Secara umumnya, syarikat juga berfungsi seperti empayar di mana terdapat fasa permulaan, kegemilangan dan kejatuhan.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa syarikat yang mampu bertahan sejak ratusan tahun dahulu.

Di Malaysia, Pos Malaysia adalah syarikat tertua yang masih beroperasi. Malahan juga diiktiraf sebagai syarikat tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Jadi bagaimanakah syarikat ini bermula?

Kredit: Ringgit.com

Sejarah penubuhan Pos Malaysia boleh dijejak sejak seawal tahun 1800 ketika perkhidmatan itu diperkenalkan oleh British di negeri-negeri selat merangkumi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos.

Dengan itu, syarikat ini telah mengwujudkan perkhidmatan pos pertama. Menjelang awal abad ke 20, perkhidmatan ini mula merangkumi keseluruhan wilayah Tanah Melayu.

Pada ketika itu, Jabatan Perkhidmatan Pos hanya menyediakan khidmat pengiriman surat dan kebiasaannya dihantar oleh penghantar cepat (dispatch rider). Bayaran pos pula dipungut secara manual setelah surat tiba di pejabat pos dan resit akan diberikan.

Walau bagaimanapun, apabila Pos India bertindak memperkenalkan setem bercetak pada tahun 1897, hal itu lantas dituruti oleh Jabatan Perkhidmatan Pos. Menjelang tahun 1901, setem bercetak telah diperkenalkan bagi memudahkan segala urusan.

Memasuki era kemerdekaan, Jabatan Perkhidmatan Pos mula dimiliknegarakan sebagai salah satu agensi kerajaan.

Ketika itu, Jabatan Perkhidmatan Pos mula berperanan sebagai tempat untuk membayar bil elektrik, mendapatkan lesen televisyen dan bermacam-macam lagi.

Selepas itu, Jabatan Perkhidmatan Pos telah diswastakan menjadi Pos Malaysia bagi memastikan syarikat itu mampu untuk terus berdaya saing.

Pada tahun 2001, syarikat ini telah disenaraikan di Bursa Malaysia melalui pengambilalihan Phileo Allied Berhad.

Dengan itu Philoe Allied bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pos melalui lebih 646 cawangan dan pejabat pos di seluruh Malaysia.

Serentak dengan itu, Phileo Allied telah bertindak menukar namanya kepada Pos Malaysia & Services Holdings Berhad pada tahun 2002.

Selepas itu, Khazanah Nasional iaitu syarikat milik kerajaan telah mengambil alih 32 peratus pemilikan Pos Malaysia & Services Holdings Berhad.

Pos Malaysia juga telah memperkenalkan tiga unit perniagaan teras yang merangkumi PosMel, PosLaju dan PosNiaga bagi memastikan syarikat terus relevan.

PosLaju merupakan perkhidmatan paling popular yang dikendalikan oleh Pos Malaysia terutamanya pada ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada masa itu, perkhidmatan PosLaju hampir lumpuh apabila menerima begitu banyak parcel sehingga mereka kekurangan kakitangan untuk melakukan penghantaran.

Malahan syarikat-syarikat kurier lain juga mengalami situasi sama sehingga menggusarkan pelanggan kerana parcel mengambil masa yang lama untuk diterima.

Hari ini kita menyaksikan begitu banyak syarikat kurier yang tumbuh bak cendawan selepas hujan lantas mengelakkan monopoli daripada Pos Malaysia.

Ianya adalah berita baik buat pelanggan kerana kita bebas memilih mana-mana syarikat yang memberikan perkhidmatan terbaik.

Apa-apapun, Pos Malaysia masih lagi bergelar syarikat perkhidmatan pos terbesar di Malaysia walaupun mengalami defisit hampir setiap tahun.

Semoga syarikat ini masih mampu bertahan dan kekal memegang takhta sebagai syarikat tertua di Malaysia dan Asia Tenggara.

Artikel juga boleh dibaca laman portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.