Presiden Harvard Islam Pertama

1,411

Pra-tempah hanya di Shopee

Amerika Syarikat mempunyai lapan universiti penyelidikan swasta yang sangat masyhur di seluruh dunia. Mereka terdiri daripada Brown, Columbia, Cornell, Dartmouth, Harvard, Pennsylvania, Princeton dan Yale – semuanya sebahagian daripada Ivy League (ataupun the Ancient Eight).

Dan mereka terkenal dengan jasa akademik. Walaupun swasta, Ivy League memilih golongan tertentu sahaja sekali gus menyebabkan seakan-akan sifat elitisme (Vedder, 2020).

Universiti Harvard terletak di Cambridge, Massachusetts yang ditubuhkan pada tahun 1636 sebelum Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaan lagi.

Asalnya Harvard mendidik golongan pendakwah mazhab Congregational atau Unitarian.

Bermula abad ke-18, kurikulumnya sudah tidak lagi bersangkut paut dengan agama. Dan 100 tahun kemudian, Harvard sudah menjadi sebahagian daripada universiti disegani.

Pada tahun 1817, Harvard menubuhkan institusi pendidikan untuk undang-undang iaitu Harvard Law School (HLS). Hari ini HLS merupakan universiti undang-undang tertua dan terkemuka (Badenhausen, 2011).

HLS telah menghasilkan alumni-alumni sangat hebat seperti Rutherford B. Hayes dan Barack Obama – kedua-duanya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Tidak lupa juga Michelle Obama, yang merupakan graduan HLS. Michael Dukakis, Mitt Romney dan Tim Kaine yang tidak memenangi pilihan raya juga bergraduan HLS.

Senang kata, HLS memang antara tempat pengajian idaman ramai. Pelajar di sini mempunyai sebuah kumpulan bebas yang boleh menerbitkan ulasan undang-undang mereka dalam sebuah penerbitan bernama Harvard Law Review.

Setiap tahun, lapan ulasan diterbitkan secara konsisten sejak tahun 1887. Dan Harvard Law Review memilih seorang pelajar sebagai ketua, iaitu jawatan Presiden.

Semasa belajar, Obama merupakan warga Afrika-Amerika pertama yang menjadi Presiden Harvard Law Review.

Menyambut Presiden Baharu

Pada 20 Januari 2021, dunia menyaksikan Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Joe Biden memenangi jawatan ini melalui sebuah pilihan raya yang panas. 20 hari kemudian, Harvard Law Review pula menerima presiden yang baharu.

Cuma mereka memilih seorang Islam yang berbangsa Arab Mesir kelahiran Los Angeles, California. Hassaan Shahawy ialah Islam pertama yang menjadi presiden dalam sejarah 134 tahun, jelas sekali pencapaian amat memberangsangkan.

Beliau dikatakan seseorang sangat pintar tetapi bersifat sangat rendah diri hingga mampu menjadi ketua yang sangat berkomited dari segi pertimbangan.

Pintar dari segi pendidikan, Shahawy aktif melibatkan diri dengan populasi pelarian dan golongan band.µan.

Dan beliau sebenarnya dipilih melalui proses undian, sekali gus menunjukkan bahawa dunia intelektual sekarang ini sangat subur untuk menerima seorang Islam.

Jelas sekali Shahawy ialah seorang minoriti di Amerika Syarikat. Seorang minoriti yang terlibat dalam bidang undang-undang ialah permata keadilan.

Untuk pengetahuan semua, bidangkuasa undang-undang Amerika Syarikat masih mengamalkan dasar perk.auman.

Contohnya, tah.anan Islam terpaksa pilih makan babi atau makanan basi (Sands, 2020). Tetapi peserta rµsµhan pro-Trump boleh pula dihidang makanan organik semasa dita.han polis (Polantz, et al., 2021).

Etnik Afrika di Amerika juga kerap disabitkan kesalahan atas jen.ayah yang tidak dilakukan mereka, terutamanya hµkµman atas tuduhan membµnµh (Hersher, 2017).

Dan golongan sebegini kerap menjadi sasaran Shahawy, yang sangat bersemangat untuk membetulkan semula sistem undang-undang Amerika Syarikat (Akbarzai, 2021).

Di Amerika Syarikat, golongan seperti Shahawy amat digerµ.ni segelintir yang terlalu taksub dan takut pada sistem syariah tanpa memahami langsung apa-apa tentang syariah.

Sebut saja pasal Islam sebagai pemimpin, mesti golongan ini akan berprasangka buruk. Mereka akan fikir bukan-bukan, seolah-olah umat Islam tidak layak menjadi pemimpin.

Shahawy mungkin bukan seorang ahli politik (buat masa ini). Namun platform Harvard Law Review boleh membuka jendela ke bahagian lain.

Jika ditanya pada zaman 1990-an, tentu sekali semua tidak sangka yang Obama mampu menjadi Presiden Amerika Syarikat 28 tahun kemudian.

Tetapi beliau berjaya akhirnya. Siapa tahu satu hari nanti Shahawy mampu memegang jawatan tersebut, sekali gus merµntµhkan prasangka buruk terhadap umat Islam.

Dewasa ini ramai umat Islam sudah menjadi ahli politik Amerika Syarikat. Ilhan Omar dan Rashida Tlaib antaranya bukan setakat menjadi wakil rakyat di Kongres Amerika Syarikat.

Sebaliknya mereka mampu mempertahankan kedudukan dalam pilihan raya susulan. Tidak lupa juga André Carson dan Keith Ellison, kedua-duanya mengangkat syahadah ketika berusia dewasa.

RUJUKAN:

Akbarzai, S. (2021, Februari 11). Harvard Law Review elects its first Muslim president. CNN.

Badenhausen, K. (2011, Mac 8). The Best Law Schools for Getting Rich. Forbes.

Hersher, R. (2017, Mac 7). Black people are wrongly (ditapiskan) of (ditapiskan) more often, data show. NPR.

Polantz, K., et al. (2021, Februari 3). ‘QAnon Shaman’ (ditapiskan) should be given organic food while in jail after going on hunger (ditapiskan), federal judge says. CNN Politics.

Sands, G. (2020, Ogos 24). Muslim ICE (ditapiskan) forced to choose between expired meals or eating pork, advocate groups say. CNN Politics.

Vedder, R. (2020, Mei 7). Does attending elite colleges make you happy? Lessons from the admissions (ditapiskan). Forbes.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.