Ribut kesihatan yang berlanjutan angkara virus korona (2019-nCoV) masih lagi belum berhenti. Hari demi hari bilangan kes positif virus semakin bertambah, terutamanya di China yang sudah jadi bagaikan pusat penternakan virus.

Dan banyak negara sedang menimbang keputusan untuk menutup pintu buat sementara waktu. Rakyat Malaysia pun antaranya – 400,000 orang telah menyokong sebuah petisyen dan dibuat Muhammad Zaim Yusran bagi Malaysia. 123,900 rakyat Singapura pula menyokong petisyen daripada seorang anak muda 18 tahun bernama Nur Anatasha Abdullah.

Dan hasil usaha mereka dipetik dalam sebuah artikel berbau sampah tulisan Clara Lim yang belum layak dipanggil setahun jagung pun sebagai intern untuk Asia One. Kandungan artikelnya menyentuh “komuniti-Melayu Islam” secara strategik bersama rujukan “anti-Islam dan “anti-Melayu” tentang sentimen rakyat terhadap pentadbiran Harapan. DAP pun dipetik juga sebagai “majoriti Cina”.

Tidak tentu pasal, seorang penulis The Patriots bernama Kauthar Rozmal yang berpengalaman luas dalam ilmu kewangan pun dikaitkan kerana ciapan beliau di Twitter. Pemilihan gambar artikel pun agak menarik, iaitu dua orang jururawat Melayu bertudung.

Maka kami mengeluarkan artikel sebagai balasan terhadap tulisan Clara Lim, dibahagikan mengikut subjek cacamarbanya sendiri:

Rakyat Melayu Yang Xenofobia

Kalau lihat di sini, nampak jelas Clara Lim mengatakan yang rakyat Malaysia terutamanya Melayu Islam bersikap xenofobik terhadap China kerana menghamburkan teori-teori gila. Bagi yang tidak tahu, “xenophobia” bermaksud sikap prejudis terhadap warga asing. Dan “theory” pula bermaksud suatu kepercayaan berprinsip tersusun yang menerangkan suatu perkara secara empirikal dan analitikal.

Teori ini khususnya suatu pendapat yang berlandaskan sains yang boleh dilihat, dibincangkan, didebatkan dan diterima (atau ditolak). Maka apabila dakwaan-dakwaan media sosial disekutukan sebagai “theory”, ternyata Clara Lim telah berlaku syirik ilmu.

Kerajaan Tidak Bertanggungjawab

Artikel Clara Lim kemudian diteurskan dengan sedikit huraian tentang petisyen dibuat Zaim Yusran sebelum mengukuhkan isi dengan dakwaan kerajaan tidak bertanggungjawab. Sebenarnya rakyat hanya berpendapat kerajaan tidak bertanggungjawab selepas kenyataan pelik daripada dua ahli kabinet. Menteri Pelancongan Mohammadin Ketapi asalnya mengatakan “rakyat Malaysia tidak boleh berlaku diskriminasi terhadap pelancong-pelancong China.” (Tharanya, 2020)

Orang sedang risaukan tentang tahap kesihatan negara. Menteri boleh cakap pasal diskriminasi pelancong. Kemudian Mohammadin Ketapi juga berkata, “pelancong yang masuk ini disaring terlebih dahulu.” Akhirnya saringan tersebut terbolos juga selepas kes pertama 2019-nCoV disahkan di Malaysia.

Memang tamparan hebatlah. Dan apa Mohammadin Ketapi buat kemudian pun sama juga. Beliau menyelar tindakan Masjid Putra dan Masjid Negara yang menghalang kemasukan pelancong asing (Geraldine, 2020). Benda yang berlaku di Semenanjung dikecam sampai ke Sabah apabila Joniston Bangkuai (DUN-Kiulu) menggesa kerajaan utamakan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Dr Mahathir pun mengundang kritikan juga selepas mengatakan, “kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melarang (kemasukan) pelancong China.” (mStar, 2020).

“Tiada rancangan untuk sekat” mempunyai bunyi yang melihatkan seolah-olah kerajaan tidak peka, tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil cakna tentang perkembangan 2019-nCoV yang pada masa itu pun sudah mencatatkan kes tinggi di China.

Muslihat DAP Terhadap Melayu

Di sini Clara Lim pula sedang memperkudakan komen-komen tidak berfikir panjang dalam media sosial, yang diulaskan seolah-olah teori betul. Kononnya DAP sedang membuat perancangan sulit untuk mengekalkan kuasa (beri kerakyatan) dan menganiy4i Melayu dengan virus.

Kalau ingin memperbesarkan pasal dakwaan media sosial, banyak lagi boleh diperkudakan juga.

  1. Bahawasanya semua Cina pengkhianat kerana segelintir menghina Agong.
  2. Bahawasanya semua India pembvnvh kerana segelintir telah membel4s4h Muhammad Adib sampai m4ti (kami takkan lupa).
  3. Bahawasanya semua Cina kaki sy4hw4t dan kurang ajar kerana Alvin Tan dan Vivian Lee.

Banyak lagi boleh diperkudakan. Tetapi apabila beberapa Melayu mengambil tindakan berasaskan hawa n4fsu, lantas dibuat seolah-olah hujah relevan.

