Pembangunan ekonomi Dunia Islam telah mengubah landskap politik angkasa. Pada hari ini, banyak negara Islam yang mempunyai agensi angkasa.

Emiriyah Arab Bersatu misalnya pernah mencadangkan sebuah agensi angkasa rantau dibawah panji Dunia Arab. Hasrat UAE sebenarnya bermiripkan Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang disertai Kesatuan Eropah EU).

Tetapi Dunia Arab tidak sama seperti EU. Dalam Dunia Arab sendiri ada persengketaan. Yaman sedang berkonflik dengan Arab Saudi, yang memboikot Qatar. Iraq pula terburai kerana peperangan. Libya terbelah selepas dua peperangan saudara.

Jadi UAE pun menggunakan keupayaan sendiri, siap menyediakan program ke Marikh pun.

Maka ini menunjukkan bahawa perlumbaan angkasa sudah bukan lagi dominasi bukan Islam. Ramai dalam kalangan umat Islam pun telah menjadi sebahagian daripada perlumbaan ini.

Putera Sultan bin Salman ialah orang Islam pertama yang keluar dari Bumi, diikuti Muhammed Faris dari Syria. Musa Manarov pula mewakili warga Azerbaijan pertama di angkasa.

Dan Anousheh Ansari merupakan wanita Islam pertama. Dan tidak lupa juga, Sheikh Muszaphar Shukor yang mewakili Malaysia ke angkasa.

Ini semua angkasawan Islam yang semestinya bergantung pada syariat halal. Dan mereka bukan umat Islam terakhir untuk menjejaki angkasa.

Jadi industri halal perlu berkembang untuk merangkumi aspek angkasa juga…… dan sebenarnya, industri halal telah merangkumi keperluan angksawan.

Kerana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berkelengkapan dengan makanan bertin yang halal.

Hazza Al Mansouri ialah warga UAE pertama yang menjejaki angkasa. Beliau dibekalkan dengan menu khas (Serkal, 2019).

Balaleet ialah hidangan seperti bihun yang dimasakkan dengan telur dadar dan bawang, biasanya dimakan sebagai sarapan.

Madrooba pula ialah ikan kering berempah yang dimasak dengan tepung. Manakala saloona ialah stew ikan atau daging lembu atau kambing yang ditanak dengan sayur berempah, boleh dimakan dengan nasi.

Ini bukan sekadar bekalan. Setiap makanan ini perlu dibungkus secara saintifik. Amanah ini diberikan kepada Makmal Makanan Angkasa JSC di Rusia.

Pasukan yang terlibat ialah Glavkosmos (Rusia) dan Institut Masalah Biologi Perubatan (IBMP) daripada Akademi Sains Rusia.

Para saintis di situ perlu memastikan makanan ini terlindung daripada sebarang pencemaran atau pembawa bahaya di angkasa kelak.

Jadi mereka membungkuskan balaleet dan saloona dalam tin. Manakala madrooba dibungkuskan dalam tiub seperti ubat gigi.

Madrooba boleh dimakan sebaik sahaja pembungkusnya dibuka. Jadi selagi tidak dibuka, makanan itu halal dan selamat daripada 12 hingga 24 bulan (Lim, 2019).

Tetapi pihak terlibat enggan menceritakan tentang proses teknologi dan pensijilan halal.

Walau bagaimanapun, setiap produk digunakan ialah semulajadi tanpa pewarna dan pengawet. Semuanya dikira secara kalori untuk melengkapkan keperluan seorang angkasawan semasa berkhidmat di dalam stesen.

Ini mengubahkan segala-galanya. Kerana sebelum ini, ISS tidak mampu menyediakan keperluan makanan halal atau kosher. Angkasawan Yahudi tidak dapat menepati keperluan semasa perayaan Passover, ibaratkan hidup dalam darurat semata-mata (Lewin, 2017).

Tetapi dengan penglibatan UAE, industri halal ibaratkan telah mengharungi revolusi untuk memastikan tiada angkasawan perlu mengorbankan akidah dan agama Islam demi aspirasi saintifik.

Jelas sekali sains telah mengembangkan peranan halal, yang dalam tempoh 100 tahun semestinya diluaskan lagi. Apabila Bulan dan Marikh boleh menempatkan manusia, tentu sekali makanan halal perlu disediakan untuk membekalkan keperluan angkasawan-angkasawan Islam di dunia lain ini.

Ketika itu Islam tidak akan menjadi sebuah agama Bumi semata-mata.

RUJUKAN:

Lewin, S. (2017, April 18). Can You Keep Kosher or Halal in Space? Space.

Lim, G.Y. (2019, Ogos 28). Space taste: Lab reveals how it created first halal menu for UAE astronaut. Food Navigator.

Serkal, M. (2019, Julai 7). First Emirati astronaut gets personalised halal menu in space. Gulf News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.