Promosikan Kedah Sebagai Salah Satu Daripada Capital Empayar Melayu Srivijaya

0
1135
views

Dalam Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11 Masihi) yang di­tulis dalam bahasa Sanskrit, peme­rintah Srivijaya pada mulanya di­sebut sebagai “Śriviṣayādhipatinā Kaṭah-ādhipatyam ātavantā” da­lam bahasa Sanskrit yang bermaksud “Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah”.

Baginda juga telah diberi gelaran “Kaṭah-ādhipates” yang bermaksud “Pemerintah Kedah”. Pada bahagian bahasa Tamil pula, Raja Suvarnabhumi disebut sebagai “Kiḍāratta-araiyan” ataupun “Kaḍāratta-araiyan”, masing-ma­sing bermaksud Raja Kidara dan Raja Kadara, kedua-duanya membawa makna Raja Kedah.

Jika kita perasan, kaitan gelaran pemerintah Srivijaya dengan lokasi Kedah adalah unik dan ini adalah bukti paling jelas dan muktamad. Manakala lokasi pemerintahan lain diambil berdasarkan catatan pengembara China dan sumber-sumber analisis sejarahwan. Tapi kes Kedah adalah unik kerana nama Kedah disatukan dengan gelaran berprestij pemerintah Srivijaya atau maharaja Srivijaya, dinyatakan dengan jelas dalam satu prasasti.

Tuan-tuan nampak tak apa yang tersurat dan tersirat dari sini?

Kita tahu sifat Kedatuan Srivijaya yang beberapa kali memindahkan ibukotanya di sepanjang kewujudannya lebih 6 abad. Sejarah telah pun membuktikan Kedah pernah menjadi wilayah penting dalam empayar maritim ini. Jadi apa tunggu lagi, mana dia persatuan sejarah, muzium dan pihak-pihak berautoriti yang berkaitan? Tolong fokuskan benda ni sebab jika mengerti dan faham betul-betul, Kedah boleh dipromosikan sebagai salah satu ‘landmark’ penting jika hendak membicarakan tentang sejarah Srivijaya. Tetapi ada tak benda ni kita highlight-kan sebelum ni? Jarang atau langsung tiada kan?

Waqaf Saham

Kalau kita tengok dalam website-website Thailand pun diorang dah lama promosikan Segenting Kra sebagai salah satu kawasan bersejarah era Srivijaya. Mereka klasifikasikan seni rupa, ukiran dan senibina gaya Srivijaya dan bangunkan tarian yang dinamakan ‘Rabam Srivichai’. Rileks je. Takde pun takut dengan ‘senjata paling mengerikan’ yakni ‘dituduh klaim’. Ada bukti, ada sejarah jalan terus.

Kalau tak tahu, jadikan Thailand sebagai contoh. Bagaimana mereka promosikan wilayah Suratthani sampai Patani. Srivijaya ni nama besar. Tentulah Thailand takkan lepaskan peluang yang ada selagi ada bukti sejarah depan mata. Kita yang dah ada “Tamadun Paling Tertua di Asia Tenggara” pun masih tercangak-bangak lagi. Meeting karipap dah berapa juta kali dah. Tapi apa pun tak boleh.

Jadi sekarang, semua persatuan sejarah, muzium dan sewaktu dengannya especially di Kedah sendiri kena bertindak sekarang. Move! Kalau dah buta sejarah sejak kecil dan takde ubat dia pun tak mengapa, tapi sekurang-kurangnya benda ni boleh buat duit, boleh bangunkan ekonomi rakyat Kedah.

Benda ni lombong emas dan durian runtuh pada industri pelancongan kalau pihak-pihak yang berkaitan mengerti. Tapi kalau buta sejarah dan taktau meniaga memang epik fail abadi.

~Srikandi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here