Pada satu petang yang damai pada tahun 1971, seorang wanita bernama Maria Gomez Camara memasuki dapur rumahnya untuk menyiapkan hidangan buat keluarganya. Namun hari itu bukan seperti hari yang biasa dilaluinya. Satu jeritan penuh ketakutan dan kejutan, selepas dia melihat satu keadaan aneh pada bahagian lantai rumahnya.

Wajah asing terpapar pada lantai rumahnya. Mata wajah itu bagaikan memandang dengan pandangan dingin menambah rencah seram.

Cerita perihal wajah misteri pada lantai rumah Maria sampai kepada penduduk berdekatan. Berduyun-duyun mereka datang untuk melihat sendiri keanehan itu. Belmez ialah sebuah perkampungan kecil di kawasan pedalaman Cordova, Sepanyol.

Kalau diperhatikan betul-betul, semua wajah itu bagaikan dilukis bagaikan potret. Ada diantara penduduk yang melihat wajah aneh itu percaya bahawa ianya berkaitan dengan alam roh atau dunia bawah tanah.

Maria merasa terganggu dengan wajah misteri itu, dia tidak berani untuk memasuki dapur rumahnya sendiri. Untuk menghilangkan ketakutan keluarga itu, anaknya memecahkan lantai dapur rumah itu dan membinanya semula. Buat seketika, tiada lagi wajah misteri pada lantai dapur rumah itu.

Segalanya tidak bertahan lama, wajah misteri lain muncul semula seminggu selepas itu. Ditempat yang sama wajah misteri pertama muncul. Tapi wajah kali ini tidak sama dengan wajah yang telah mereka lihat dahulu. Sekali lagi rumahnya didatangi penduduk yang mahu melihat keanehan itu.

Kali ini lantai itu tidak dipecahkan sebaliknya diangkat sekeping dan dibingkaikan untuk tatapan umum. Ini untuk memudahkan para penduduk yang mahu melihat wajah misteri itu.

Para penduduk mengatakan kawasan tapak rumah Maria itu ialah bekas kawasan perkuburan. Maka timbul pendapat bahawa wajah yang muncul pada lantai rumahnya itu ialah para roh yang tidak tenang.

Mereka mengorek kawasan dapur itu sehingga kedalaman tiga meter dan menemui tulang dan rangka manusia. Penemuan itu menambahkan keyakinan penduduk tentang roh yang tidak tenang. Tulang dan manusia yang ditemui dialihkan ketempat lain dan diuruskan semula.

Mereka semua menyangka segala misteri telah berakhir namun semuanya meleset. Kira-kira dua minggu selepas kawasan itu dikorek, wajah misteri itu muncul semula. Malah kali ini bukannya satu seperti kali pertama dan kedua. Dua wajah misteri muncul pada lantai baru rumah itu. Saban hari, akan ada wajah misteri baru yang muncul pada lantai rumahnya itu.

Maria akhirnya lali dengan keanehan itu dan membiarkan sahaja. Semakin lama, wajah misteri itu makin banyak dan memenuhi kawasan lantai dapurnya. Ada wajah perempuan dan lelaki, ada yang muda dan ada yang tua.Semua wajah berkenaan nampak sedih dengan pandangan mata yang sayu.

Rumah Maria terus menjadi kunjungan para penduduk untuk melihat sendiri keanehan itu. Untuk memudahkan para pelawat, dia membina dapur baru untuk kegunaan keluarganya.

Dalam kebanyakan pendapat yang mengaitkan wajah misteri itu dengan mistik, ada juga yang cuba mengaitkan dengan sains. Beberapa andaian dan kajian dijalankan untuk membuat huraian bagaimana wajah misteri itu boleh terbentuk. Ada juga yang mengandaikan tentang reaksi bahan kimia terhadap bahan buatan lantai rumah itu. Tidak kurang juga yang menuduh Maria sendiri yang melukis semua wajah misteri itu.

Tapi semua itu tidak mampu menghuraikan bagaimana semua wajah itu boleh terbentuk. Kajian juga mendapati wajah yang terbentuk pada lantai rumah itu bukan hasil lukisan.

Maria Gomez Camara akhirnya meninggal dunia pada tahun 2004, setelah hidup dengan wajah misteri itu hampir 30 tahun. Meninggalkan satu misteri yang tak dirungkai.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.