Primat adalah nama bagi mamalia berbulu, mempunyai tangan pelbagai fungsi, dan berkaki dua yang dikategorikan dalam keluarga besar Primate. Primat berkembang sekitar 85 – 55 juta tahun lalu, bermula dari mamalia darat yang kecil, beradaptasi dan hidup bergantung terhadap pohon-pohon tropika.

Adaptasi ini mengembangkan ciri-ciri primat ini di mana wujudnya ciri otak yang besar, penglihatan jelas, penglihatan berwarna, dan tangan yang pelbagai fungsi. Primat juga adalah haiwan yang paling bersosial dari haiwan lain di mana ia membentuk kumpulan sosial yang biasanya terdiri dari alpha-male (ketua) dan beberapa individu betina lain sebagai cara untuk penerusan hidup sesama spesis.

Purata saiz tubuh primat bergantung kepada spesis primat tersebut. Bermula dari Madame Berthe’s mouse lemur yang mempunyai berat 30g kepada Eastern gorilla dengan berat sebanyak 200kg dan ke atas. Terdapat sekitar 448 spesis dalam keluarga primat ini dan penemuan spesis primat baru masih diteruskan: sebanyak 25 spesis dicatatkan pada 2000-an dan 11 spesis ditemui sejak 2010.

Primat berpecah kepada 4 kumpulan iaitu Strepsirhini (kumpulan Lemur dan Tarsier yang tinggal di Madagascar), mawas (termasuk manusia), Monyet Dunia Baru (New World Primates), dan Monyet Dunia Lama (Old World Primates).

Gambar 1: Lemur, spesis primat dari kumpulan Strepsirhini.

Strepsirhini adalah salah satu kumpulan dari keluarga Primate, terdiri daripada spesis lemur dari Madagascar, galagos dari Africa, dan loris dari India dan Asia Tenggara. Kumpulan ini berevolusi dari kumpulan primat yang telah pupus iaitu Adapiforms, berkembang pada fasa Eocene di mana kumpulan Strepsirhini bermigrasi di Eropah, Amerika Utara, dan Asia. Strepsirhini dikatakan monyet ‘primitif’ kerana melalui kajian bidang taxanomi (pengkelasan haiwan), ia mengembang hingga melahirkan kumpulan monyet dan mawas.

Gambar 2: Mawas

Mawas atau Hominoidea adalah cabang dari kumpulan Monyet Dunia Lama yang tinggal di Afrika dan Asia Tenggara. Mawas dikelaskan keluar dari kumpulan Monyet Dunia Lama kerana kumpulan ini mempunyai bertubuh besar dan mempunyai kelebihan dalam kelincahan dan fleksibiliti memanjat pokok beranting.

Ada dua keluarga kecil dari Hominoidea iaitu: Hylobatidae, keluarga gibbon dan siamang yang bertubuh kecil dan ringan serta mempunyai kumpulan sosial yang kecil. Dan keluarga kedua adalah Hominidae, keluarga gorilla, orang utan, chimpanzee, dan manusia. Manusia dalam bidang taxanomi adalah sebahagian dari kumpulan mawas tapi berasingan membentuk spesis baharu seperti primat lain.

Gambar 3: Monyet Pgymy Marmoset, monyet Dunia Baru dari hutan hujan Amazon.

Monyet Dunia Baru atau nama saintifiknya menurut kajian taxanomy , Platyrrhini adalah monyet yang tinggal di Amerika Tengah dan Selatan. Maksud nama Platyrrhini adalah hidung yang leper dan lubang hidung terletak bersebelahan. Ada lima keluarga termasuk dalam kumpulan ini: Callitrichidae, Cebidae, Aotidae, Pitheciidae, dan Atelidae.

Monyet Dunia Lama atau kumpulan Catarrhini adalah monyet yang tinggal di Afrika dan Asia. Mereka berhidung mancung dan lubang hidungnya berhadapan berbeza dengan Monyet Dunia Baru. Kumpulan primat ini adalah yang terbesar dengan rekod penemuan sebanyak 138 spesis.

Yang kita panggil babun dan monyet inilah termasuk dalam kumpulan Catarrhini ini. Namun monyet yang kita sentiasa lihat mereka melintas di jalan raya dipanggil sebagai macaques (sebut ma-qaq). Nama ini biasanya ahli zoologi panggilkan monyet tersebut.

Gambar 4: Monyet Rhesus. Spesis macaque yang biasa kita lihat di hutan hujan Malaysia.

Apa yang membezakan Monyet Dunia Baru dan Lama ini adalah, selain mempunyai kawasan habitat yang berbeza, ekor adalah sebahagian tubuh yang mampu membezakannya. Monyet Dunia Lama mempunyai Ekor Prehensile (prehensile tails) iaitu ekor yang berfungsi sebagai ‘tangan’ tambahan seperti menarik ranting namun fungsi ekor ini tiada dalam kumpulan Monyet Dunia Baru.

