Ketika ini, negara paling teruk dibadai wabak Covid-19 ialah Amerika Syarikat dengan 792,913 kes dan 42,517 kem4tian. Di sebalik statistik menggerunkan yang memaksa negara Uncle Sam melaksanakan perintah berkurung dengan harapan dapat melandaikan bilangan kes wabak berkenaan, ia ditolak sama sekali sebilangan penduduk yang melihatnya sebagai ancaman kepada mata pencarian mereka.

Dan ini mendorong sesetengah daripada mereka memberontak dan mengadakan protes di beberapa negeri. Misalnya di Michigan, lebih 3,000 penunjuk perasaan dengan sebilangan daripada mereka bers3njata membuat bantahan di ibu negeri Michigan, Lansing. Mesejnya mudah: kami mahu kembali bekerja dan benarkan kami mengekspresikan hak kami.

Rajah 1: Protes anti-perintah berkurung di Michigan. Sumber: https://www.rollingstone.com/politics/politics-features/trump-tweets-liberate-michigan-minnesota-virginia-986035/

Di Kentucky, North Carolina, lebih 100 orang berhimpun dan menyuarakan mesej sama: kami mahu bekerja. Demonstrasi sama turut berlaku di Ohio dan Virginia dengan puluhan penunjuk perasaan menggesa Gabenor Virginia, Ralph Northam menghentikan perintah berkurung di negeri itu. Northam melanjutkan perintah berkurung sehingga 8 Mei ini sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di Virginia.

Tatkala negeri-negeri AS bertungkus-lumus menyelamatkan ramai nyawa dengan melaksanakan perintah berkurung, LEMBU-LEMBU ini diberi galakan untuk terus memberontak terima kasih kepada Presiden AS sendiri, Donald ‘Berus’ Trump. Pada Sabtu, Trump menyiarkan beberapa ciapan berunsur hasutan yang menggalakkan penunjuk perasaan untuk terus berhimpun dan menekan gabenor dari tiga negeri mereka untuk menghentikan perintah berkurung.

Rajah 2: Protes anti-perintah berkurung di Harrisburg, Pennsylvania pada 20 April. Sumber: https://www.theguardian.com/us-news/2020/apr/20/us-protests-lockdown-coronavirus-cases-surge-warning

Sikap Trump yang berterusan mengapi-apikan sentimen partisan walaupun semasa musibah Covid-19 membadai negara itu dilihat mengulangi kesilapan sama semasa tempoh awal penularan Covid-19. Beliau sebenarnya diberi banyak peluang untuk mengekang penularan Covid-19 semasa ia berada di fasa awal tetapi gagal.

Dan kini, terima kasih kepada kecenderungannya untuk meraih sokongan politik, lebih ramai keluar berhimpun di sebalik rayuan gabenor negeri masing-masing dan pakar-pakar kesihatan untuk duduk diam di rumah dan mengekalkan penjarakan sosial. Kononnya, nak pertahankan hak masing-masing. Kononnya, ini merupakan satu cara menindas hak orang ramai.

Rajah 2: Protes anti-perintah berkurung di Harrisburg, Pennsylvania pada 20 April. Sumber: https://www.theguardian.com/us-news/2020/apr/20/us-protests-lockdown-coronavirus-cases-surge-warning
Rajah 3: 2,000 penunjuk perasaan mengadakan protes anti-perintah berkurung di Seattle, Washington yang turut disertai tiga perwakilan Republican. Sumber: https://www.seattletimes.com/seattle-news/politics/demonstrators-rally-in-olympia-against-washingtons-coron

Terima kasih kepada kebodohan pentadbiran Trump dan sebilangan rakyatnya yang lebih mementingkan soal hak berbanding kesihatan diri dan orang lain, seorang pakar epidemiologi dari Sekolah Kesihatan Awam TH Chan Harvard menjangkakan akan muncul kluster-kluster baru Covid-19 dari perhimpunan-perhimpunan ini.

