Tamadun China yang telah berusia lebih 3000 tahun lama nya itu, bahkan mungkin lebih 5000 tahun itu, tidak lengkap tanpa melibatkan kisah epik peper4ngan dari zaman purba hingga ke zaman moden.

Ya, negara itu telah dibina melalui pelbagai jenis peper4ngan. Pelbagai jenis ideologi fahaman politik pernah bertapak di negara itu, manakala sebilangan masyarakat kita di Malaysia ini telah memberi takrif radikal terhadap kaum Cina dengan melabel mereka sebagai “Komunis”.

Bukanlah mahu bersikap apologetik mahu pun menyokong dominasi politik Cina di negara kita, tetapi penulis sekadar mahu membetulkan kembali pemahaman masyarakat kita tentang ideologi politik kaum Cina.

Di negara kita ini boleh dikatakan pendokong fahaman Komunis sudah berada di tahap yang sangat minima baik DAP mahu pun MCA dan Gerakan. Kesemua parti-parti politik majoriti Cina ini beroperasi hasil sumbangan taikun-taikun besar Cina, di situ saja sudah jelas satu tindakan yang melanggar prinsip asas komunisme. Pokoknya, MCA dengan DAP mahu pun Kuomintang dengan CCP adalah berbeza.

Baik, untuk memahami apa itu perbezaan politik di kalangan orang-orang Cina ini, kita fahami dahulu sejarah tentang Parti Kuomintang dan Parti Komunis di China. Kedua-dua parti ini pernah menyebarkan ideologi mereka hingga ke Tanah Melayu melalui Parti Komunis Malaya yang mewakili Parti Komunis China dan Parti MCA yang mewakili Parti Kuomintang.

Walaupun kita tahu pada dasarnya Parti Kuomintang dan Parti Komunis merupakan musuh tradisi, tetapi tahukah anda bahawa mereka pernah menjadi sekutu dan menubuhkan pakatan mereka sendiri bernama Barisan Bersatu (United Front)?

Bendera Parti Nasionalis China (atas) & Parti Komunis China

Barisan Bersatu Pertama, yang juga dikenali sebagai Perikatan KMT-CPC, iaitu sebuah pakatan politik di antara Parti Nasionalis China yang juga dikenali sebagai Parti Kuomintang (KMT) dengan Parti Komunis China (CPC), pakatan ini dibentuk pada tahun 1924 sebagai sebuah perikatan bertujuan untuk menghapuskan pengaruh para warlords di China.

Mereka membentuk Tenter4 Revolusi Kebangsaan dan melancarkan Ekspedisi Utara pada 1926. Beberapa pegawai CCP kebiasaannya akan menyertai KMT secarai individu, ini salah satu tindakan politik yang mempergunakan kekuatan KMT yang sangat berpengaruh melalui keanggotaannya yang besar demi untuk menyebarkan fahaman komunis.

Manakala, KMT ingin mengawal dan mendominasi komunis dari dalam. Kedua-dua pihak mempunyai matlamat mereka sendiri dan perbezaan ini yang menyebabkan keretakan Perikatan KMT-CPC.

Chiang Kai-shek semasa Ekspedisi Utara

Pada tahun 1927, pemimpin tertinggi KMT, Chiang Kai-shek telah ‘menyapu bersih’ anggota Komunis dari Barisan Bersatu melalui pembunvhan beramai-ramai di saat Ekspedisi Utara masih belum selesai.

Ini memulakan per4ng saudara antara kedua-dua pihak yang berlanjutan sehingga lah Barisan Bersatu Kedua dibentuk pada tahun 1936 di atas tujuan menghadapi per4ng Sino-Jepun Kedua yang akan datang.

Sun Yat-sen, pengasas Parti Nasionalis China (Kuomintang)

Semasa era pertembungan idea di antara para warlord China, Sun Yat-sen memastikan idea tentang republik Cina bersatu terus kekal hidup.  Matlamatnya adalah untuk menubuhkan kerajaan di Guangzhou, selatan China, dan dari sana mereka akan melancarkan per4ng melawan para warlords di Utara dan menghapuskan saki baki kerajaan Beiyang tinggalan Dinasti Qing.