Petisyen Dua Anak Melayu

Tiada apa yang pelik pun dengan petisyen Malaysia dan Singapura. Apa yang bermain dalam fikiran Zaim Yusran dan Anatasha Abdullah dilantunkan daripada Kesatuan Eropah (EU) pun. Pentadbiran Eropah telah bersidang dengan wartaan-wartaan baharu terhadap China. Negara-negara (EU) telah bersedia untuk mengetatkan syarat kemasukan terhadap warga-warga China dan sesiapa sahaja yang telah mengunjungi China dalam tempoh enam bulan. (Schengen, 2020). Jadi Clara Lim ingin mengatakan EU yang membuka pintu kepada jutaan pelarian Syria sebagai xenofobik juga?

Realiti Semasa 2019-nCoV

Lebuhraya E80 berfungsi bagaikan tulang belikat untuk Itali. Andainya tertutup semua jalan yang diturap, kota Rom sukar berhubung dengan pelabuhannya di Civitavecchia. Terletak hanya 86.2 kilometer jauh, Civitavecchia mempunyai sejarah sejauh ke pemerintahan Maharaja Trajan (98-117). Semasa kepausan Julius II (1503-1513), sebuah kubu dinamakan sempena Michelangelo disiapkan untuk melindungi kota Rom.

Selama 517 tahun, Kubu Michelangelo berdiri teguh sebagai saksi dan penjaga setia. Namun pada 29 Januari 2020, kubu ini berdepan dengan seorang musvh begitu halus yang telah (sehingga 30 Januari 2020) meny4kiti 8,246 orang.

Di Civitavecchia ada sebuah kapal bernama Costa Smeralda yang sudahpun berlabuh tetapi tidak dibenarkan melepaskan 7,000 penumpang (Pleasance, 2020).

Malah Costa Smeralda juga tidak dibenarkan berlepas ke mana-mana pelabuhan yang sudah pastinya takkan menerimanya. Perkara ini berlaku kerana seorang wanita China (setepatnya Macau) yang menyertai persiaran Costa Smeralda. Kerana wanita ini menghidapi demam dan masalah pernafasan, seluruh kapal dipaksa berkuarantin oleh kerana 2019-nCoV. Kerana wanita ini syarikat pemilik rugi sebanyak AS$4 juta dengan kejatuhan saham melebihi 10%.

Wanita tersebut dan suaminya telahpun dikuarantinkan asing daripada keseluruhan kapal. Yang mendebarkan ialah bilangan penumpang China dalam kapal tersebut iaitu 750 orang (sekitar 350 warga China menaiki kapal di Savona). Jika ujian makmal mengesahkan wanita ini positif 2019-nCoV, Costa Smeralda akan tersadai selama dua minggu dan seorang pun takkan dibenarkan keluar (Squires, 2020).

Sehubungan dengan itu, pada hari perlepasan Costa Smeralda, seramai 1,209 warga China telah tiba di Jeti Swettenham, Pulau Pinang, melalui kapal persiaran lain. Semua mereka dua kali disahkan bebas 2019-nCoV (The Star Online, 2020). Sekarang bayangkan jika kapal persiaran ini pun mempunyai seorang pes4kit virus. Apakah impak terhadap negara?

Mengekang kedatangan pelancong-pelancong China bukannya xenofobik. Sebaliknya ia merupakan langkah praktikal yang tiada kaitan dengan bangsa pun. Situasinya ialah kalau Cina dan India tidak mengambil cakna dengan begitu serius, ia bukan salah Melayu. Hanya kerana darah yang mengalir itu manis dengan syahadah, takkan terus ditempelak xenofobik?

RUJUKAN:

Bernama. (2020, January 25). “Jangan halang mereka” – Kerajaan tiada rancangan sekat pelancong China masuk Malaysia, hanya lakukan saringan”. mStar. Retrieved from https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/01/25/tun-mahathir-wuhan

Geraldine, A. (2020, January 29). Mohamaddin slammed for ‘putting tourists first, Malaysians second’. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/560743/mohamaddin-slammed-putting-tourists-first-malaysians-second

Pleasance, C. (2020, January 30). 7,000 people are quarantined on a cruise ship off Italy as Chinese couple on board are tested for coronavirus. Daily Mail. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/news/article-7947003/6-000-trapped-cruise-ship-Italy-two-people-board-tested-coronavirus.html

Schengen (2020, January 29). Coronavirus: EU to Restrict Entry for Chinese Nationals. Schengen Visa Info. Retrieved from  https://www.schengenvisainfo.com/news/coronavirus-eu-to-restrict-entry-for-chinese-nationals/

The Star Online. (2020, January 26). 1,209 Chinese nationals who entered Penang on cruise ship free of coronavirus. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/26/1209-chinese-nationals-who-entered-penang-on-cruise-ship-free-of-coronavirus

Squires, N. (2020, January 30). 6,000 passengers trapped on cruise ship in Italy over coronavirus fears. The Telegraph. Retrieved from https://www.telegraph.co.uk/news/2020/01/30/6000-passengers-trapped-cruise-ship-italy-feared-coronavirus/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.