Perajurit Yang Syahid Di Lahad Datu Bukan Menentang Ayam-Anjing!

3,651

https://bit.ky/kombowww

Mohon bekas menteri bernama Mohammadin Ketapi yang mengatakan peristiwa Lahad Datu tu sebagai satu sandiwara dan sekadar p3rang melaw4n ayam dan anjing untuk turun bertemu dengan keluarga arw4h dan mendi4ng wira-wira kita yang terk0rban pada tahun 2013 iaitu keluarga kepada:

– ASP Zulkifli Mamat
– Sgt Sabaruddin Daud
– ACP Ibrahim Lebar
– DSP Michael Padel
– Sgt Abd Aziz Sarikon
– Kpl Azrul Tukiran
– Sgt M Baharin Hamit
– Sgt Salam Tugiran
– Kpl Ahmad Hurairah

Dan cakap bahawa mereka ini sebenarnya terk0rban, bahkan ada yang dip3nggal, dan may4t mereka dicac4tkan sebenarnya bukan kerana mel4wan musuh negara tetapi kerana melaw4n ayam sama anjing.

1. Sarjan Baharin Hamid dicac4tkan. Otak dan mata kanannya hilang daripada tengkorak. Terdapat kel4ran pada mukanya.

2. Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dip3nggal. Terdapat luk4 pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya dik0yakkan dan hanya kelihatan tulang muka sahaja.

3. Leher Lans Koperal Salam Togiran hampir pvtus. Kepalanya hanya melekat pada tubuhnya dengan beberapa inci kulit pada lehernya.

4. Kesan kel4ran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran.

5. Terdapat kesan kel4ran pada kepala dan badan Superintenden Ibrahim Lebar.

6. Bahu dan dada ASP Michael Padel mempunyai kesan lvka dan kecederaan.

Ini saya ekstrak daripada keterangan Inspektor Jamirin Kintai dalam perbicaraan melibatkan 30 suspek pengkhianat di Mahkamah Tinggi Sabah, 6 tahun lalu.

Kesemua 6 wira ini terkorban dalam satu ser4ngan hendap Pengg4nas Sulu di Kampung Simunul, Semporna pada tahun 2013.

Mereka tidak berper4ng dengan anjing. Mereka tidak berl4wan dengan ayam.

Penghinaan ke atas wira negara ini hanya akan dilakukan oleh mereka yang tidak ada nilai patriotik di dalam jiwanya.

Mohon juga Ketapi buat lawatan ke kem-kem tentera yang terlibat dan bagitahu kepada mereka bahawa 7 batalion yang digerakkan untuk memb4ntai tentera Sulu sampai 56 orang pengg4nas itu m4ti, 445 orang ditahan tu sebenarnya ayam dan anjing berupa manusia.

Kamu lupakah tatkala negara ini ketika itu tengah menghadapi musuh j4hat dan kej4m sebegini rupa, kita semua masih aman bersekolah, pergi berkerja seperti biasa, makan di kedai makan tunggu selesai, sedangkan mereka ini bergolak gadai nyawa mereka untuk kita semua.

Dan hanya kerana kemaruk kuasa politik kamu kata ini satu sandiwara?

Artikel ditulis oleh Khairul Azri dan Abdul Rahim Hilmi Zakariya.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.