Setelah Sun Yat-sen kembali dari pengasingan pada tahun 1917, dia menghidupkan kembali parti nasionalis yang pernah diharamkan, iaitu Parti Kuomintang yang sebelum itu dikenali sebagai Tongmenghui, tetapi kali ini dia memberinya nama baru sebagai Parti Kuomintang China atau secara terjemahannya, Parti Nasionalis China.

Rancangannya ialah selepas menghapuskan pengaruh golongan warlords, parti itu akan memimpin negara China sehingga negara itu bersedia untuk menerima sistem demokrasi.

Kerajaan yang diketuai oleh Sun, bagaimanapun, kekurangan dari segi kekuatan ketenter4an berbanding para warlords memandangkan warlord-warlord ini rata-ratanya diketuai oleh bekas panglima-panglima per4ng. Walaupun Sun Yat-sen memohon bantuan dari Barat, namun bantuan kewangan dan senjata yang amat diperlukan itu tidak pernah kunjung tiba.

Pada tahun 1920-an, Kuomintang akhirnya mendapat bantuan daripada sumber yang paling tidak pernah dijangka iaitu daripada Parti Bolshevik di Russia. Bantuan yang diperoleh dari Russia cukup baik untuk Sun, yang sebelum ini telah memberi pendapat yang agak bertentangan apabila timbul persoalan mengenai penubuhan negara komunis pertama di Russia.

Dia tidak pernah menyokong idea Marxsisme atau dia tidak melihat komunisme sebagai jalan penyelesaian terbaik kepada masalah di China. Pada pandangan Sun, rakyat China bukanlah terdiri daripada orang kaya dan golongan miskin;  sebaliknya, ia adalah negara sangat miskin dan terus miskin.

Dasar perlembagaan Parti Kuomintang mengikut “Tiga Prinsip Rakyat” yang ditekankan oleh Sun Yat-sen iaitu:

  • Merakyatkan Bangsa (Nasionalisme)
  • Merakyatkan Kepimpinan (Demokrasi)
  • Merakyatkan Negara (Sosialisme)

Kuomintang secara beransur-ansur menjadi parti yang kuat dan berdisiplin di bawah bimbingan Russia. Faktor penentu adalah sumbangan Bolshevik kepada Kuomintang dalam pembentukan tenter4nya sendiri, Tenter4 Revolusi Kebangsaan.

Untuk melatih tenter4, Akademi Tenter4 Whampoa ditubuhkan di Guangzhou. Sun melantik penyokongnya yang paling setia iaitu Chiang Kai-shek sebagai pengarah.

Majlis perasmian Akademi tenter4 Whampoa

Dari segi kewangan, Akademi Tenter4 Whampoa dikendalikan dengan sokongan dari Kesatuan Soviet. Tahap kualiti pendidikan akademi terjamin melalui kunjungan pegawai dari Russia secara kerap.

Ramai pemimpin Parti Kuomintang dan Parti Komunis China dilahirkan dari Akademi tenter4 Whampoa, antaranya ialah Cif Komander Tenter4 Pembebasan Rakyat, Lin Biao, dan Zhou Enlai, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri negara komunis China.

Penglibatan Soviet Dalam Membentuk Perikatan

Kesatuan Soviet di Russia mempunyai kepentingan tersendiri dalam sokongannya terhadap Kuomintang. Sebagai balasan terhadap bantuan mereka, Bolshevik menuntut Kuomintang membentuk satu pakatan dengan Parti Komunis China.

Moscow tidak yakin parti komunis dapat menyelesaikan revolusi secara bersendirian di negara China yang mereka jangka telah bersedia untuk mempraktikkan sistem komunis sejurus selepas memvsnahkan budaya tradisi Cina tinggalan dinasti-dinasti purba.

Parti Komunis China yang baru ditubuhkan hanya mempunyai beberapa ratus ahli pada permulaan tahun 1920-an, manakala Kuomintang telah mempunyai lebih daripada 50,000 keanggotaan.

