Per*ng Crimea, (Oktober 1853 – Februari 1856), adalah peristiwa per*ng yang berlaku di sekitar Semenanjung Crimea antara pihak Inggeris, Perancis, dan Turki Uthmaniyyah menentang Russia, mereka turut menerima bantuan sokongan pada Januari 1855 dari tentera kerajaan Sardinia-Piedmont.

Per*ng itu berpunca dari konflik kuasa besar di Timur Tengah namun secara tidak langsung sebenarnya disebabkan oleh tuntutan berbentuk alasan dari Russia iaitu untuk melindungi subjek Ortodoks mereka daripada pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah.

Faktor utama yang lain adalah pertikaian antara Russia dan Perancis mengenai hak istimewa gereja Ortodoks Russia dan Katolik Rom di tempat-tempat yang dianggap sebagai suci di Palestin.

Namun, tahukah anda kenapa British dan Perancis membantu Uthmaniyyah menentang Russia semasa Per*ng Crimea pada tahun 1853?

Kerana, jika Uthmaniyyah bersendirian menentang Russia yang turut dibantu oleh tentera sukarelawan Bulgaria, sesungguhnya, dalam keadaan Empayar Uthmaniyyah yang sedang ketinggalan jauh dari segala aspek kemajuan teknologi ketenteraan itu, Russia pasti mampu mengalahkan Uthmaniyyah dengan mudah.

Namun begitu, mengapa British dan Perancis bersungguh-sungguh bantu Uthmaniyyah? Sedangkan di rantau tersebut Uthmaniyyah adalah satu-satunya kerajaan Islam yang paling dekat dari segi geografinya dengan kerajaan-kerajaan Eropah yang lain, dan telah beratus tahun cuba dijatuhkan kerajaan-kerajaan asing tetapi gagal.

Walau bagaimanapun pada waktu itu Uthmaniyyah telah pun sedang melalui fasa kejatuhan, bahkan mereka sebenarnya sudah mulai lemah selepas era Sultan Suleiman Qanuni, pengaruh bangsa Turki sedang berkurang.

Empayar yang dahulu pernah digelar sebagai salah satu dari “Empire Of Gunpowder” sedang ketinggalan jauh dari segi kemajuan teknologi terutamanya penghasilan senjata api. Manakala Empayar Russia semakin meningkat kuat dan sempadannya amat luas, jadi, jika Russia menang, ia akan mengakibatkan:

AKSES BEBAS UNTUK RUSSIA MELALUI SELAT BOSPORUS DAN DARDANELLES

Sekiranya Russia memenangi Per*ng Crimea, mereka paling tidak pun pasti akan berjaya menuntut akses percuma melalui laluan Selat Bosporus dan Dardanelles. Kapal per*ng Russia tidak lagi tersekat di Laut Hitam dan mereka mampu belayar terus ke Laut Mediterranean.

Situasi ini sangat berpotensi besar menjadi ancaman terhadap setiap kepentingan yang dimiliki oleh Inggeris dan Perancis, sekurang-kurangnya yang berada di sekitar bahagian timur laut seperti Cyprus, Malta, Suez dan lain-lain.

PERUBAHAN KUASA POLITIK BALKAN

Russia juga sudah tentu akan menuntut kemerdekaan bagi pihak setiap kerajaan-kerajaan kecil di Balkan yang sedang berada dibawah wilayah kekuasaan Empayar Uthmaniyyah sejak berabad-abad yang lalu.

Oleh kerana populasi masyarakat di negara-negara ini kebanyakannya merupakan penganut aliran Kristian Ortodoks dan etnik Slavik asli, mereka ter*ng lagi bersuluh sedang berkongsi persamaan budaya dan keturunan genetik dengan orang Russia.

Sekiranya Russia berjaya merdekakan mereka, tidak syak lagi mereka pasti akan mengambil langkah segera menjadi pihak sekutu Russia yang kuat, adakah kita ingat British akan gembira jika sekiranya kuasa dan geografi Russia semakin membesar dan kuat? Sebagaimana pemikiran teori konspirasi tahyul sentiasa meracuni fikiran kita dengan menganggap mereka sebagai “wayang”?

Kesimpulan

Sekiranya Russia memenangi Per*ng Crimea, tentera lautnya akan mendapat akses mudah ke bahagian timur Laut Mediterranean di mana ia boleh mengancam kedaulatan wilayah pihak Inggeris dan Perancis.

Sekiranya Russia memenangi Per*ng Crimea, mereka akan memberi tekanan kepada pemerintah Uthmaniyyah untuk membebaskan negara-negara Balkan yang sudah tentu akan menjadi negara “client states” yang setia untuk Russia.

Oleh itu, Russia pada dasarnya akan menjadi kuasa yang paling kuat di Eropah. Malahan, sejak dahulu lagi kuasa-kuasa besar di Eropah begitu konsisten mengambil langkah tertentu bagi mencegah situasi sebegitu dari berlaku semenjak beberapa abad sebelumnya.

Maka pihak British dan Perancis perlu menghalang Russia daripada meraih kemenangan dengan membantu Empayar Uthmaniyyah walaupun pada waktu itu Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam yang paling British mahu jatuhkan.

Jika British hendak mengambil kesempatan menghancurkan Uthmaniyyah secara sepenuhnya pada waktu itu, ia tidak berbaloi bagi British kerana Uthmaniyyah sememangnya sudah lemah, jadi British dan Perancis ber*nggapan bahawa Uthmaniyyah hanyalah sekadar mudharat kecil dan boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sahaja.

Manakala Russia adalah dianggap sebagai mudharat besar yang membawa ancaman serius. Usaha mereka membantu Uthmaniyyah membawa kejayaan, Russia dikalahkan hingga Perancis dikritik teruk oleh Karl Marx kerana sebagai sekutu, mereka gagal memainkan peranan yang penting.

Per*ng Crimea menandakan titik perubahan bagi sejarah Kerajaan Russia. Per*ng ini menyebabkan penurunan kekuatan tentera Russia dengan mendadak, kegawatan ekonomi dan melemahkan pengaruh Russia di Eropah, semua ini memerlukan puluhan tahun untuk dipulihkan sepenuhnya.

Penghinaan itu memaksa golongan elit yang berpendidikan di Russia bagi mengenal pasti apa sebenarnya masalah Empayar Russia lalu mereka menyedari pentadbiran Russia memerlukan reformasi dari dasar. Mereka melihat pemodenan negara yang pesat sebagai satu-satunya cara untuk memulihkan status Russia sebagai kuasa Eropah.

Oleh itu, per*ng menjadi pemangkin kepada reformasi institusi sosialis Russia, reformasi itu turut melibatkan isu perhambaan, keadilan, pentadbiran tempatan, pendidikan, dan ketenteraan.

Bahkan kesan dari Per*ng Crimea sebenarnya turut menyumbang terhadap perkembangan semangat nasionalisme Russia yang akhirnya memacu Russia ke arah revolusi, sebelum menjadi sebuah kerajaan republik sosialis yang besar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.