Eric Feigl-Ding yang juga seorang saintis kesihatan awam menulis di Twitter, “2,500 orang berhimpun dalam perhimpunan anti-perintah berkurung di Olympia, Washington.

“Saya menjangkakan akan ada pertambahan kes-kes baru (inkubasi selama 5-7 hari sebelum simptom muncul sekiranya ada dan penyebaran tersebar kepada kontak sepanjang tempoh berkenaan termasuk dalam kalangan individu yang tidak menunjukkan simptom) dalam tempoh dua hingga empat minggu.”

Tatkala kelompok-kelompok ini cuba menunjukkan mereka merupakan kelompok majoriti, hakikatnya mereka hanyalah suara minoriti. Berdasarkan satu kajian selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Pew, 66% responden memberitahu mereka bimbang tentang gelombang kedua Covid-19 sekiranya penjarakan sosial yang dibuat dihentikan terlalu awal.

Satu kaji selidik lain yang dijalankan oleh Gallup pula mendedahkan majoriti responden lebih bimbang dijangkiti Covid-19 berbanding risau berhadapan dengan situasi masalah kewangan berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan.

Justeru, ini membuka pintu kepada soalan lain: apa yang perlu dilakukan bagi sesebuah negara untuk melonggarkan perintah berkurung dan meneruskan usaha membasmi Covid-19? Jawapannya ialah saringan dan pengujian Covid-19 berskala besar yang giat dijalankan di banyak negara dari Korea Selatan hingga China.

Jika Trump beria-ia mahu memulihkan semula ekonomi AS yang teruk dibadai Covid-19, itulah kuncinya. Masalahnya, dakwaan Trump bahawa AS melaksanakan pengujian Covid-19 terbesar di dunia bersifat indah khabar dari rupa. Menurut data yang disediakan Covid Tracking Project, AS hanya melakukan 150,000 ujian Covid-19 sehari sehingga minggu lepas.

Berdasarkan pengiraan penyelidik-penyelidik Universiti Harvard, AS boleh membuka ekonomi mereka pada pertengahan Mei ini dengan syarat pengujian Covid-19 mestilah mencecah antara 500,000 hingga 700,000 ujian sehari. Tetapi mereka menjangkakan jutaan lagi ujian perlu dilakukan untuk mencapai matlamat berkenaan.

Oleh sebab itulah, ia membawa kembali kepada perintah berkurung dan penjarakan sosial yang kini menjadi kaedah terbaik melandaikan dan mengekang penularan Covid-19. Ahli statistik dari Universiti Florida, Natalie Dean menyifatkan penjarakan sosial ialah satu peluang kepada pakar kesihatan membina kapasiti pengujian yang berkesan kepada kesihatan awam.

Tambahnya lagi, “Sekiranya kita tidak memanfaatkan tempoh itu untuk meningkatkan lagi kadar pengujian Covid-19 ke tahap yang kita perlukan sekarang… kita tidak akan mempunyai strategi keluar dari krisis ini. Dan kemudiannya apabila kita menarik balik perintah berkenaan, kita tidak akan bersedia berbanding sebelum ini.”

RUJUKAN:

Gabbat, Adam. (2020). US anti-lockdown rallies could cause surge in Covid-19 cases, experts warn. The Guardian. https://www.theguardian.com/us-news/2020/apr/20/us-protests-lockdown-coronavirus-cases-surge-warning

Smith, David. (2020). Trump calls protesters against stay-at-home orders ‘very responsible’. The Guardian. https://www.theguardian.com/us-news/2020/apr/17/trump-liberate-tweets-coronavirus-stay-at-home-orders

Beggin, Riley. (2020). Protests against stay-at-home orders are spreading despite most Americans’ fear of reopening. Vox. https://www.vox.com/coronavirus-covid19/2020/4/19/21226922/coronavirus-stay-home-protests-texas-maryland-indiana-utah-new-hampshire


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.