Rancangannya ialah komunis akan mendapat sokongan dan pengaruh yang lebih luas dengan menyertai pakatan bersama dengan golongan pejuang nasionalis, dan selepas itu mereka akan mengambil alih kuasa dari Kuomintang.

Atas permintaan Russia, pejuang komunis dari kalangan orang-orang Cina termasuk Mao Zedong menyertai parti Kuomintang, dan oleh itu pakatan pertama kedua-dua pihak dilahirkan.

Dengan bantuan Kesatuan Soviet, Kuomintang berjaya mendapatkan lebih banyak sokongan, dan dengan keutuhan yang tidak berhenti itu, mereka meneruskan tujuan asal mereka iaitu penyatuan penuh negara republik itu.

Mengekalkan cengkamannya di selatan China, Kuomintang telah bersedia untuk menyatukan negara dengan melancarkan kempen ketenter4an menentang warlords di Utara.

Gabungan Kuomintang dengan komunis walau bagaimanapun, hanyalah sejenis penyatuan yang dibuat secara terpaksa memandangkan mereka memiliki kepentingan dan musuh yang sama iaitu golongan warlord dan Imperialis Jepun.

Selepas kemat!an Sun Yat-Sen pada tahun 1925, kerjasama kedua-dua parti itu mulai goyah, sayap kanan Parti Kuomintang tidak lama kemudian memutuskan hubungan dengan Kesatuan Soviet dan Parti Komunis China.

Kejatuhan Barisan Bersatu Pertama

Kedua-dua pihak nasionalis dan komunis ini sebenarnya mempunyai motif tersembunyi melalui Perikatan KMT-CCP ini. Penyertaan CCP bukan sekadar sebagai sekutu perikatan semata-mata, malah mereka sanggup menghantar “kuda trojan” atau proksi mereka menyertai Parti Kuomintang supaya mereka mendapat maklumat pergerakan Kuomintang dari peringkat kepimpinan tertinggi sehingga ke peringkat akar umbi.

Bahkan mereka dapat menyebarkan idea komunisme dengan mempergunakan jumlah keanggotaan KMT yang besar manakala tujuan Chiang Kai-shek adalah mahu mengawal pengaruh komunis dari dalam parti komunis sendiri.

Setelah itu, Chiang Kai-shek juga menjadi sebab utama keretakan hubungan KMT-CCP dek kerana keinginannya untuk mengawal parti Komunis yang akhirnya membawa kepada perpecahan Barisan Bersatu.

Selepas ‘membersihkan’ ramai anggota komunis dan penasihat Soviet dari Whampoa semasa “Canton Coup” tahun 1926, Chiang telah membunvh sebilangan besar anggota pasukan Komunis pada pertengahan 1927, atau lebih dikenali sebagai “Shanghai M4ssacre”.

Ia dianggap sebagai pembersihan ideologi yang dimulakan oleh Chiang ketika Ekspedisi Utara sudah mencapai separuh jalan.

Seorang anggota Komunis dibunvh semasa Shanghai M4ssacre

Chiang mahu mengawal seluruh China, justeru, dia merasakan dengan mengawal parti Komunis akan menjadikan rancangannya lebih mudah.

Namun, pembunvhan yang dilakukannya akhirnya merosakkan kesatuan ini dan mengakibatkan per4ng saudara, namun per4ng saudara di antara Kuomintang dan Komunis ditangguhkan ketika kedua belah pihak membentuk Barisan Bersatu Kedua untuk memerangi pencerobohan tenter4 imperialis Jepun dalam per4ng Sino-Jepang Kedua.

Per4ng Sino-Jepun Kedua

Pada tahun 1931, Jepun sekali lagi melancarkan pencerobohan terhadap China dan menduduki Manchuria yang kemudiannya dinamakan sebagai Manchukou, sebuah kerajaan boneka Jepun yang diperintah oleh bekas maharaja terakhir Dinasti Qing yang dilantik Jepun.