Mengikut sejarah perkembangan monyet, sekitar 55 juta tahun dahulu, moyang monyet berkembang dan berpecah kepada 2 kumpulan monyet di benua gabungan Afrika dan Amerika Selatan ini. 50 juta tahun kemudian, benua ini berpecah dua dan sekaligus monyet Platyrrhini dan Catarrhini menetap di habitat mereka tinggal sehingga kini.

Mengapa nama Dunia Baru dan Lama diambil? Dan dari mana asalnya nama ini? Jawapannya mudah saja. Di Zaman Penjelajahan oleh negara Eropah, benua Amerika digelar sebagai New World yang begitu asing bagi mereka. Maka para ahli biologi terutamanya biogeografi bersepakat untuk mengambil nama ini sebagai nama umum kepada monyet di Amerika Selatan dan menggelar monyet di Afrika dan Asia sebagai Monyet Dunia Lama.

Gambar 5: Taburan Monyet Dunia Baru dan Lama di seluruh dunia.

Kini, International Union for Conservation of Nature (IUCN), organisasi antarabangsa yang mengurus konservasi alam dan penggunaan sumber alam menyenaraikan lebih dari 3 spesis primate sebagai spesis diancam kritikal (critically endangered) atau terdedah (vulnerable). Sekitar 60% spesis primat diancam kepupusan, termasuk 87% spesis di Madagascar, 73% di Asia, 37% di Africa, dan 36% di Amerika Tengah dan Selatan. Tambahan lagi, populasi primat semakin berkurang sebanyak 75%.

Ancaman terbesar yang menyumbang kepada pengurangan spesis dan populasi primat adalah pemusnahan hutan tropika. Selain pemusnahan hutan tropika, pemburuan primat besar-besaran untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan, ubat-ubatan, dan makanan juga menyumbang kepada pengurangan populasi primat ini. Di Indonesia, kawasan hutan rendah telah ‘dibersihan’ untuk meningkatkan pengeluaran minyak sawit dan analisis dari satelit mengesahkan bahawa dari 1998 hingga 1999 seramai 1,000 ekor orang utan Sumatra telah mati.

Di Madagascar, negara yang menjadi rumah kepada 5 spesis endemik (spesis yang hanya wujud di habitat tertentu) primate mengalami kepupusan besar-besaran di mana sejak penempatan manusia bermula 1,500 tahun lalu, 15 spesis primat telah pupus akibat pemburuan dan pemusnahan habitat. Antara primat tersebut adalah Archaeoindris, spesis lemur yang lebih besar dari gorilla.

Gambar 6: Lemur Archaeoindris. Lemur terbesar yang telah pupus pada 350 SM.

Di Asia, pemburuan primat dilakukan untuk menjadikannya sebagai makanan dan menghasilkan ubat-ubatan dari organ primat. Kebanyakan pengamal ajaran agama membenarkan pemakanan daging primat walaupun agama seperti Buddhism, Kristian, dan Islam melarang pemakanan tersebut. Pemburuan primat semakin rancak seiring permintaan tinggi terhadap perdagangan haiwan belaan dan ubat-ubatan. Rhesus Macaque menjadi mangsa kepada pemburuan ini sehingga harus dilindungi selepas pemburuan besar-besaran pada 1960-an.

Manakala di Amerika Tengah dan Selatan, pemburuan dan pemetaan hutan (forest fragmentation) menjadi sebab utama terhadap penerusan hidup primat. Hutan di Amerika Tengah dibahagikan sehingga keluasan hutan tropika mengecil dan membenarkan aktiviti pertanian serta pembangunan tempat tinggal. Pada saat ini, populasi primat masih diancam hebat oleh aktiviti manusia yang pentingkan kemajuan tamadun. Namun di sebalik ancaman ini, masih ada insan berhati mulia yang sanggup memulihara primat-primat ini agar spesis mereka masih dapat diteruskan hidup beradaptasi di tahun-tahun mendatang.

RUJUKAN:

Cartmill, M. (2010). “Primate Classification and Diversity”. In Platt, M.; Ghazanfar, A (eds.). Primate Neuroethology. Oxford University Press.

Estrada, Alejandro; Garber, Paul A.; Rylands, Anthony B.; Roos, Christian; Fernandez-Duque, Eduardo; Fiore, Anthony Di; Nekaris, K. Anne-Isola; Nijman, Vincent; Heymann, Eckhard W. (2017-01-01). “Impending extinction crisis of the world’s primates: Why primates matter”. Science Advances. 3 (1)

Groves, C.P. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (eds.). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (3rd ed.). Baltimore: Johns Hopkins University Press. pp. 111–184.

Hartwig, W. (2011). “Chapter 3: Primate evolution”. In Campbell, C. J.; Fuentes, A.; MacKinnon,

K. C.; Bearder, S. K.; Stumpf, R. M (eds.). Primates in Perspective (2nd ed.). Oxford University Press.

McKenna, M. C. & Bell, S. K. (1997). Classification of Mammals Above the Species Level. New York: Columbia University Press. p. 329.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.