Sehingga pertengahan tahun 2020, jumlah populasi dunia sebanyak 7.8 billion. Jangan terperanjat kerana jumlah populasi ini adalah biasa tapi parah bagi pengkaji populasi. Berabad-abad lamanya, bermula manusia mengenal teknologi, populasi dunia meningkat tanpa henti sehingga sumber makanan dunia harus dipertingkatkan.

Baru-baru ini kumpulan penyelidikan menjangkakan bahawa sekitar tahun 2060 ke atas, akan ada pertambahan seramai 2 bilion orang warga dunia. Masuk tahun 2070, pengurangan populasi dunia berlaku dan negara Jepun dan Itali bakal mengalami pengurangan populasi sebanyak 50%.

Dalam kajian ini, penyelidik bernama Stein Emil Vollset iaitu ahli biostatistik dari Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) di Washington bersama kumpulan pengkaji dari University of Washington’s School of Medicine mengkaji peningkatan populasi dunia melalui pengumpulan data dari tahun 2017.

Keputusan mereka menunjukkan bermula tahun ini populasi dunia meningkat sehingga 2064, di mana pada tahun itu populasi dunia seramai 9.7 billion orang. Seabad kemudian populasi itu menurun sehingga 8.8 bilion.

Mereka mengkaji corak migrasi manusia seluruh dunia yang mempengaruhi pertumbuhan populasi di sesuatu kawasan, selain membuat bancian terhadap kelahiran dan kematian baru. Hasil dari kajian ini menunjukkan terdapat perubahan kritikal pada populasi rakyat dalam pelbagai negara.

Negara-negara berada di Afrika Sub-Saharan (negara terletak di Gurun Sahara), purata kelahiran sebanyak 4.7 dan bakal menurun pada tahun 2100. Niger yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi sebanyak 7 kelahiran per ibu juga bakal menurun sehingga 1.8 pada 2100. Di Jepun pula populasi rakyat menurun dengan mendadak dari 128 juta hingga 60 juta menjelang tahun 2100.

Ada kebaikan jika peratus populasi dunia menurun, salah satunya adalah kurangnya pembebasan karbon dari aktiviti manusia seperti memandu, kurangnya tekanan dalam kitaran pemakanan sesebuah negara.

Namun, bayangkan jika sesebuah negara itu hanya terdiri dari warga umur senja dengan jurang umur 80-90 tahun, bersama generasi muda yang bilangannya tidak beratus orang? Cabaran ekonomi berlaku iaitu kekurangan pekerja yang mampu merangsangkan peningkatan ekonomi, seterusnya kekurangan pendapatan negara, sokongan sosial dan perubatan kepada warga tua mengalami masalah.

Sejak berlakunya wabak COVID-19, populasi dunia terganggu. Kemudian ekonomi sesebuah negara terganggu akibat keadaan populasi pekerja yang tidak terjaga. Tambahan pula, kerisauan rakyat untuk membina keluarga mempengaruhi penurunan populasi dunia akan datang.

Menurut pengarah IHME bernama Christopher Murray, bagi negara yang mempunyai pendapatan negara tinggi tapi mempunyai kadar kelahiran yang rendah, satu-satunya cara untuk kekalkan populasi, pertumbuhan ekonomi, dan keselamatan geopolitik adalah perlaksanaan polisi imigrasi dan sokongan polisi sosial keluarga bagi membantu keluarga dalam kelahiran anak.

Ambil saja negara Jepun sebagai contoh, populasi rakyat negara merisaukan dengan kekurangan warga muda dan keramaian warga tua yang perlu dijaga hubungan sosial dan kesihatan mereka. Populasi pekerja pula kurang dan tidak ramai keluarga ingin mempunyai anak.

Jika Jepun tidak mahu mengalami masalah kekurangan populasi, nasihat pengarah IHME perlu diambil berat. Begitu juga dengan negara-negara lain yang mengalami permasalahan populasi yang sama.

Sekarang, China mendahului AS dalam pengeluaran barangan domestik kasar dalam beberapa tahun akan datang, jika populasi pekerja ditingkatkan. Jika sebaliknya, pertumbuhan ekonomi China berkurang kemudian AS mengambil alih, itupun jika AS kekalkan populasi pekerja serta meningkatkan sokongan terhadap servis kesihatan.

Populasi dunia yang semakin menaik tahun demi tahun sememangnya merisaukan jika peratusan sumber makanan tidak meningkat seiring dengan kenaikan populasi. Namun, pengurangan populasi dunia sebagai langkah berjaga-jaga, supaya negara perlu mengambil berat akan keadaan populasi pekerja dan kadar kelahiran rakyat.

Nak tengok jumlah semasa populasi dunia? Ini laman webnya: https://www.worldometers.info/world-population/

RUJUKAN:

Mcrae. M (16 July 2020), Earth’s Population Will Begin Shrinking Within 50 Years, Scientists Predict. Science Alert. https://www.sciencealert.com/earth-s-population-is-destined-to-peak-in-forty-years-before-dropping-and-we-need-to-act


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.