Chiang Kai-shek, yang mengetuai kerajaan pusat China, memutuskan bahawa China tidak boleh berper4ng dengan Jepun disebabkan oleh kegawatan domestik dan persediaan yang tidak mencukupi.

Oleh itu, dia merangka pelan strategi untuk berunding dengan Jepun di saat dia berjuang untuk perpaduan nasional yang sebenar, dan dari masa ke semasa membina kekuatan yang mencukupi untuk berhadapan dengan tenter4 Jepun.

Walaupun kempen menentang Komunis mengakibatkan Komunis terpaksa berundur dalam skala besar dan 90% kekuatan ketenter4an Komunis berkurangan, Chiang tidak dapat menghapuskan kuasa mereka sepenuhnya.

Dasar “Menstabilkan perpaduan dalaman sebelum bangkit menentang pihak luar” sangat tidak popular di kalangan rakyat China, yang menyebabkan timbul rasa kebencian terhadap kepimpinan KMT yang memerintah dan sekutu serantaunya.

Pada tahun 1936, Chiang Kai-shek melantik “marshal muda” Zhang Xueliang untuk memberi tekanan terhadap Tenter4 Merah Parti Komunis China. Pertempvran dengan Tent3ra Merah mengakibatkan kehilangan besar di pihak pasukan Zhang, tetapi Chiang Kai-shek tidak pernah menghantar sebarang pasukan sokongan mahu pun bantuan bekalan dan amunisi kepada tenter4nya.

Pada 12 Disember 1936, Zhang Xueliang yang tidak puas hati telah menculik Chiang Kai-shek di Xi’an untuk memaksa dia menamatkan konflik antara KMT dan CCP. Demi keselamatan Chiang, KMT terpaksa bersetuju untuk menamatkan sementara Per4ng Saudara China dan membentuk satu pakatan baharu antara CCP dan KMT yang bernama Barisan Bersatu Kedua demi menentang pencerobohan pihak imperialis Jepun pada 24 Disember 1936.

Liga Demokratik China, merupakan organisasi induk untuk tiga parti politik dan tiga pertubuhan pendesak politik, juga telah mengambil bahagian dalam Barisan Bersatu yang dibentuk oleh Parti Kuomintang dan Parti Komunis China.

Kerjasama Menentang Jepun

Hasil daripada gencatan senjata antara KMT dan CCP, tenter4 Merah telah distruktur semula menjadi New Fourth Army dan 8th Route Army, yang diletakkan di bawah perintah tenter4 Revolusi Kebangsaan.

CCP bersetuju untuk menjadikan Chiang Kai-shek sebagai pemimpin utama, dan Komunis mula menerima sokongan kewangan dari pemerintah pusat yang dikendalikan oleh parti KMT.

Tenter4 Komunis China mengibarkan bendera Nasionalis Kuomintang semasa menentang Jepun

Setelah bermulanya per4ng berskala besar antara China dan Jepun, pasukan Komunis bertempvr bersama-sama pasukan KMT semasa Pertempvran Taiyuan, dan titik kemuncak kerjasama mereka adalah pada tahun 1938 semasa Pertempvran Wuhan.

Walau bagaimanapun, kerelaan komunis untuk berada di bawah dominasi Tenter4 Revolusi Kebangsaan hanyalah pada nama semata-mata.  Komunis sering bertindak mengikut keputusan sendiri dan tidak pernah terlibat dalam pertempvran konvensional dengan Jepun tetapi Komunis membuktikan keupayaan mereka dalam peper4ngan ger!la.

Perpecahan Perikatan

Di saat Barisan Bersatu Kedua sedang menentang Jepun, pihak Komunis dan Kuomintang masih bersaing untuk mendominasi  wilayah di “Free China” (iaitu kawasan yang tidak diduduki oleh orang Jepun atau diperintah oleh kerajaan boneka).

Perikatan yang sudah sedia rapuh itu mula berpecah menjelang akhir tahun 1938 akibat usaha Komunis yang secara agresif meningkatkan kekuatan tenter4 mereka dengan menyerap pasukan ger!la Cina di belakang garis kedudukan musuh.

