengasingkan diri daripada keluarga bila pulang dan jika mereka perlu menjalani ujian kerana kita sudah berusaha keras mengekang penularan virus ini.”

Kebimbangan Bowser turut dikongsi oleh Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance-Bottoms dan Gabenor Maryland, Larry Hogan. Bagi Lance-Bottoms, berikutan terlalu fokus terhadap protes yang melanda bandarayanya itu, beliau langsung tidak fokus kepada jumlah kes Covid-19 yang direkodkan di situ.

Dan itu amat menakutkannya kerana dengan protes sebegini, peluang pembentukan kluster baru Covid-19 juga semakin bertambah dan kesan tersebut dijangka akan dapat dilihat dalam tempoh beberapa minggu. Berdasarkan keterangan jabatan kesihatan Georgia, bilangan kes Covid-19 membabitkan komuniti Afrika-Amerika lebih tinggi berbanding etnik-etnik kaum lain.

Siapa sangka dengan melibatkan diri dalam protes membantah ketidakadilan yang melanda mereka, protes ini berpotensi menjadi kluster baru Covid-19 sekaligus mencetuskan gelombang kedua pandemik terhadap AS. Situasi ini sudah pasti menambah pening kepala Presiden Donald Trump yang bergelut menangani gelombang pertama Covid-19 AS.

RUJUKAN:

Luscombe, Richard. (2020). Fears grow of US coronavirus surge from George Floyd protests. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2020/may/31/fears-grow-of-surge-in-us-coronavirus-cases-from-george-floyd-protests


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.