Mana-mana kumpulan m!litan Cina yang enggan menyokong mereka, CCP akan menganggap mereka sebagai “kolaborator” atau tali barut musuh dan kemudian mereka akan dihapuskan kerana bimbang mereka akan menyertai Kuomintang.

Sebagai contoh, tenter4 Merah yang diketuai oleh He Long meny3rang dan menghapuskan sebuah pasukan m!litia Cina yang diketuai oleh Zhang Yin-wu di Hebei pada bulan Jun, 1939.

Pasukan tenter4 Parti Komunis China

Pada Disember 1940, Chiang Kai-shek menuntut agar Fourth New Army di bawah Parti Komunis China mengosongkan Wilayah Anhui dan Jiangsu.

Walaupun menerima tekanan yang kuat, komander Fourth New Army telah melanggar arahan pengosongan itu hingga melepasi tarikh akhir untuk berpindah, menambahkan lagi ketegangan, Parti Komunis telah melancarkan ser4ngan terhadap pasukan tenter4 Kuomintang di Hebei pada bulan Ogos 1939 dan di Jiangsu pada bulan Oktober 1940, namun mereka diser4ng balas dan dikalahkan oleh tenter4 Nasionalis pada Januari 1941.

Pertembungan ini, yang dikenali sebagai Fourth New Army Incident, telah melemahkan tetapi tidak mengakhiri kedudukan CCP di pusat kerajaan China dan berakhir dengan menamatkan semua kerjasama substantif antara para Nasionalis dan Komunis.

Kedua-dua pihak tertumpu pada perebutan untuk menduduk mana-mana wilayah dalam per4ng Saudara yang tidak dapat dielakkan. Ia juga sekaligus mengakhiri Barisan Bersatu Kedua yang dibentuk sebelum ini untuk melawan Jepun.

Semenjak itu, di wilayah-wilayah yang diduduki Jepun dan di belakang garis musuh, pasukan KMT dan CCP terus berper4ng antara satu sama lain, tenter4 Komunis samada akan memvsnahkan terus atau menyerap anggota parti KMT, atau menghambat mereka ke kawasan yang diduduki Jepun.

Komunis di bawah pimpinan Mao Zedong juga mula memfokuskan sebahagian besar tenaga mereka untuk membina pengaruh mereka di mana-mana sahaja asalkan ada peluang terutamanya melalui organisasi besar di luar bandar, pentadbiran, dan langkah-langkah reformasi cukai dan yang memihak golongan petani miskin.

Sementara KMT banyak memperuntukkan tindakan ketenter4an untuk melaksanakan sekatan ketenter4an di kawasan-kawasan Parti Komunis China dalam usaha untuk meneutralkan penyebaran pengaruh Komunis hingga akhir per4ng Sino-Jepun Kedua.

Pasukan tenter4 Parti Komunis China

Selepas per4ng Sino-Jepun Kedua, Chiang Kai Shek dan Mao Zedong cuba untuk melakukan rundingan damai. Usaha ini gagal hingga lah pada tahun 1946, Parti Nasionalis China dan Parti Komunis China terlibat dalam per4ng Saudara China.

Pihak Komunis berjaya merampas senjata yang ditinggalkan Jepun dan merebut peluang untuk mengalahkan dan mengusir anggota dan penyokong KMT yang sudah lemah. Akhirnya, pada bulan Oktober 1949, Mao Zedong menubuhkan Republik Rakyat China.

Chiang Kai-Shek berundur ke pulau Taiwan dan di situ lah parti Kuomintang menubuhkan kerajaan legasi Republik China.

Hingga saat ini, masih tiada sebarang penyelesaian untuk menamatkan konflik di antara Parti Nasionalis China (Kuomintang) dan Parti Komunis China walaupun pentadbiran negara Republik China (Taiwan) hari ini telah diambil alih oleh Parti Demokratik Progesif.

RUJUKAN:

The Forgotten Ally (Rana Mitter)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.